Sudi-Sudi Ikut Saya...

Rabu, 30 Mei 2012

Kek Coklat Kukus Mudah...Again...n Again...

Buat lagi kek coklat kukus mudah ni. Dan kali ni dalam kuantiti yang agak banyak...(bila dah banyak tu paham-paham lah...mudah tu dah tinggal sket jer...)

Sebenarnya ini projek julung kalinya untuk majlis perkahwinan adik perampuan saya Sarah. Sarah minta saya buatkan kek coklat ni dalam 500 cup untuk dimasukkan ke dalam goodie bags. Nasib baiklah adik sendiri yang minta, kalau adik orang tak kuasa dah buat banyak2 cenggini.

Mak ooii...tabik dengan mereka-mereka yang rajin menerima tempahan banyak2. Saya buat 500 cup pun dah rasa nak terlentang. Siap ngadu kat En. Tahiri lagi..."tak jadi la nak ambik order banyak-banyak mcm ni...Tak tahan dolat"

Apa pun it was a good experience...

Layan gambar ekk... 

Kalau nak resepi boleh ambik kat sini atau sini.

Satu loyang untuk tuan rumah makan...he he
Dah siap topping dan tabur gula





Acuan yang banyak membantu...bila isi dalam cup tu tak la bersememeh sangat.
Tunggu giliran untuk dikukus
Yang dah siap kukus tunggu turn untuk topping lak
Dah siap packing
Penuh sekotak...tunggu nak hantar ke rumah kenduri jer...

Selasa, 22 Mei 2012

Kek Batik Cream Crackers

Sesekali mencipta kelainan, nuat kek batik menggunakan biskut cream crackers. Biasa guna biskut marie kan???

Menggunakan resepi daripada Diana SkyBlue Kitchen. Thanks Diana n minta share resepi yer.

Overall, ok jugak rasa kek batik dengan cream crackers ni. Anak-anak pulak makan tanpa komplen apa-apa. Siap memuji lagi. Maklumlah, kalau base coklat, apapun diorang suka. Bagi yang nak cuba buat, boleh tengok resepi kat bawah yer...


Kek Batik Cream Crackers
Sumber : Diana

Bahan²
6 biji telur
250 gm mentega
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan milo
1 1/2 cawan Nestle nestum original 
1 tin kecil susu pekat 
Cream Crackers Hup Seng secukupnya
Choc Rice secukupnya

Cara²
  1. Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
  2. Kemudian.. masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
  4. Tambahkan tepung gandum, milo dan nestum... Pukul adunan sampai ianya betul² sebati.
  5. Masak adunan menggunakan kuali sehingga adunan pekat.
  6. Tutupkan api dan masukkan cream crackers dan gaul perlahan.
  7. Masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang yang telah d lapis dengan aluminium foil dan tekan kek sehingga rata dan padat.
  8. Taburkan choc rice d atas kek.
  9. Simpan d dalam peti ais sebelum d potong.
  10. Boleh juga d buat seperti d bawah nie yer...
  11. Sediakan loyang yang telah d lapis dengan aluminium foil dan letakkan sedikit adunan kek tadi.. ratakan.
  12. Kemudian susun cream crackers d atasnya .. Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis.
  13. Taburkan atasnya dengan choc rice... Simpan d dalam peti ais sebelum d potong...

Rabu, 16 Mei 2012

Menu Ulang Tayang...Kari Jenahak

En. Tahiri ni, sejak-sejak merasa sedapnya ikan jenahak dimasak kari, asal kari jer mesti ikan jenahak, nampak ikan jenahak jer mesti nak buat kari.

Dan saya pulak, sebab dia suka makan kari jenahak, saya pun suka nak masakkan untuk dia.

So, sila jangan jemu yer rakan-rakan sebab kari jenahak akan selalu enterframe dalam dapur ummi...



Resepi boleh tengok kat sini atau sini.

Rabu, 9 Mei 2012

Makaroni Bakar

Mencuba menu untuk santapan keluarga di petang hari. Alhamdulillah, sedap. Menepati selera seisi keluarga. Cuma En. Tahiri jer makan tak banyak sebab dia memang kureng sikit bab pasta-pasta nih...


MAKARONI BAKAR
By Shikin
Sumber : Resepi Nannie

BAHAN-BAHAN :
300 gm macaroni - direbus sampai kembang
500 gm ayam/daging cincang
2 cawan cheese monzarella/cheddar
30 gm butter
1 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 cawan susu segar
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh oregano/italian mix herbs
1 kiub pati ayam
4 biji telur
Garam secukup rasa
* Rebus makaroni sampai kembang dan toskan airnya.

CARA MEMASAK :

1. Panaskan butter dan tumis bawang merah dan bawamg putih yang telah dimayang halus. Kemudian masukkan daging cincang dan biar sampai daging masak.
2. Masukkan lada sulah dan serbuk oregano , susu dan kacau , kemudian masukkan semua makaroni tadi dan kacau lagi supaya semua bahan sebati . Masukkan kiub pati ayam yang telah dihancurkan dan jika masih kurang masin baru la ditambah garam.

3. Bila sudah masak tutupkan api dapur dan baru la dimasukkan telur sebiji demi sebiji sambil mengacau macaroni ini.

4. Masukkan macaroni separuh loyang dulu dan boleh la di susun keju monzarella kemudian terus masukkan macaroni lagi sampai penuh loyang pembakar. Susun cheese di atas macaroni.

5. Bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 40 minit atau sampai keju bertukar kewarna golden brown . Boleh la dibawa keluar dari oven dan biarkan sejuk dulu sebelum mengeluarkan macaroni ini dari loyang.

Rabu, 2 Mei 2012

Makaroni Bakar...Men-men ajerrr...

Heh... sempat lagi men-men tu yea...

Ekceli, makaroni bakar ni lebihan makaroni goreng kelmarin. Saya upgrade sikit, tambah telur dan fresh milk, tabur dengan carikan cheesedale. And then bakarlah...

Hu hu...abih jugak makaroni bakar men-men mcm ni pun...




Selasa, 1 Mei 2012

Makaroni Goreng

Salam semua...

Lamanya tak buat entry, alih-alih bila nak update blog,blogger dah berwajah baru ...

Hmm...fenin-fenin gak sementara nak biasa.

K la...takmo pot pet banyak2 coz nak masukkan resepi cepat-cepat.

Makaroni ni saya goreng untuk acara makan petang dengan mak, abah dan adik-adik saya sempena cuti hari pekerja.


Makaroni Goreng
by Shikin

Bahan-Bahan
1 bungkus makaroni (saya guna jenis spiral) - rebus sampai kembang dan toskan
300g daging kisar
2 biji bawang putih - cincang halus
1 labu bawang besar -potong dadu
5 sudu besar cili kisar
1/2 tin kecil tomato puri
2 sudu besar cili sos
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 cawan air
2 batang lobak merah - potong dadu
2 tangkai cili merah - cincang
1 sudu besar mix herbs
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak untuk menumis


Cara
  1. Panaskan minyak,tumis bawang putih dan bawang besar sampai layu.
  2. Masukkan cili kisar.Masak sampai cili garing.
  3. Masukkan pula tomato puree dan sos cili. Gaul sebati. 
  4. Masukkan daging kisar dan air. Perlahankan api. Biar mereneh sampai  daging lembut dan kuah agak pekat.
  5. Tambahkan serbuk lada hitam ,mix herbs serta garam dan gula secukupnya.
  6. Kmdn masukkan pula lobakmerah dan cili merah. Kacau sebati.
  7. Akhir sekali masukkan makaroni yang telah direbus sampai kembang. Teruskan menggoreng sampai makaroni sebati dengan kuah.
  8. Padamkan api, bolehlah dihidangkan mengikut citarasa  masing-masing.
p/s: gambarnya saya masukkan kemudian yer...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini