Sudi-Sudi Ikut Saya...

Isnin, 1 Oktober 2012

Siakap Goreng Dengan Sos Asam Daun Limau Purut


Nak habiskan stok siakap yang dah 2,3 hari duk landing elok jer dalam peti ais .Kena masak cepat-cepat sbb ikan kalau dah lama dalam peti rasa dia pun dah kureng sikit. Dah tak fresh. 

Aiman request tomyam lagi macam sebelum ni. Tapi saya ingat nak goreng garing-garing, then curahkan ajer dengan sos yang dimasak diatasnya.


Untuk sos pulak, main hentam keromo saja. Takkan la nak buat sweet sour lagi. Bagi lain sikit. Kalau tengok kuahnya tu warna nak coklat sikit.

Macam mana pun walau main hentam-hentam dan campak ikut suka, tetap ada rasa tau.

Suami dan anak-anak pulak makan sampai licin pinggan. Siap thumbs up lagi tu.

Resepinya kat bawah ni.



Siakap Goreng Dengan Sos Asam Daun Limau Purut
By Shikin

Bahan-Bahannya
1 ekor ikan siakap
2 usas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2 inci halia* (* mayang halus)
1 biji bawang besar - potong bulat
1 biji cili merah - hiris
1/2 biji lada benggala - hiris
10 biji cili padi - belah dua
5 helai daun limau purut - hiris nipis
Sos tiram#
Sos Cili#
Sos Plum#
Air asam jawa#
Garam dan Gula# (#secukupnya)
Sedikit air
Bancuhan tepung jagung (untuk memekatkan kuah)
Minyak untuk menumis dan menggoreng

Cara-Cara Membuatnya
  1. Bersihkan ikan, basuh dan toskan. Kelar-kelar ikan tu. Lumur dengan garam dan serbuk lada sulah. Taburkan tepung jagung rata-rata ke atas ikan. 
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan sampai garing. Angkat dan ketepikan. Bolehla diletakkan didalam pinggan dan dihias ikut suka.
  3. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak, goreng daun limau purut sekejap. Agak-agak garing tu, tp jgn sampai hangus. Angkat dan ketepikan.
  4. Tumisbawang merah, bawang putih, cili merah, cili padi dan cili benggala sampai layu.
  5. Masukkan semua jenis sos. Masak sampai semua sebati.
  6. Tuangkan air asam jawa secukupnya.
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  8. Masukkan pula hirisan bawang besar. Jangan biar lama cukup sekadar bawang tu layu saja.
  9. Masukkan juga hirisan daun limau purut yang dah digoreng tadi. Jangan habiskan. Tinggal sikit utk ditabur atas ikan nanti.
  10. Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sekejap.
  11. Padamkan api. kemudian curahkan kuah ke atas ikan yang dah ready dalam pinggan.
  12. Hias sesuka hati. Taburkan juga lebihan daun limau purut tadi.
  13. Hidang panas-panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini