Sudi-Sudi Ikut Saya...

Sabtu, 17 November 2012

Telur Bistik




Telur Bistik
By Shikin

Bahan-Bahan
4 biji telur
1 biji bawang besar
1 cawan cili sos
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
timun
nenas
garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara2
  •  Pukul telur dengan garam. Panaskan minyak, goreng telur sampai masak. Angkat dan ketepikan. (minyak biar betul2 panas. semasa menggoreng telur, tutup kuali dengan tudung periuk supaya telur kembang dengan cantik)
  • Tumis bawang besar sampai layu
  • Masukkan kesemua jenis sos. Kacau sebati sehingga sos masak. 
  • Masukkan garam dan gula secukupnya.
  • Kalau sos terlalu pekat bolehlah dimasukkan sedikit air.
  • Masukkan pula nenas dan tomato. Biarkan seketika.
  • Padamkan api. Curahkan kuah keatas telur dadar tadi.
  • Sedap dimakan ketika masih panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini