Sudi-Sudi Ikut Saya...

Ahad, 25 November 2012

Breakfast...

Buat nasi lemak pagi ni...


Nasi Lemak
By Shikin

Bahan-Bahan
4 cawan beras
6 cawan santan - perah drpd sebiji kelapa
2 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh halba - x letak sbb tak der stok
garam secukupnya
daun pandan

Cara-Cara

  1. Basuh beras bersih2, toskan.
  2. Masukkan semua bahan kedalam rice cooker.
  3. Tekan on, biarkan sehingga nasi masak. (dekat2 nasi nak masak tu bukalah tudung periuk, garis2 sikit supaya nasi masak sekata)

Sambal Bilis
By Shikin

Bahan-Bahan
Ikan bilis - Basuh dulu sebelum digoreng
15 biji cili kering (mesin dengan 1 biji bawang merah atau bawang merah secukupnya sampai halus)
1 biji bawang besar - hiris bulat
Air asam jawa
Garam
Gula
Minyak masak

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis (tak perlu sampai garing). Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang besar yang dipotong bulat sampai layu.
  3. Masukkan cili kisar, biarkan sampai cili agak garing.
  4. Masukkan garam gula dan air asam jawa secukupnya
  5. Biarkan sehingga kuah sambal pecah minyak
  6. Masukkan ikan bilis. Kacau rata.
  7. Padamkan api.
Hidangkan nasi lemak bersama-sama sambal ikan bilis, telur rebus/dadar, kacang tanah goreng, timun dll.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini