Sudi-Sudi Ikut Saya...

Sabtu, 25 Ogos 2012

Homemade Coklat


Seronok bila sesekali bermain dengan coklat. 

Teruja...tak sangka boleh buat coklat kegemaran sendiri... 

Resepi coklat yang sangat ringkas gara-gara tuan punya blog tak pernah mengikuti kelas pembuatan coklat secara ekslusif. 


Cuma lebur coklat, letak apa-apa yang disukai, kalau tak der apa nak letak biar coklat tu plain aja. Tuang dalam mould.


Sejukkan sekejap dalam fridge, kemudian keluarkan daripada mould. Bolehlah nak hias ikut kreativiti masing-masing. Boleh jugak letak dalam papercup...


Home Made Coklat
By Shikin

Bahan-Bahan
Milk Coklat Compound
Dark Coklat Compound
Coklat Compoud berperisa yang digemari (ada macam-macam perisa dan warna kat pasaran, macam yang warna hijau tu saya guna mint flavour)
Kekacang, rice buble, biskut oreo *optional ( untuk coklat plain tu sebenarnya saya letak rice buble kat dalamnya)

*Untuk coklat : saya guna coklat compound jenis coin jenama Berryls.



Cara membuatnya
  1. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler. 
  2. Panaskan periuk yang berisi air, padamkan api. Letak mangkuk yang berisi coklat atas periuk tadi, biarkan coklat mencair sambil kacau perlahan-lahan. Pastikan coklat cair sepenuhnya. 
  3. Angkat mangkuk yang berisi coklat yang telah cair tadi, lap dibahagian bawahnya supaya wap air tak menitis kedalam coklat yang nak dituang kedalam mould
  4. Kaup balikkan coklat supaya suhunya menurun.
  5. Kemudian, bolehlah dimasukkan bahan-bahan lain seperti kekacang, rice buble dan sebagainya - jika ada - gaul rata  dan sebati. (pastikan kekacang @ rice buble di bakar sekejap supaya ia kekal rapuh)
  6. Tuang kedalam mould yang digemari.
  7. Untuk coklat perisa mint tu sebenarnya saya buat dua layer, tuangkan sedikit coklat berperisa mint dalam mould, sejukkan. Kemudian saya tuangkan coklat plain memenuhi keseluruhan mould.
  8. Ketuk-ketuk sikit mould supaya coklat memenuhi semua ruang mould secara rata.
  9. Sejukkan coklat tersebut. - boleh letak dalam petis ais (5-10 minit dah keras)
  10. Coklat yang telah keras bolehlah dikeluarkan daripada mould dan diisi dalam papercup.
  11. Simpan dalam bekas yang kedap udara.

Khamis, 23 Ogos 2012

Strawberry Cheese Tart

Dah lama mengidam nak buat cheese tart ni. Tapi tahap keyakinan tak berapa tinggi, so hajat tu selalu tertangguh. Padahal acuan cheese tart dah dekat setahun saya beli.

Tapi kali ni saya nekad, nak buat jugak cheese tart yang adorable ni. Biarlah jadi macam mana pun. Cuba 

Setelah mencuba... tada...
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Inilah hasilnya


He he...terujanya.

Nak cuba jugak? Jom kita semak resepi


Strawberry Cheese Tart
By Shikin
Sumber : Kak Am Flora

Bahan-Bahan

Pastry
1biji telur
100gmbutter
75gm gula ising
200gm tepung gandum

  • satukan semua bahan, uli sampai jadi doh
  • bulat-bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan dalam acuan tart
  • cucuk2 sikit dengan garfu
  • bakar 15minit - 160c
Krim Cheese
250gm cream cheese (yang halal)
60gm gula ising 
i biji telur
Filing (yang sesuai)
  • pukul semua bahan hingga halus dan rata
  • pipekan dulu strawberry filing kemudian tutup dengan krim cheese
  • lorek sesuka hati (bole guna filing @ sedikit krim cheese dicampur kaler pink/merah)
 

  •  masukkan dalam oven, bakar sekejap (5 minit - 170c)

  •  keluarkan daripada oven. letak tart dalam papercup yang sesuai. (kalo tak letakpun tak per)

Isnin, 20 Ogos 2012

Kepak Ayam Barbeku


Sebenarnya ini barbeku yang berlangsung pada malam raya pertama kat rumah saya.

Dalam duk servey resepi barbeku kat internet rasanya ini yang paling mudah dan menjadi pilihan saya. 

Alhamdulillah resepi mudah ni menepati citarasa. Habis 5 ekor ayam yang dibakar malam pada malam tersebut  .Tu tak masuk 6 bungkus bebola sotong,udang dan ketam serta 5 bungkus filamen ketam. 

Bagaimanapun resepi dibawah ni saya ubahsuai dengan kesesuaian kuantiti ayam dan bahan-bahan lain yang nak diperap. So, pandai-pandai sendirilah yer...


KEPAK AYAM BARBEKU
By Shikin
Resepi: Dayang Jack

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

10 ketul kepak ayam
3 sudu besar sos barbeku (cap Life @ mana2 brand pun boleh)
1 sudu besar sos masam manis @ sos plum (madu di dlm sos ini akan memberikan kilatan pd ayam setelah dimasak)
½ biji lemon (ambil jusnya) (tak letak pun)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sdt garam & gula
1 sudu besar minyak zaitun @ minyak masak

Cara-cara
  • Ayam dicuci dan dilap bersih dengan tisu kertas. Kelarkan sedikit kepak ayam dengan pisau (supaya cepat masak di bahagian isi dalamnya apabila dibakar).
  • Gaulkan ayam bersama bahan2 di atas di dalam satu bekas dan tutup kemas dengan kertas foil. Perap selama 2 jam atau semalaman.
  • Panaskan oven dgn suhu 200°C. Sediakan dulang utk membakar ayam. Lapikkan dulang tersebut dengan kertas foil dan dilengser sedikit minyak. Susun kepak ayam di dalamnya. Bakar selama 20 minit.
  • Kemudian keluarkan dulang dr oven lalu dikaupbalikkan ayam tersebut. Renjis2kan sedikit dgn baki bahan perap td. Bakar lagi selama 20-30 minit atau tunggu sehingga masak(bergantung pd jenis oven)
  • Setelah masak, angkat dan hidangkan bersama sos cili/mayonis/dressing salad.

***kepak ayam ini boleh dimasak cara bakar, gril dan goreng (cara perapan tetap sama)

Sabtu, 18 Ogos 2012

Chocolate Chips Cookies

Sempat jugak last minit buat biskut ni ...


Chocolate Chips Cookies
By Shikin
Resepi: Nadia@MyResepi

Bahan-Bahan
450gm tepung gandum
1 biji telur
250gm mentega
115gm gula halus
110gm gula perang
100gm coklat cip
3 sudu besar serbuk koko
250gm gajus (panggang dan cincang halus) - saya letak badam
1 sudu kecil baking soda

Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang
  2. Masukkan telur dan pukul lagi
  3. Masukkan tepung dan baking soda yang telah di ayak, sedikit demi sedikit dan juga coklat cip. Gaul sebati.
  4. Masukkan gajus.
  5. Bulatkan kecil-kecil dan tekan dengan garfu.
  6. Bakar dalam oven, pada suhu 160c (15 minit)

Jumaat, 17 Ogos 2012

Almond Rocher


ALMOND ROCHER
By Shikin
Resepi : http://anyambakul.blogspot.com

Bahan-Bahan
1. Dark/milk compaund (campur 2-2 sama byk)
2. Nutella 2sudu je(saya tak letak)
3. Badam potong
4. Coklat hiasan




Cara Membuatnya

badam ni masuk oven jap, bakar dlm 10minit kasi perang2 keseluruhan

Coklat tadi cairkan secara double boiler tu, then masukkan badam, kacau rata
*kuantiti tu pandai2 la anggar byk mane, xske coklat byk, buh skit je ^_^

then masukkan dalam papercup

tabur la coklat hiasan kasi nmpak meriah, xletak pun xjejas ape2 :p (saya letak coklat putih)

masukkan dalam peti, sejukkan dlm 10minit, terus keras coklat tu, boley taruk dlm bekas, tp guna coklat homemade ni, x boley letak kt tmpat2 panas ler, cair smula coklat tu,

Khamis, 16 Ogos 2012

Cornflakes Madu


Biskut ni selalu jadi pilihan setiap kali tiba musim perayaan.

Selain bahan-bahannya yang mudah didapati, ia juga senang dibuat. Tak perlu mixer bagai. Gaul dengan senduk pun jadi...

Dan yang paling penting, rasanya yang sedap serta digemari anak-anak...

Ce tengok resepi kat bawah...


Corflakes Madu
By Shikin
Resepi :Umi-e My Resepi

Bahan-Bahan
250gm cornflakes
125gm butter
1/2 cawan gula perang ( tambah kalau suka manis)
5 sudu makan madu ( boleh gak guna golden syrup)
Manik warna warni untuk hiasan


Cara-Cara
  • Campurkan butter dan gula, masak atas api perlahan hingga gula larut bersama-sama butter.
  • Masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair, kmdn masukkan madu.
  • Aduk sampai rata.
  • Masukkan dalam papercup.
  • Taburmanik berwarna-warni.
  • Bakar 10-15minit @ sampai kekuningan.
  • Sejukkan. Simpan dalam bekas kedap udara














Rabu, 15 Ogos 2012

Suci Dalam Debu

Biskut ni hidangan wajib hari raya. Sejak-sejak pandai buat suci dalam debu, setiap kali raya saya mesti buat.

Sempat lah habis 2 bungkus kulit popia bersaiz sederhana untuk dibuat kuih suci dalam debu raya kali ni.

Alhamdulillah, boleh juga diedar-edarkan, sebalang untuk tok Aiman, sebalang lagi untuk dibawa pulang ke Gulau.



Suci Dalam Debu
by Shikin @ Dari Dapur Ummi

Bahan-Bahannya
1 bungkus kulit popia (saiz sederhana)


- kulit popia dipotong 4 secara memanjang dan dilipat 4
*updated - boleh juga digamkan dengan bancuhan tepung gandum bersama sedikit minyak masak untuk mengelakkan ia terbuka.
 
- goreng dalam minyak yang banyak sehingga berwarna kuning keemasan
- angkat dan toskan

Untuk bahan tabur
1 cawan nestum
1/2 cawan susu tepung
1/4 cawan gula
- blend bahan-bahan diatas sehingga halus
- golekkan kulit popia yang telah kering minyak tadi di atas serbuk tersebut
- isikan di dalam bekas kedap udara


Selasa, 14 Ogos 2012

Biskut Suji Crystal


BISKUT SUJI CRYSTAL
Resepi: Kak Wan
Sumber: AzlitaMasam manis

Bahan A - Diayak bersama
250 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh baking soda

Bahan B
125 gm gula icing
1/8 sudu teh garam
100 gm badam kisar - di pangang (ita goreng tampa minyak dlm kuali)
1/2 sudu teh perisa vanila
200 gm minyak sapi - dicairkan dan disejukkan
pewarna hijau, pink, dan kuning


  • Satukan bahan A dan bahan B kecuali pewarna ke dalam sebuah bekas.
  • Gaul perlahan-lahan hingga menjadi satu doh yang lembut
  • Rehatkan adunan selama 20 minit atau lebih
  • Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna secukupnya
  • Susunkan doh-doh ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini kepada 10 gm setiap satu.
  • Cara ita - Ita bulatkan setiap doh tu 3  gm setiap satu kemudian ita satukan dan bulatkan mejadikan bentuk guli.
  • Susun doh ke dalam dulang pembakar
  • Panaskan ketuhar. Bakar doh pada suhu 150 C selama 15 - 20 minit
  • Biarkan sejuk setelah masak.
  • Kemudian salutkan dgn gula caster


Isnin, 13 Ogos 2012

Biskut Bunga Cina


Biskut Bunga Cina 
By Shikin
Resepi : Kak Jee

Bahan2nya:
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung ubi
100 gm butter
1 biji telor
90 gm gula caster


Cara membuatnya:
Mentega dibiarkan dalam suhu bilik. Lepas tu pukul sama gula sampai kembang. Masukkan telor dan pukul lagi sampai kembang.

Sementara itu, ayak tepung jagung dan tepung ubi. Masukkan sedikit sedikit ke dalam bancuhan butter dan gaul perlahan sampai jadi doh. 

Pastu gunakan acuan semperit dan tekan. Bubuh ceri di tengah.(Saya letak coklat cip)

Bakar selama kira2 8 minit suhu 170 darjah. Sejukkan dan simpan.

Kalau tak nak bubuh warna purple (ungu) bubuhlah sedikit pewarna kuning supaya nampak berseri sedikit biskut ni. Tapi kalau nak kekalkan warna putih pun apa salahnya. Selamat mencuba.

Baked Sandwich



Kalau ada roti yang tak habis, boleh transform jadik benda ni...


Baked Sandwich
By Shikin
Sumber :  Madiha, Kak Rinnchan

Bahan-Bahannya

Bahan Kulit/Casing
Roti gardenia secukupnya

Bahan-bahan Inti
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 camca serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
200gm - 300gm isi ayam, dicincang
5 biji cendawan butang (dlm tin) , dipotong halus
1 biji telur
Garam & gula secukup rasa
Cheese secukupnya (MaDiHaA guna mozarella cheese)

Kaedah penyediaan
1. Lenyek atau gelek roti hingga nipis masukkan dlm acuan dan buangkan tepi lalu dibakar 7 – 8 minit. (sila rujuk SINI  untuk kaedah menyediakan kulitnya)
2. Tumiskan bawang-bawang. Masukkan sos tiram. Kacau sebentar dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan ayam & cendawan. Tumis sehingga masak. (jika perlu tambahkan sikit air untuk bagi ayam betul2 masak)
4. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawan.
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan sehingga kering.
6. Isikan dalam kulit roti dan taburkan cheese secukupnya. Bakar sebentar sekadar mencairkan cheese.
7. Sedia dihidangkan.. lebih enak dimakan waktu panas2 kerana roti rangup.. jika dibiarkan lama roti sedikit lemau.. tetapi masih enak dimakan

Agar-AgarSantan Gula Merah

Agar-Agar Santan Gula Merah
By Shikin
sumber: Hana


Bahan-bahan
10g serbuk agar-agar 
1/2 cawan gula merah 
1/4 cawan gula putih
1150 ml air (800ml air shj)
120ml air campur 1 paket santan serbuk(Akak guna jenama KARA) (200ml santan)
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara
Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis)
bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
Kecilkan api
kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
Tuang kedalam acuan yang anda suka
Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk.

Ahad, 12 Ogos 2012

Sagu Gula Melaka

Dessert berbuka puasa petang. Sedap, rasa nyaman ja tekak makan sagu ni selepas seharian berpuasa.


SAGU GULA MELAKA
By Shikin
Resepi : Rossitamz My Resepi

Bahan-bahan ( 6 orang )
Bahan A :
2 cawan sagu
5 cawan air
Bahan B :
3 cawan santan
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
Bahan C :
1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
1 cawan air
1 cawan air
1 helai daun pandan


Cara-cara
Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
Buang daun pandan dan sejukkan.
Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
Siap untuk dimakan!!

 

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • Bahan A :
  • 2 cawan sagu
  • 5 cawan air
  • Bahan B :
  • 3 cawan santan
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Bahan C :
  • 1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
  • 1 cawan air
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
  2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
  3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
  4. Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
  5. Buang daun pandan dan sejukkan.
  6. Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
  7. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
  8. Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
  9. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
  10. Siap untuk dimakan!!

Rabu, 8 Ogos 2012

Sotong Lada Hitam

Menu ringkas untuk sahur pagi ni . Sotong lada hitam dan juga cendawan goreng.





Sotong Lada Hitam
By Shikin

Bahan-Bahan
250g sotong
2 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang merah - dimayang
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 biji cili merah - hiris memanjang
 1 inci halia - hiris memanjang
1 batang karot 
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk lada hitam
Sedikit minyak untuk menumis


Cara membuatnya
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah, dan halia sampai kekuningan.
  2. Masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam.
  3. Kemudian masukkan karot. Kacau sekejap.
  4. Masukkan pula sotong yang telah dipotong bulat. Kacau sebati.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Bila sotong dah nak masak masukkan hirisan bawang besar.  Kacau sampai bawang agak layu.
  7. Kemudian tutup api. Bolehlah dihidang.

Selasa, 7 Ogos 2012

Kari Kepala Ikan

Favourite En. Tahiri. Layan ajer...

Kan "Syurga isteri dibawah telapak kaki suami". Apa saja permintaan beliau (suruh saya masak apa-apa laa...) selagi terdaya saya tunaikan.



Resepi boleh tengok kat sini atau pun sini.

Isnin, 6 Ogos 2012

Maggie Goreng

Petang ni berbuka dengan Maggie Goreng. 

Walaupun simple, ini menu kesukaan anak-anak dengan bapa dan mak anak-anak sekali. Kalau maggie bila-bila masa pun jalan...


Maggie Goreng
By Shikin

Bahan-Bahan
5 peket Maggie - rebus maggie sampai kembang. Tos dan ketepikan.
2 ulas bawang putih - ketuk2 sikit
1 senduk cili kisar
1/2 senduk sos cili
1/2 senduk sos tomato
1/4 senduk sos tiram.
Perencah Maggie(2 bungkus)  -  optional
Kicap pekat ( ikut citarasa masing-masing, sama ada nak warna maggie gelap atau tak)
Sotong, Ayam  (boleh juga letak bahan-bahan lain) - Kuantiti ikut suka masing-masing
Sawi - cuci bersih2 dan  potong pendek-pendek
Garam dan gula secukupnya.
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-Cara Membuatnya
  • Panaskan minyak. Tumis bawang putih sampai naik bau.
  • Masukkan cili kisar. Biar sampai cili masak. Masukkan kesemua jenis sos, kicap dan perencah maggie. Kacau sebati.
  • Bolehlah masukkan ayam dan sotong. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  • Masukkan maggie. Gaul sebati.
  • Apabila maggie separuh masak, bolehlah masukkan sawi. 
  • Teruskan menggoreng sampai maggie dan sawi masak sempurna.
  • Hidangkan dengan taburan daun sup dan daun bawang, telur rebus, hirisan cili merah dan bawang goreng.

Ahad, 5 Ogos 2012

Puding Keju...Yummy...

Buat sebagai dessert untuk berbuka puasa petang ni. 

Godek cepat-cepat sebab rushing ke KMP petang ni. Ada majlis berbuka puasa perdana.

Tu yang main lambak dalam loyang jer, tak guna mould bagai dah. Tak dan...

Pas tu potong guna pisau biasa, tak dak gerigi. Memang bentuk original nih...

Apapun, rasanya tetap mabeles..

Puding keju ni sentiasa mendapat tempat dihati anak-anak dan suami.


PUDING KEJU by Shikin
resipi : AlongRoz

Saiz 8" persegi

BAHAN2:
13g Serbuk Agar-Agar (saya guna serbuk agar-agar peket 10gm)
1 liter Air (guna 800ml air sahaja)
120g Gula (saya kurangkan kepada 100gm)
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat ( saya letak lebih kurang 150gm)
50g Mentega
CARA2:
  1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur.Kacau selalu.
  2. Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
  3. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.Masukkan susu & kacau sebati.
  4. Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
  5. Masukkan mentega, kacau sehingga sebati.
  6. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
  7. Sejukkan sebelum di hidangkan.

* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender.
Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini