Sudi-Sudi Ikut Saya...

Rabu, 3 Oktober 2012

Kuih Sagu Telur Ikan


Terjumpa resepi kuih sagu ni  masa duk  BW,  terus saya save dalam folder draft. 

Hajat dihati meggunung tinggi, nak buat kuih ni untuk En. Tahiri, sebab dia memang suka sangat dengan kuih ni. Asal beli kuih jer mesti kuih ni antara yang menjadi pilihan dia.

"Selera orang tua-tua", usik saya. En. Tahiri selamba jer makan tanpa kata apa2.

Sebenarnya saya pernah buat sekali kuih ni tanpa sukatan tertentu, main agak2 ajer. Hasilnya kuih sagu saya hancur lebur. Ketawa En. Tahiri bila tengok kuih saya tu. Sikit aja dia makan . Last2 saya modified jadi sagu gula melaka.

Bila dah dapat resepi saya rasa lebih yakin nak buat sekali lagi. So, semalam saya godek-godek kuih ni. Sekejap je dah masak. 

Tapi saya ejas sikit qty bahan2 sbb stok sagu kat rumah saya tak sampai 1 cawan pun.


Lepas tuang dalam pelengat tak sampai sejam saya dah potong kuih tu (sbb En. Tahiri dh balik dari sekolah. Nak surprise la kunun...)

Sekali kuih tu lembik lagi, habis hancur lebur. Dah takder shape dah. Mujur leh cover dengan kelapa parut. Tak la nampak buruk sangat. Saya mula duk fikir betul ke tak resepi ni?? (tu jenis tak mo mengaku salah sendiri la tu)

Tapi bila saya potong sebelah malam, elok jer kejadiannya.(cuba tengok gambar...yg dalam pinggan ala-ala vantage tu potong waktu petang, manakala yang dalam mangkuk jernih tu potong sebelah malam)

So, saya dapat satu pengajaran...

Makanya ingat ya ibu2 bapak2 kalo kuenya yang gini kasi sejuk betul2 baru dipotong...he he he. 


Kuih Sagu Telur Ikan
By Shikin

Bahan2 :
1 cawan sagu telur ikan
2 cawan air
3/4 cawan  gula pasir - kalau nak manis lagi boleh tambah
1 sudu makan pewarna sirap ros
1 helai daun pandan
Sedikit kelapa parut
Garam secukup rasa


Cara2 :

  • Didihkan air bersama gula, masukkan pewarna. 
  • Apabila mendidih masukkan sagu. Kacau sehingga biji sagu menjadi jernih 
  • Angkat, tuangkan dlm acuan atau loyang yg telah digris dgn minyak. 
  • Setelah sejuk boleh lah dipotong dan digaul dengan kelapa parut yang telah dicampur garam.


p/s : Petua agar kelapa parut x mudah basi.... kukus kelapa parut yg telah dicampur garam anggaran dlm5 minit sebelum digunakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini