Sudi-Sudi Ikut Saya...

Selasa, 27 Mac 2012

Siakap Goreng Bercili

Balik kerja, godek esbok, jumpa la sekor ikan siakap.

Hmmm...Siakap...Nak masak apa ya...

Goreng rangup, tuang sambal. Sedap tu


Siakap Goreng Bercili

Bahan-Bahannya
1 ekor ikan siakap
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 sudu besar cili kisar - boleh tambah kalau nak kuah banyak dan lebih pedas
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1/2 cawan air
Lada sulah
Tepung ubi
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Timun, karot, nenas - potong dadu (kalau x de boleh letak hirisan bawang besar)
Daun bawang/daun sup(jika ada) - untuk hiasan


Cara-cara
  • Bersihkan ikan, kelar-kelar sikit. Taburkan garam dan lada sulah. Taburkan pula tepung ubi rata-rata.
  • Goreng ikan dalam minyak yang banyak sehingga berwarna kuning keemasan.( boleh buat deep fryer) Angkat dan toskan.
  • Keluarkan separuh minyak bekas gorengan ikan tadi, tinggalkan sedikit untuk menumis.
  • Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah di mayang halus.
  • Masukkan cili kisar, masak sehingga cili pecah minyak.
  • Kemudian masukkan kesemua jenis sos serta garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan pula timun, nenas, dan karot. (jika ada) Kacau sebati.
  • Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
  • Apabila sudah masak curahkan kuah ketas ikan yang telah dihiaskan didalam pinggan.

Isnin, 26 Mac 2012

Home Made Fishball Sup


Home Made Fishball Sup

Bahan-Bahan
4-5 ekor ikan - saya gunakan 4 ekor ikan rambai dan 2 ekor ikan kembung
7 ulas bawang merah - 5 ulas ditumbuk dengan isi ikan, 2 ulas lagi dimayang halus
2 ulas bawang putih - mayang halus
1 ulas bawang besar - mayang halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 batang karot - potong ikut suka
1 bungkus suhun
Sedikit tepung ubi
Garam secukup rasa
Minyak
Air
2-3 tangkai daun bawang

Cara-cara membuatnya
  • Asingkan isi ikan daripada tulang. Letak tepi.
  • Ambil 5 ulas bawang merah, tumbuk bersama isi ikan tadi dalam lesung. Masukkan garam dan serbuk lada hitam secukupnya. (Boleh juga diblend kering.)
  • Alihkan bahan-bahan tumbuk tadi kedalam mangkuk, masukkan sedikt tepung ubi, gaul sebati (tepung jangan banyak sangat supaya bebola ikan tak terlalu keras.)
  • Dalam periuk, panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang sudah dimayang sampai naik bau. Masukkan air secukupnya.
  • Apabila air telah mendidih, bulat-bulatkan isi ikan tadi sebesar duit syililng 20 sen masukkan ke dalam kuah yang sedang mendidih. Buat sampai isi ikan habis.
  • Masukkan karot dan juga suhun.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa. Kalau suka boleh tabur sedikit serbuk lada hitam.
  • Tabur hirisan daun bawang. Padamkan api.
  • Sedia untuk dihidang.

Udang Goreng Tepung


Udang Goreng Tepung

Bahan-Bahannya
1/2 kg udang
1 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada sulah
Tepung serba guna secukupnya - saya gunakan tepung goreng ayam  yang di beli di kedadai.

Cara-Cara Membuatnya
  • Udang dibuang kulit, basuh bersih dan toskan.
  • Pecahkan telur dalam mangkuk. Masukkan garam dan lada sulah. Pukul sehingga sebati.
  • Ambil udang, celupkan dalam adunan telur kemudian golekkan atas tepung. Pastikan semua bahagian udang disaluti tepung.
  • Goreng dalam minyak yang banyak dan panas sehingga berwarna kuning keemasan.
  • Angkat, toskan minyak.
  • Sedia untuk dimakan. Boleh dicicah dengan sos ataupun dimakan macam tu saja.

Siakap Sweet Sour


Hari ni saya nak masukkan resepi ikan siakap sweet sour yang saya masak baru-baru ni. 

Selalunya resepi sweet sour yang saya masak menggunakan bahan-bahan yang mudah yang tersedia di dapur.

Siakap Sweet Sour

Bahan-Bahan
1 ekor ikan siakap (berat lebih kurang 400-500gm)
1 labu bawang besar - potong dadu
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
Timun, Nenas, Karot secukupnya (potong dadu. untuk timun buang empulur tengahnya)
3-4 tangkai cili padi (optional-kalau nak pedas) - hiris
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung (optional) - bancuh dengan sedikit air. Tepung jagung ni bertujuan untuk 
memekatkan kuah.
Sedikit minyak untuk menumis


Cara-cara membuatnya
  • Panaskan minyak, tumis bawang besar sampai layu. Masukkan cili kisar. Kacau sampai cili agak garing dan pecah minyak.
  • Masukkan kesemua jenis sos, kacau sebati. Masukkan juga cili padi hiris - jika ada. Kemudian masukkan air secukupnya. (Agak-agak lah, supaya cukup masa nak siram atas ikan nanti)
  • Masukkan timun, karot dan nenas. Masak sekejap.
  • Perasakan degan garam dan gula secukupnya. Boleh juga masukkan bancuhan air tepung jagung kalau nak kuah lebih pekat.
  • Padamkan api. Curahkan kuah keatas ikan yang diletakkan dalam pinggan.
  • Sedia untuk di makan.

Ahad, 25 Mac 2012

Menu di hari Jumaat

Minggu lepas kami habiskan masa di Jitra. Tak balik ke kampung pun. Sebab hari Sabtu Deena terlibat dengan sukaneka, manakala abahnya pula ada acara merentas desa kat sekolah.

Dah ada kat rumah hujung-hujung minggu tu bolehlah masak yang special sikit yer ker? untuk keluarga.

Menu sajian kami seisi keluarga adalah siakap masam manis, udang goreng tepung,   home made fishball sup dan telur dadar. 

Seronok bila tengok suami dengan anak-anak makan berselera sekali tengahari tu. Ya lah, bukan selalu kan ummi masak beria-ia macam ni..

Saya letak gambar dulu, resepinya kemudian ya...

Ikut putaran jam : Siakap sweet sour, udang goreng tepung, telur dadar dan home made fishball sup.

Khamis, 22 Mac 2012

Agar-Agar Santan Gula Melaka

Agar-Agar Santan Gula Melaka
Sumber : Yatie Memories
Bahan-Bahan:
  • 10gm serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 200 ml santan kotak+ 50 ml air
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 keping gula melaka (potong kecil-kecil dan masak dengan satu cawan air)
  • 2 helai daun pandan
Caranya:

  1. Masak air dengan gula pasir dan daun pandan.
  2. Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut. Masukkan daun pandan.
  3. Kecilkan api. Masukkan air gula melaka.
  4. Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih.Guna api sederhana je dan sentiasa di kacau.
  5. Bila dah siap, tutup api dan bolehlah di tuang ke dlm acuan kegemaran.
  6. Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk!

Ahad, 18 Mac 2012

Serawa Pisang

Pisang yang ditanam oleh en. suami. Betul-betul diluar pagar rumah. Tapi tak payah ambik galah untuk tolong jolokkan.

Memang dah lama saya duk intai dengan hasrat yang menggebu di dalam hati.

"Dah masak nanti pisang tu akan ku buat serawa pisang"

Alhamdulillah hasrat tercapai. Hampir 3 sikat pisang tu saya buat serawa. Tu pun ada belen 3 sikat lagi. Tengoklah nanti nak buat apa.

Tiada resepi khusus tak sempat nak sukat yang saya gunakan untuk membuat serawa pisabg ni, just buat ikut instinct dan sesedap rasa.


Serawa Pisang
by Shikin

Bahan-Bahan
Pisang (saya guna 3 sikat pisang awak yang baru masak)
Santan (daripada 11/2 biji kelapa - agak-agak tenggelam sikit pisang-pisang tu bila dah masuk dalam periuk)
Sagu biji ( saya beli RM1.00. Rebus sampai kembang. Kemudian toskan airnnya dan basuh dengan air sejuk)
Gula secukup rasa
Sedikit garam ( untuk membangkitkan lemak santan)
3-4 helai daun pandan (simpulkan)

Cara-Cara
  • pisang dipotong menyerong. ikut sukalah nak besar mana. macam saya, sebiji pisang saya potong empat. bukan apa, suami kata kalau potong kecik-kecik senang sikit nak ngap...
  • masukkan pisang dalam periuk, tuangkan santan.
  • nyalakan api, masak dengan api perlahan
  • bila kuah serawa dah mula panas masukkan gula secukupnya. masukkan juga daun pandan.
  • sentiasa kacau bahan di dalam periuk supaya kuahnya tidak pecah minyak @ tidak jadi kepala santan.
  • bila hampir mendidih, masukkan biji sagu yang sudah direbus
  • masukkan juga garam.
  • teruskan mengacau sehingga bahan-bahan sebati dan masak.
  • padamkan api.

Rabu, 14 Mac 2012

Pisang Goreng

Memenuhi permintaan En. Tahiri yang teringin nak makan pisang nangka dan pisang awak goreng.

Pagi-pagi lagi saya dah bangun dan sediakan bancuhan tepung, dan mula menggoreng pisang yang dah hampir masak ranum.

Banyak juga yang dapat jadi sebahagiannya saya bawa ke tempat kerja. Boleh gak jamu kengkawan...


Pisang Goreng

Bahan-bahan
Pisang (apa saja jenis pisang yang boleh dimakan. kali ni saya guna pisang nangka dan pisang awak)
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1-2 sudu besar marjerin/mentega
2-3 sudu besar bijan
garam
air secukupnya

Cara-cara
  • pisang dibelah 2 @ 3 memanjang (kalau saya, suka belah nipis-nipis. sedap dimakan bila goreng garing2)
  • dalam satu bekas, campur kesemua tepung, garam dan marjerin
  • tuangkan air sedikit demi sedikit
  • bancuh adunan sehingga kadar kepekatan yang dikehendaki
  • taburkan bijan secukupnya
  • celup pisang kedalam tepung
  • goreng dalam minyak yang banyak
  • apabila pisang berwarna keemasan, angkat dan toskan.
  • lebih sedap dimakan ketika masih panas.

Isnin, 12 Mac 2012

Kari Ikan Berangan

Menu tengah hari jumaat


 
Kari Ikan Berangan
by Shikin

Bahan-Bahannya
Ikan berangan - basuh bersih-bersih
2 bungkus serbuk kari - bancuh dengan air asam jawa, ketepikan
Santan secukupnya
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai daun kari
air asam jawa
bendi
tomato
minyak untuk menumis

Cara-cara
  • panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari sehingga naik bau
  • masukkan rempah, kacau sehingga pecah minyak
  • tuangkan santan, kacau supaya santan dan rempah sebati
  • masukkan ikan, biar seketika
  • masukkan bendi dan garam.alu suka boleh masukkan 1 sudu kecil gula.
  • apabila kuah mendidih masukkan tomato.
  • rasa asam garamnya, kalau tak cukup boleh ejas sendiri.
  • padamkan api.
  • hidangkan dengan nasi putih.
hidangan sampingan...

Tauge Goreng

    Sandwich Goreng Lagi

    Breakfast di pagi Jumaat. 


    Sandwich Goreng
    by Shikin

    Bahan-Bahan:

    Bahan Roti
    Roti putih
    Inti Sardin
    Planta/Mentega
    Mayonis

    Bahan Batter 
    2 sb mentega Majerin
    2 cawan Tepung Gandum*
    1 cawan tepung beras  
    1 cawan santan
    1 titik perwarna kuning
    1/4 st Garam* (* campur) 
    Air
    CARA2:
    1. Sapu roti dengan planta dan mayonis. Ratakan inti sardin diatasnya. Lipat 2 roti menjadi bentuk 3 segi. Ketepikan.
    2. Satukan kesemuajenis tepung, garam dan mentega.
    3. Tuangkan santan dan juga air sedikit demi sedikit.
    4. Bancuh sehingga adunan tidak berketul dengan kepekatan yang sesuai.
    5. Celupkan roti kedalanm adunan tepung
    6. Goreng didalam minyak yang banyak dan betul-betul panas sehingga berwarna kuning keemasan.
    7. Angkat roti daripada kuali, toskan minyak.
    8. Sedap dimakan semasa masih panas.

    Rabu, 7 Mac 2012

    Menu Ulang Tayang

    Wordless wednesday....

    Layan gambr ekk walopun tak berapa menarik.


    Agar-Agar Santan Pandan

    Agar- agar ni digandingkan dengan mee bandung untuk juadah berbuka Isnin lepas, tapi baru sempat buat entry hari ni. 

    Tu pun kena seludup broadband dari rumah (sorry ye En. Tahiri...) memandangkan line interner kat ofis ni dah ada sekatan baru. Kalau dulu dia sekat website macam youtube, FB etc. Tapi sejak seminggu ni, dengan private blog pun dah tak boleh nak surf dah... Hu hu 

    Ok la. Biaq pi la kisah line tenet kena banned tu, dah keja depa nak buat lagu mana lagi kan. Balik ke kisah agar-agar santan ni(kalau kat tempat saya agar-agar lumut), saya ambik resepinya daripada Yatie Memories. 

    Cuma tu lah kepala agar-agar saya tu tebal sangat, sampai tak nampak layer yang bahagian bawah. Tak tau lah apa silapnya.

    Ni bukan salah resepi yer, mungkin teknik dan cara pembuatan saya yang tak kena. Yang pasti, rasanya memang sedap.



    Sumber : Yatie Memories
    Bahan-Bahan:
    • 10gm serbuk agar-agar
    • 1 cawan gula pasir
    • 4 cawan air
    • 200 ml santan kotak+ 50 ml air
    • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
    • secubit garam
    • 2 helai daun pandan
    • pewarna hijau dan perisa pandan
    Caranya:

    1. Masak air dengan gula pasir dan daun pandan.
    2. Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
    3. Kecilkan api. Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan.
    4. Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih.Guna api sederhana je dan sentiasa di kacau.
    5. Bila dah siap, tutup api dan bolehlah di tuang ke dlm acuan kegemaran.
    6. Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk!

    Selasa, 6 Mac 2012

    Mee Bandung Simple

    Mee bandung ni saya sediakan sebagai menu berbuka puasa kelmarin.

    Balik dari kerja terus ke kedai, beli barang-barang yang sepatutnya, ambil anak-anak dari rumah pengasuh, sampai rumah pun dah pukul 6.

    Bersihkan diri, solat, terus masuk dapur ummi, sediakan bahan-bahan untuk buat mee bandung ni.

    Asalnya plan nak buat mee goreng, tetiba last minit teringin plak nak makan mee bandung.

    Okla, mee bandung yang saya masak ni tidak menggunakan resepi khusus, cuma berdasarkan apa yang saya biasa buat sebelum-sebelum ni.

    Sebab tu saya sebut mee bandung simple...my style yer...


    Tengokla , mee pun main letak dalam mangkuk tabur bawang dan terus snap gambar. Tak dan nak berhias bagai...

    Masa ambik gambar pun dah dekat sangat waktu berbuka... Haish...

    Walaupun simple, nak letak la jugak resepinya kat sini.

    Mee Bandung Simple
    by Shikin

    Bahan-bahannya
    1 bungkus mee kuning
    2-3 ketul ayam - potong kecil dan cuci sampai bersih
    2 ketul tauhu - potong dadu
    Rempah tumis 4 sekawan secukupnya
    2 ulas bawang putih - dititik
    2-3 sudu besar cili kisar - tambah kalau nak lebih pedas.
    2 sudu besar sos cili
    2 sudu besar sos tomato
    1-2 sudu besar kicap pekat 
    1 biji tomato - potong 6
    1 batang karot - potong bulat
    1 ikat sawi 
    3 biji telur
    2-3 liter air
    Garam dan gula secukupnya
    Minyak untuk menumis

    Cara-cara membuatnya
    • Tuang air dalam periuk, masukkan rempah tumis dan ayam. Reneh sehingga ayam lembut. (untuk dapatkan stok ayam). Padamkan api.
    • Dalam kuali, panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap pekat. Kacau sebati.
    • Tuangkan air rebusan ayam (dengan ayam sekali), biar mendidih.
    • Bila kuah dah mendidih, masukkan sayur-sayur yang  keras dulu (spt batang sawi dan karot). Masukkan juga tauhu dan telur. Letak garam dan gula secukupnya.
    • Bila telur hampir masak, masukkan mee kuning, daun sawi dan juga tomato, biarkan sekejap (jangan lama sangat, nanti mee kembang)
    • Rasakan masin dan manisnya. Kalau kurang boleh ejas sendiri yer.
    • Hidangkan bersama hirisan cili merah, bawang goreng dan limau nipis. 
    * kalau nak kuah lebih pekat bolehla masukkan sedikit air bancuhan tepung jagung



      Ahad, 4 Mac 2012

      Pulut Serikaya/Serimuka...1st trial...

      Ini percubaan pertama saya buat pulut serikaya @ kat tempat saya dipanggil pulut sekaya.

      One of my favourite dish, tapi jujur saya belum pernah membuatnya sendiri.

      Memandangkan semangat nak mencubanya tengah meluap-luap, stok beras pulut pun banyak kat rumah (beli kat bukit kayu hitam dengan Ta baru-baru ni...) , saya pun BW dari dapur ke dapur mencari resepi pulut serikaya ni.

      Jumpa satu resepi yang dikongsikan kat dapur Lina Pg, yang mana resepi asalnya daripada yatie memories. Belek-belek, bahan yang nak digunakan ada kat dapur saya.

      Tinggal nak cari santan dengan daun pandan. Resepi asal guna gula melaka, tapi saya tukar dengan pandan sebab kalau pakai gula melaka nampak macam tepung talam la pulak)

      Nak jadi ceritanya, dah bancuh adunan, daun pandan tak juga sampai. Sudahnya, saya tuang aja perwarna hijau epal yang ada dalam kabinet tu.

      Nasibla...asalkan warnanya hijau.

      Setelah siap semua bahan, proses mengukus pun bermula. Tak lama mana pun nak membuatnya. Tapi buat kuih tardisional ni memerlukan daya kesabaran  yang tinggi.

      Hasilnya....



      Ok la bagi saya yang tak pernah buat pulut serikaya ni. Resepi daripada Yatie Memories tu memang sedang elok jer, kalau betul-betul ikut sukatan yang diberikan.

      Kalau ada yang tak kena tu, bukan masalah resepi tapi mungkin didorong oleh faktor-faktor persekitaran seperti menderhaka terhadap resepi dan sebagainya.
       
      InsyaAllah, lepas ni boleh buat lagi.



      PULUT SERIKAYA
      by Shikin 
      Resepi asal : Yatie Memories
      Sumber : linapg

      Bahan-bahan

      * Bahan lapisan bawah
      * 2 cawan beras pulut
      * 1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
      * 1/2 sk garam
      * 1 sb minyak

      Cara Untuk Lapisan Bawah
      • Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih. 
      • Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.(saya rendam semalaman)  
      • Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh. Alas loyang dengan plastik.  
      • Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.  
      • Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
      • Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat.
      • Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
      Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas.

      * Bahan lapisan atas
      * 1 cawan tepung gandum
      * 1 sudu besar tepung jagung
      * 1 sudu besar tepung beras
      * 3/4 cwn gula merah (tak letak, saya gantikan dengan pewarna hijau)
      * 1/2 cawan gula pasir
      * 2 biji telur gred A
      * 2 cwn santan pekat
      * 1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir) (skip step ni)
      * 1/2 sk garam
      * sedikit coklat emulco(warna gelap sikit)(tak letak)

      Cara Untuk Lapisan Atas
      • Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air dan tapiskan....sejukkan sebentar. 
      • Satukan tepung gandum, tepung beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.  
      • Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.  
      • Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.  
      • Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
      • Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.(biar berwap saja)(Saya tuang terus kedalam loyang pulut)
      • Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. 
      • Kukus la selama 20 minit saja.
      PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!! (yang ni lupa nak buat. duk berasap lagi dah potong. sebab tu pulut sekaya saya bersememeh semacam je...)
       
      Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin.
      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      Kongsi Resepi

      Terdapat ralat dalam alat ini