Sudi-Sudi Ikut Saya...

Sabtu, 28 Julai 2012

Siakap Sweet Sour

Menu ulang tayang.

Kat rumah ni kalau beli siakap, sama ada masakan sweet sour atau 3 rasa. 

Inilah 2 resepi yang sering mendapat tempat dihati suami dan anak-anak dapur ummi. 

Agak klise kan??? Tak pernah lagi cuba masak dengan cara membakar atau mengukus siakap ni.

Mungkin di masa-masa yang akan datang ada kesempatan untuk mencuba menu-menu siakap yang lain pula...


Siakap Sweet Sour
by Shikin

Bahan-Bahan
1 ekor ikan siakap (berat lebih kurang 400-500gm)
1 labu bawang besar - potong dadu
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Sedikit tepung ubi
Sedikit Lada sulah
1/2 cawan air
Timun, Nenas, Karot secukupnya (potong dadu. untuk timun buang empulur tengahnya)
3-4 tangkai cili padi (optional-kalau nak pedas) - hiris
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung (optional) - bancuh dengan sedikit air. Tepung jagung ni bertujuan untuk 
memekatkan kuah.
Sedikit minyak untuk menumis


Cara-cara membuatnya
  • Siang ikan, basuh bersih2. Kelar ikut kesesuaian.
  • Taburkan garam, lada sulah dan tepung ubi, rata-rata ke atas ikan.
  • Goreng dalam minyak yang banyak, angkat dan ketepikan.
  • Dalam kuali yang lain,panaskan minyak, tumis bawang besar sampai layu. Masukkan cili kisar. Kacau sampai cili agak garing dan pecah minyak.
  • Masukkan kesemua jenis sos, kacau sebati. Masukkan juga cili padi hiris - jika ada. Kemudian masukkan air secukupnya. (Agak-agak lah, supaya cukup masa nak siram atas ikan nanti)
  • Masukkan timun, karot dan nenas. Masak sekejap.
  • Perasakan degan garam dan gula secukupnya. Boleh juga masukkan bancuhan air tepung jagung kalau nak kuah lebih pekat.
  • Padamkan api. Curahkan kuah keatas ikan yang diletakkan dalam pinggan.
  • Sedia untuk di makan.

Isnin, 23 Julai 2012

Puding Roti Marble

Tengoklah corak puding saya tu bersememeh semacam aja...

Sebenarnya dah sedang elok kejadian coraknya masa memula saya tuang dalam loyang tu. 

Alkisahnya masa proses nak menyejuk dan membekukan puding Nuha pulak main peranan. Larat di tonyohnya puding saya tu dengan pengayak tepung. Kan dah comot tu.

Tapi bila dah dipotong ok jer coraknya. Comot bahagian atas, belah dalam ok...

Haish...sabar jelah anak-anak oii...


PUDING ROTI MARBLE
By Shikin
Sumber : Hana Myresepi
Bahan-bahan ( satu loyang )
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)


Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk. 
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.  
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.  
  4. Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal. Dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. Kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. Sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. Ulang hingga habis! Ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.  
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Ahad, 22 Julai 2012

Roti Jala Dengan Kari Ayam

Menu berbuka puasa hari kedua.

He he...dah kena semangat menjala la pulak semenjak dua menjak ni. Sekejap-sekejap nak menjala. 

Tapi tengok kepada stail jala tu tak berapa nak mantop lagi. Maklumlah ...penjala amatur. Kena banyak training lagi nih...


Roti Jala
Bahan:-(Saya buat half dari adunan di bawah ni)
  • 750 - 850 ml air
  • 410 ml susu cair (tak masuk pun)
  • 600 gm tepung gandum
  • 2 biji telor
  • 3 - 4 sudu makan minyak
  • 1 sudu teh garam
  • sedikit pewarna kuning (saya letak juga perwarna hijau)
  • 2 helai daun pandan - untuk merenjis
Cara-Cara:-
  1. Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang ditengah-tengah tepung.
  2. Masukkan telor dan pukul dengan hujung garfu.
  3. Tuangkan susu, letak sedikit pewarna kuning dan air. Bancuh sampai larut kemudian tapiskan.(saya bahagi dua adunan, satu letak warna kuning, satu lagi warna hijau)
  4. Panaskan kuali leper, celup daun pandan ke dalam minyak dan renjiskan/lenser sedikit ke atas kuali.
  5. Tuangkan adunan roti jala menggunakan acuan bercorong membentuk jala.(Saya guna acuan muncung tiga. Lorek2 je atas pan tu)
  6. Masak 2 - 3 minit, bila dah lekang dari kuali, lipat empat dan angkat. Boleh jugak angkat dulu dan gulung seperti kuih dadar.
*Nota - bila letak adunan dalam acuan, kalau adunan keluar x laju, tambahkan sikit air dalam adunan dan kacau adun semula.


Kari Ayam My Style
By Shikin

Bahan-Bahan
1/2 ekor ayam (potong kecil @ ikut suka)
2 bgks serbuk kari daging
2 senduk kerisik
Santan (saya guna santan dalam RM2.00)
2 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang merah - dimayang
1/2 biji bawang besar - dimayang
1/2 inci halia - hiris memanjang
2 tangkai daun kari dilurut
Rempah 4 sekawan secukupnya (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan biji pelaga)
2 biji kentang sederhana besar (potong dadu)
Garam
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-Cara
  • Gaul serbuk kari dan kerisik dengan sedikit air hingga jadi paste. Masukkan ayam, perap sebentar.
  • Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah 4 sekawan sampai naik bau, masukkan bahan-bahan dimayang serta daun kari.Biar hingga kekuningan.
  • Masukkan ayam yang telah diperap dengan rempah.Masak sehingga pecah minyak.
  • Tuangkan sedikit air (qtty air bergantung dengan kadar kepekatan yang dikehendaki). 
  • Masukkan kentand. Biarkan mendidih.
  • Tuangkan santan kedalam periuk. Masukkan garam secukup rasa.
  • Api perlahan ye supaya santan  tak pecah minyak. Biarkan kuah mendidih. 
  • Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Sabtu, 21 Julai 2012

Cucur Nasi Ikan

Cucur ni ilham daripada resepi cucur nasi ikan bilis oleh Noor Masri. Saya cuma tukar penggunaan ikan bilis tu kepada isi ikan kembung.

Kalau saya buat cucur tak derlah sukatan yang tepat . Main hentam keromo jer. Ikut bahan-bahan yang ada di dapur lah. 

Tapi anda boleh tengok resepi daripada Noor Masri ni. Ejaslah mana yang patut supaya kena dengan citarasa sendiri.
 

Cucur Nasi Ikan
By Shikin
Resepi Asal : Noor Masri

Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar - hiriskan
  • 2 biji bwg putih - tak letak
  • 1/2 cwn ikan bilis - saya ganti dengan isi ikan kembung yang telag direbus
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus) - x letak
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng

Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah.

Mee Lidi Goreng Hijau

Juadah berbuka hari pertama. Goreng mee lidi ajer...


MEE LIDI GORENG
By Shikin
resipi : Ummi Kuantan
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
Air secukupnya
1/2 bungkus mi lidi
sedikit minyak jagung
minyak masak secukupnya
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
3 ulas bawang putih ~ dicindang
2 sudu besar kicap cair
1 kiub pati ayam
sedikit garam
sedikit lada sulah
10 ekor udang segar
1/2 biji kobis ~ dihiris (saya gantikan dengan sawi dan hirisan lobak merah)
sedikit serbuk lada sulah

Bahan dikisar :
2 biji cili hijau
6 biji cili padi hijau
4 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang

 Cara:
  • Didihkan air, celup/celur mi lidi, angkat dan toskan. Gaul mi lidi bersama sedikit minyak jagung sehingga rata dan ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak , tumis bawang besar bersama bawang putih sehingga keemasan.
  • Masukkan bahan kisar dan kacau seketika.
  • Bubuh kicap cair bersama kiub pati ayam, garam dan lada sulah. Kacau lagi.
  • Masukkan udang bersama kobis dan kacau.
  • Bubuh mi lidi dan gaul rata sehingga masak.
  • Hidangkan bersama sedikit serbuk lada sulah jikalau mahu.

Rabu, 18 Julai 2012

Dadih Sedap Coffemate Lagi...

Buat lagi dadih coffemate yang sedap banget nih. Kegemaran anak-anak, tambah-tambah Deena dan Nuha. Kejap-kejap buka peti ais, berulang-ulang makan. Macam tu lah lagi tak habis...


DADIH SEDAP COFFEEMATE
Sumber : Yatie Memories
Bahan-bahan ( 20 cup kecil )
  • 10gm agar2 serbuk
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 3 liter air (dlm 12 cwn)
  • 200 gm Coffemate Creamer
  • 1 tin susu sejat/ cair
  • Perisa jagung, perisa strawberry , perisa pandan dan perisa keladi

  Cara-cara

  1. Dalam periuk yg bersih,masak air, agar2 serbuk dan gula sampai mendidih.Kacau rata.
  2. Perlahankan api dan masukkan creamer coffeemate dan kacau sampai creamer larut.
  3. Tuangkan susu cair dan kacau sebati. Kacau hingga hampir mendidih dan tutup api.
  4. Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa yg di kehendaki.
  5. Saya bahagikan pada 4 bahagian dan satu bahagian letak perisa jagung, 1 perisa keladi, 1 perisa pandan dan satu lagi perisa strawberry. Ikut selera masing2lah ya.
  6. Kacau cepat2 setiap perisa tu, dan tuang ke dlm bekas. Biarkan sejuk dan bolehlah di masukkan dlm petiais.
  7. Siap dan bolehlah di makan... Selamat Mencuba.

 
 

Sabtu, 14 Julai 2012

Roti Jala


First time buat roti jala guna acuan muncung tiga.Hancuss...

Kena practise banyak kali lagi supaya kejadiannya elok dan menarik dipandangan mata. Tak berapa kemas tapi kira ok la tu...

Cicah ngan serawa durian.


Roti Jala

Bahan:-(Saya buat half dari adunan di bawah ni)
  • 750 - 850 ml air
  • 410 ml susu cair (tak masuk pun)
  • 600 gm tepung gandum
  • 2 biji telor
  • 3 - 4 sudu makan minyak
  • 1 sudu teh garam
  • sedikit pewarna kuning (saya letak juga perwarna hijau)
  • 2 helai daun pandan - untuk merenjis
Cara-Cara:-
  1. Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang ditengah-tengah tepung.
  2. Masukkan telor dan pukul dengan hujung garfu.
  3. Tuangkan susu, letak sedikit pewarna kuning dan air. Bancuh sampai larut kemudian tapiskan.(saya bahagi dua adunan, satu letak warna kuning, satu lagi warna hijau)
  4. Panaskan kuali leper, celup daun pandan ke dalam minyak dan renjiskan/lenser sedikit ke atas kuali.
  5. Tuangkan adunan roti jala menggunakan acuan bercorong membentuk jala.(Saya guna acuan muncung tiga. Lorek2 je atas pan tu)
  6. Masak 2 - 3 minit, bila dah lekang dari kuali, lipat empat dan angkat. Boleh jugak angkat dulu dan gulung seperti kuih dadar.
*Nota - bila letak adunan dalam acuan, kalau adunan keluar x laju, tambahkan sikit air dalam adunan dan kacau adun semula.




Serawa Durian




Ini serawa  durian cara saya. Simple dan ikut suka aja. Tak de resepi khusus, main lebur bahan-bahan yang ada.

Serawa Durian
By Shikin

Bahan-Bahan
Durian (ambil isi secukupnya)
Santan
Gula
Garam 
Daun Pandan (carik-carik dan simpulkan)

Cara-Cara
  • Masukkan isi durian kedalam periuk. Masukkan santan. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih.
  • Masukkan gula secukupnya.  Masukkan daun pandan.
  • Masukkan juga secubit garam. Teruskan memasak sehingga semuanya sebati.
  • Rasa kuahnya, kalau cukup lemak dan manisnya padamkan api.
  • Bolehlah dihidangkan.
  • Sedap dicicah dengan roti jala atau roti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini