Sudi-Sudi Ikut Saya...

Selasa, 31 Januari 2012

Sandwich Sardin

Sesekali layan sandwich sardin macam ni best jugak. 

Alkisahnya saya buat sandwich ni untuk menghabiskan stok sardin dan mayonis yang dekat nak expired. Rasanya benda yang paling mudah nak buat sandwich la. Tak perlu ambik masa yang lama.

Intinya saya masak siap-siap waktu malam, jadi bangun pagi tinggal nak prepare roti saja. Sapu butter, mayonis,, letak inti. Dah siap...Tak de timun, salad bagai. Simple jer...

Dapatlah Aiman bawa bekal ke sekolah dan tinggal kan sikit untuk en. suami kat rumah. Selebihnya saya bawa ke tempat kerja.



Sandwich Sardin

Bahan-bahannya
Roti Putih (saya guna roti gardenia)
Inti Sardin
Mentega/Marjerin
Mayonis
Salad, Timun, Tomato (Optional)


Cara-cara
  1. Ambil 2 keping roti, sekeping disapu butter, sekeping lagi sapu mayonis.
  2. Kemudian sapukan inti sardin ke atas roti yang telah di sapu mayonis.
  3. Letak daun salad dan hirisan timun dan tomato (sekiranya ada)
  4. Letakkan roti yang disapu mentega diatasnya.
  5. Kalau nak potong, potonglah ikut bentuk yang disukai.
  6. Boleh juga dibakar dalam sandwich maker untuk dijadikan sandwih bakar

Pes Sardin

Kalau nak makan sandwich sardin inilah cara yang saya gunakan untuk buat intinya.

Selalunya saya akan masak sardin tu dengan beberapa bahan yang lain untuk mengurangkan rasa kesardinannya.

Pernah juga buat inti yang tidak dimasak, cuma gaul dengan bahan-bahan tertentu seperti hirisan bawang, cili dan perahan air limau nipis.

Tapi rasanya saya prefer inti yang macam ni lagi...


Pes Inti Sardin

Bahan-bahannya
1 tin sardin (terpulang jenama apa yang disukai)
3 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar - potong dadu
1 biji cili merah - hiris dan cincang
2-3 biji cili padi (optional) - hiris halus
1 biji limau nipis
Garam

Cara membuatnya
  1. Tuang sardin kedalam pinggan. Buang tulangnya. Lenyek sampai hancur.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. 
  3. Tumis bawang besar sehingga layu.
  4. Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan sardin yang telah dilenyek beserta kuahnya sekali. Kacau sebati.
  6. Masukkan pula hirisan cili merah, cili padi dan garam secukup rasa.
  7. Apabila bahan telah masak sebati, padamkan api.
  8. Masukkan perahan limau nipis secukupnya. Kacau sekejap.
  9. Inti telah siap, dan bolehlah dimakan dengan roti atau dijadikan inti bahan masakan yang lain.

Sambal Tumis Ikan Temenung

Sesekali layan sambal tumis macam ni pun sodap jugak....


Sambal Tumis Ikan Temenung (Kembung)

Bahan-Bahan
5 ekor ikan temenung - Bersihkan, kelar dan letak garam kunyit.
2 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar)
1 biji bawang besar - potong bulat (optional)
Sedikit daun sup/daun bawang (optional)
1 keping asam gelugur
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggorng dan menumis


Cara-cara membuatnya
  1. Ikan tu goreng ikan sampai masak. Letak tepi.
  2. Kemudian tumis cili kisar.  Tunggu sehingga cili bertukar warna atau naik minyak. Kacau sekali sekala.
  3. Masukkan pula  asam keping, garam dan gula. Kacau sebati.
  4. Tuangkan sedikit air. Kacau lagi.
  5. Rasa kuahnya. Kalau ok boleh letak ikan. Kemudian balik-balikkan ikan supaya sambalnya meresap dan sebati dengan ikan.
  6. Bolehlah masukkan hirisan bawang besar. 
  7. Setelah siap hiaskan dengan baun sup/bawang dan hidangkan.

Isnin, 30 Januari 2012

Puding Keju (Original)


Buat lagi puding keju yang memang meletop rasa dia. 

Kali ni saya buat yang original. Tak de campur serbuk koko bagai sebab nak bagi dekat abah saya. Abah tak berapa gemar masakan yang ada koko/coklat. Abah saya memang suka dengan puding ni sebab rasanya yang lemak-lemak gitu. Saya dan en. suami pun suka.

Sangat sesuai dihidangkan sebagai dessert atau untuk minum petang.

PUDING KEJU by Shikin
resipi : AlongRoz

Saiz 8" persegi

BAHAN2:
13g Serbuk Agar-Agar (saya guna serbuk agar-agar peket 10gm)
1 liter Air (guna 800ml air sahaja)
120g Gula (saya kurangkan kepada 100gm)
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat ( saya letak lebih kurang 150gm)
50g Mentega
CARA2:
  1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur.Kacau selalu.
  2. Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
  3. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.Masukkan susu & kacau sebati.
  4. Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
  5. Masukkan mentega, kacau sehingga sebati.
  6. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
  7. Sejukkan sebelum di hidangkan.

* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender.
Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)



Puyuh Goreng Black Pepper

Selalu makan ayam, sesekali try burung pulak. Sedap juga bila dimasak black pepper. Tapi kalau masak sambal rasanya lagi sedap kot. Sebab orang dalam rumah ni semuanya hantu sambal he he...

Jom tengok resepi...


Puyuh Goreng Black Pepper
By Shikin

Bahan-bahannya
2 ekor burung puyuh - bersihkan dan potong ikut kesesuaian
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1 biji bawang besar
1 biji cili merah - dihiris (saya tak letak sebab tak de stok)
1/2 cawan sos lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada hitam - tambah jika nak lebih rasa lada
Sedikit air
2 biji kentang - potong persegi dan gaul dengan garam dan serbuk kunyit
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara Membuatnya
  1. Gaul burung puyuh bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya
  2. Panaskan minyak.
  3. Goreng kentang sehingga masak. Kemudian goreng pula burung puyuh. Ketepikan kedua-duanya.
  4. Asingkan minyak bekas gorengan tadi. Tinggalkan sedikit didalam kuali.
  5. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau.
  6. Masukkan sos lada hitam. Masak seketika.
  7. Masukkan puyuh yang telah digoreng. Kacau sebati
  8. Masukkan pula kentang, bawang besar dan hirisan cili merah. Masukkan juga garam dan gula secukupnya.
  9. Masak sehingga semua bahan sebati dengan kuah.
  10. Bolehlah dihidangkan.

Sabtu, 28 Januari 2012

Kek Batik Coklat


Kek batik coklat ni antara himpunanan resepi-resepi saya yang berhabuk dalam folder draft. Tak sempat-sempat nak mencuba. Asal nak buat, ada saja halangan yang mendatang.  Ni baru ada kesempatan. 

Proses membuat kek ni macam kek batik yang lain. Cuma beza yang ini biskut tak digaul sekali tapi dilapis-lapis dengan bancuhan coklat.

Rasa renyah jugak sebenarnya nak melapis sebab coklat tu kurang pekat dan kena diratakan sebelum dilapiskan dengan biskut. Tapi  bila tengok hasilnya memang mengujakan. 

Nampak bersememeh sikit bila dah dipotong-potong sebab coklatnya mudah cair bila dikeluarkan daripada peti sejuk. 

Sekali buat, cepat jer laku nya. Masakan yang ada based coklat kat umah ni memang cepat habis  sebab ramai peminat...

Resepi ni saya copy dari dapur Hasue, di mana resepi asalnya dari Mylla.Saya tempek pulak kat sini untk rujukan masa depan






Kek Batik Coklat
By Shikin
 

Resepi Asal : Mylla@myresipi.com
Sumber : HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan:

* 200gm millo > boleh letak lebih sikit jika suka
* 250gm butter/marjerin

* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis > boleh kurangkan sedikit
* biskut meri secukupnya

Cara-cara
  1. Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  2. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau(guna hand whisk) sehingga milonya hancur
  3. Seterusnya masukkan serbuk koko.... kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lg....
  4. Setelah pekat(membentuk kerak halus),padamkan api.
  5. Susun biskut meri di dalam loyang(lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk)lapis ngan adunan coklat,susu biskut meri lagi,sendukkan adunan coklat.Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis...
  6. Siap...dan biarkan semalaman.... potong dan hidangkan...kalau mahu cepat keras masukkan dalam peti sejuk dan bila keras potong dan hidangkan...


Jumaat, 27 Januari 2012

Mee Rebus

Mee rebus ni saya masak untuk acara makan2 besar sempena CNY keluarga baru-baru. Cuti panjang, adik beradik berkumpul, apa salahnya dihidang dengan sesuatu yang istimewa kan. 

Seronok bila berkumpul ramai-ramai. Banyak benda yang nak dibualkan.Lagi seronok bila juadah yang dihidangkan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Resepi daripada rakan sekerja saya, k.shidah. Dah pernah buat dulu. Saya letak sekali lagi kat sini


Mee Rebus
by Shikin

Bahan-Bahan

Mee
Mee kuning secukupnya - celur dan tos

Kuah
3 biji bawang holand - hiris
2 batang saleri - potong halus
Sup bunjut
3 keping asam gelugur
1 kg keledek
1/2 kg kentang
1 kg tulang
1/2 kg daging
Garam dan gula secukupnya

Rempah-ratus
Rempah tumis 4 sekawan - secukupnya
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
1/4 cawan kicap
1/4 cawan sos tiram
1/2 cawan cili kisar

Untuk hiasan
Tauhu - goreng dan hiris nipis
Tauge - celur seketika
ili merah - dihiris
Daun sup dan daun bawang - dihiris halus
Daging rebus - dihiris nipis
Bawang goreng
Telur rebus
Cara-cara membuatnya
  1. Rebus tulang dan daging sehingga empuk. Angkat daging ketepikan.
  2. Masukkan sup bunjut, bawang besar dan saleri. 
  3. Masukkan bahan-bahan rempah ratus (boleh ditumis dahulu jika suka)
  4. Apabila kuah mendidih masukkan ubi yang telah diblend
  5. Masukkan garam dan gula secukupnya
  6. Masak sehingga kuah pekat. (tambah bancuhan tepung jagung sekiranya perlu)
  7. Rasa masin dan manisnya.
  8. Tuang kuah ke atas mee yang telah diletakkan bahan-bahan hiasan.
  9. Hidangkan.


Selasa, 17 Januari 2012

Jagung Rebus

Saja nak tayang jugak gambaq jagung rebus ni dalam Dapur Ummi. Ekceli tinggal gambar je la... sebab jagung dan tongkol-tongkolnya dah selamat masuk dalam perut tong sampah.

Jagung rebus kat rumah ni memang cukup laku, dari anak sampailah ke bapak anak, semuanya suka. Kalau takat rebus 4, 5 tongkol tu sekali hadap je lah.

Oh ya, jagung ni saya beli kat nat hari Jumaat lepas. Bukan yang en. suami tanam ye sebab yang dia tanam tu baru berkembang mekar. Seminggu lagi boleh petik kot...



Rabu, 11 Januari 2012

Laksa Kedah Cheq Sue

Buat laksa kali ni guna resepi Cheq Sue. 

Agak lain sikit sebab resepi dia tumis dulu berbanding resepi selalu yang pakai rebus aja. Satu kelainan juga sebab dalam resepi ni dia guna udang geragau bagi saya lah....

Tapi bila tengok step by step yang cheq sue ajar tu nampak menarik aja, why not give a try dak??? Bahan-bahan pun senang nak dapat. So, buat aje lah.

He he...saspens gak.. Macam mana lah rupa laksa saya kali ni  sebab yang hari tu rupanya pucat sikit teguran daripada encik suami. Tapi bila dah siap Alhamdulillah, sangat sukses menurut perkiraan saya lah. 

Dan yang paling bestnya bila cik abang puji kata sedap. Siap tambah lagi tu...

Ok, jom kita tengok resepinya... (sebab ikan saya tak sampai sekilo, bahan-bahan yang lain tu ejas ikut kesesuaian lah)


Laksa Kedah Cheq Sue

Bahan-bahannya
1 kg ikan selayang / sardin - direbus (saya guna ikan kembung@temenung)
1 cawan udang kepal - dibasuh dan ditumbuk lumat. (saya blend aja)
30-40 tangkai cili kering - rendam air panas dan kisar
2 ulas bawang besar - kisar dengan cili kering
1 inci belacan - dikisar bersama cili kering
3 ulas bawang merah - dimayang
1 genggam asam keping
1 genggam daun kesum
3 batang bunga kantan
2 liter air @ lebih
garam secukupnya

Cara-cara membuatnya
  1. Ikan yang telah direbus diasingkan isi dengan tulang
  2. Isi ikan dikisar kasar (masukkan air paras ikan sebelum dikisar)
  3. Tulang ikan bersama air rebusan dikisar dan ditapis. Ambil air sahaja.
  4. Kisar cili kering bersama bawang besar dan belacan
  5. Tumis bawang merah hingga kuning dan masukkan cili kisar dan udang kepal yang ditumbuk lumat.
  6. Biar hingga cili masak (pecah minyak)
  7. Masukkan isi ikan. Kacau dan biar masak seketika bersama cili.
  8. Masukkan air rebusan ikan.
  9. Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan.
  10. Masukkan garam secukup rasa. Biar Mendidih.
Bila kuah dah masak bolehlah dihidang dengan laksa yang telah direbus dan bahan-bahan tabur yang lain.
Bahan hidang
Laksa - rendam dan rebus
Daun salad/ selom - dihiris
Timus - dihiris memanjang
Bawang besar - dimayang halus
Cili api - dihiris
Limau kasturi / limau nipis
Telur rebus

Ahad, 8 Januari 2012

Masak Lemak Ketam Dengan Nenas


Memanfaatkan hujung minggu di rumah selalunya kat kampung, saya dan suami ke Nat Tok Jalai mencari lauk untuk santapan tengahari. 

Keluar dari rumah memang bercadang nak cari ketam. Alhamdulillah, jumpa. Kami beli sekilo. Ketamnya taklah besar sangat. Adalah dalam 15 ekor.

Tercapailah hajat nak masak lemak ketam dengan nenas. 

Ok, jom kita tengok bahan-bahannya...


Masak Lemak Ketam Dengan Nenas

Bahan-Bahannya
1 kg ketam - bersihkan
1 biji nenas sederhana besar - buang kulit dan matanya. Potong ikut kesesuaian.
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
5 biji cili merah* (bahan bertanda * dikisar sehingga halus)
3 batang serai - dititik
Santan secukupnya daripada sebiji kelapa - asingkan patinya

Cara-Cara Membuatnya
  1. Masukkan bahan-bahan kisar , serai dan nenas didalam periuk. Panaskan api, masak sehingga air nenas keluar dan sebati bersama bahan-bahan kisar.
  2. Masukkan pati santan, masak lagi.
  3. Masukkan ketam, gaul sehingga sebati .
  4. Masukkan pula santan cair. Biarkan mendidih.
  5. Akhir sekali perasakan dengan garam.
  6. Sedia untuk dihidang.

Ahad, 1 Januari 2012

Mee Sanggul Goreng

Menu ulang tayang. Sebenarnya tayang gambar jer sebab dah habis makan pun. Buat minggu sudah lagi, tapi tak sebab nak  upload.

Sajalah nak buat entry bagi memeriahkan blog yang dah suam-suam kuku ni...

Virus M dah menyerang. Kena makan vitamin R banyak-banyak ni untuk meningkatkan energy.


Resepi tengok kat bawah

Mee Sanggul Goreng
by Shikin @ Dari Dapur Ummi
1 peket mee sanggul - rendam seketika
2 ulas bawang putih - diketuk
4 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
garam dan gula secukup rasa
sawi
udang,ayam, sotong ( apa shj yang difikirkan sesuai, tapi kali ni saya letak ayam dan fishball)
2 biji telur ayam ( tak nak letak pun tak per)
minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya
  • panaskan minyak,tumis bawang putih sehingga naik bau
  • masukkan cili kisar, kacau seketika
  • masukkan sos,kicap serta garam dan gula secukupnya
  • masukkan ayam dan fishball. kacau lagi
  • masukkan telur, kacau seketika.
  • kemudian masukkan mee sanggul dan sawi
  • kacau sehingga semua sebati
  • sedia untuk dihidangkan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini