Sudi-Sudi Ikut Saya...

Ahad, 25 November 2012

Fruits Tartlet...Again...

Kali ni buat sampai 6 adunan tart crust, demi untuk memenuhi permintaan adik bongsu saya yang teringin benor nak makan fruit tarts. 

Semuanya gara2 tayangan amal dalam facebook hari tu lah. 

Tengah saya sibuk2 packing barang nak pegi bercuti, dia request benda alah ni. Nak tunggu lepas bercuti, dia pulak dah balik ke asrama.

Tak sudah, saya suruh dia datang gelintil kulit tart kat umah, dengan Sarah sekali jadi mangsa. Cepatla keja sikit jadinya...

So, hr ni nak tempek hasil kerja sblm bercuti hari tu yer... Tartnya dah lama tenggelam ke dasar perut...^__^


Fruit Tart
By Shikin

Pastry
Sumber : Kak Am Flora
Bahan-Bahan

1 biji telur
100gm butter
75gm gula ising
200gm tepung gandum

Satukan semua bahan, uli sampai jadi doh
Bulat-bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan dalam acuan tart
Cucuk2 sikit dengan garfu
Bakar 15 minit - 160c



Filing Kastard
Sumber : Meow @ Myresepi

Bahan-bahan ( 4 5 orang )
500ml susu segar
3 atau 4 sudu tepung kastard
gula dan garam secukup rasa.
buah2an hiasan seperti kiwi, grape, peach, stoberi dan lain2(make sure bukan buah jenis yg bila kita potong dia jadi lebam contoh cam epal tu)
Jika suka sedikit cooking chocolate dicairkan kaedah double boiler


CARA2 MEMBUAT FILING KASTARD

  • Masukkan semua bahan2 kecuali buah2an hiasan kedalam periuk dan bila dah nampak nak likat cepat2 angkat. Jangan dimasak terlampau lama nanti jadi pudingle pulak..
  • Bila dah tutup api tu masukkan kedalam kulit tart yg telah dimasak seperti resepi kat atas tu..(boleh juga sapu dengan coklat cair terlebih dahulu)
  • Hiaslah dengan belahan buah2an hiasan.. dan masukkan kedalam peti ais utk mendapatkan rasa yg syedap.. ulala..
SELAMAT MENCUBAA :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini