Sudi-Sudi Ikut Saya...

Selasa, 27 November 2012

Bihun Goreng

Bihun goreng ni dimasak untuk makan malam 3,4 hari lepas. 

Kira resepi tertangguhlah ni yerr...


Bihun Goreng
By Shikin

Bahan-Bahan
1 bungkus bihun - direndam sampai lembut kmdn toskan
3 ulas bawang putih - diketuk
3 sudu besar cili kisar*
2 sudu besar sos cili*
1 sudu besar sos tomato*
1 sudu besar kicap pekat* (bahan2 * boleh ditambah @ dikurangkan ikut citarasa masing2)
udang & sotong
sawi
minyak masak


Cara-Cara
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar. Masak sampai cili garing.
  3. Masukkan pula sos cili, sos tomato dan kicap pekat. Kacau sebati. Sekiranya kuah agak kering boleh tambah sedikit air.
  4. Masukkan pula udang dan sotong. Kacau seketika.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Kmdn masukkan bihun .
  7. Kaup balikkan bihun spy sebati dengan bahan tumisan tadi.
  8. Teruskan menggoreng sehingga bihun masak dengan sekata.
  9. Padamkan api.
  10. Bolehlah dihidangkan dengan bawang goreng, hirisan cili merah, daun bawang dan juga telur rebus.
Abah outstation, tinggal ummi dengan anak-anak jer...so kurang sikitlah xtvt masak memasak 2,3 hari ni...^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini