Sudi-Sudi Ikut Saya...

Ahad, 30 September 2012

Pucuk Paku Goreng


Pucuk paku goreng ni fevret En. Tahiri. 

Selalunya saya goreng kering-kering sbb En. Tahiri tak berapa suka dengan sayur goreng yang berkuah. Kalau ada kuah pun cap cap aja.


Pucuk Paku Goreng
By Shikin

Bahan-Bahannya
2 ikat pucuk paku - ambik bahagian yang lembut saja, basuh bersih dan toskan.
Segenggam ikan bilis
2 ulas bawang merah - mayang halus
1 ulas bawang putih - mayang halus
1/2 biji bawang besar
1 biji cili merah - hiris
4-5 bili cili padi - hiris
Minyak untuk menggoreng

Cara-Caranya
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan pula semua bawang dan cili sampai agak garing. 
  3. Masukkan pucuk paku. Goreng sekejap.
  4. Masukkan garam dan gula secukupnya.
  5. Masukkan ikan bilis. Gaul sebati.
  6. Padamkan api. Angkat dan hidangkan.

Siakap Sweet Sour

Siakap lagi yer...he he he... 


Hidangan ni memang kegemaran kami sekeluarga. 

Masak cara saya, bahan-bahan ikut apa yang ada. 

So simple...

Main campak-campak aja...tarraaa...dah pun siap.


Jom tengok resepi...

Siakap Sweet Sour
By Shikin

Bahan-Bahan
1 ekor ikan siakap - sederhana besar (dalam 500++gm berat dia)
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
6-7 biji cili padi
1/2 biji lada benggala - saya guna lada benggala hijau, itu jer stok yang ada
Sos cili, sos tomato, sos tiram - kuantiti saya agak2 ajer. Sesedap rasa heh heh..
Nenas - hiris nipis (agak-agaklah nak banyak mana)
Timun - buang empulur tengahnya dan potong dadu ( saya guna 1/2 biji jer)
1 biji tomato - potong 4 @ 6
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-Cara Membuatnya
  1. Bersihkan ikan, basuh dan toskan. Kelar-kelar ikan tu. Lumur dengan garam dan serbuk lada sulah. Taburkan tepung jagung rata-rata ke atas ikan. 
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan sampai garing. Angkat dan ketepikan. Bolehla diletakkan didalam pinggan dan dihias ikut suka.
  3. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak, tumis bawang besar, cili merah, cili padi dan cili benggala sampai layu.
  4. Masukkan semua jenis sos. Masak sampai semua sebati. Kalau sos agak pekat, tuangkan sedikit air.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan timun dan nenas. Kacau sebati. Kemudian masukkan tomato. Biarkan sekejap.
  7. Bolehlah dipadamkan api.
  8. Curahkan kuah keatas ikan yang dah ready dalam pinggan.
  9. Makanlah masa panas-panas...


Tomyam Ikan Kuah Putih

Pertama kali saya makan tomyam isi ikan ni kat restoran Redza BKH. 

Mula-mula rasa query juga bila rakan sekerja saya pesan tomyam ikan. Tomyam ni kuahnya putih. Macam letak santan or susu cair. Tak tau lah macam mana rasanya...


Tapi bila dah makan, hmm...SEDAPnya... 

Bila saya bawa En. Tahiri pula makan kat sana, dia pun puji kata tomyam tu sedap. Semangkuk tomyam dengan 2,3 keping isi ikan harganya RM6-7. Ok lah tu...

Sekali En.Tahiri buat suggestion, "apa kata kita beli ikan, pas tu buat tomyam macam ni..."

Heh...betul ka nak buat sendiri, tak pernah cuba tomyam ikan ni. Dah tu selalu masak tomyam kuah dia merah.


Last-last saya cuba jugak, berdasarkan pemerhatian saya keatas bahan-bahan yang ada dalam mangkuk tomyam masa makan kat Redza hari tu. 

Rasanya semua dah ok, cuma bila saya masukkan santan rasa dia lain macam sikit. Tapi bila dah sebati dengan kuah ok jer. Sedap kata En. Tahiri dan Aiman . Siap hirup sampai tinggal mangkuk. Aiman pulak request suruh buat lagi.

Kalau dah macam tu kata orang dalam rumah, bolehla  buat lagi lepas ni. Cuma lain kali saya nak gantikan santan tu dengan susu cair pulak.


Tomyam Ikan Berkuah Putih
By Shikin
Inspired by : Restoran Redza

Bahan-Bahan
1 ekor ikan siakap
1 biji bawang besar - hiris bulat
4-5 biji cili merah -tumbuk2 sikit bagi pecah, tapi jgn sampai lumat pulak
10-15 biji cili padi (qtty terpulang kepada citarasa masing-masing-lebihkan kalau nak pedas, kurangkan kalau x nak)
1/2 biji lada benggala (*optional) - potong ikut suka
5 batang serai - hiris menyerong (1 batang serai tu hiris 2,3, bukan hiris nipis2 tau)
1 1/2  inci lengkuas - hiris tebal
2 inci hali - hiris tebal
4 - 5  helai daun limau purut  - potong 3 menyerong
Air perahan limau nipis 
1 batang karot
2 biji tomato - potong 4 setiap satu
cendawan butang, cendawan telinga, cendawan tiram - potong ikut suka ( saya lebih suka cendawan telinga tp sbb tak der stok kat rumah saya letak cendawan butang)
1 senduk santan - lepas ni kalau buat lagi saya akan letak susu cair pulak
Garam dan gula
Minyak untuk menumis
Air sejuk secukupnya

Cara-Cara Membuatnya
  • Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang besar dan cili merah sampai layu.
  • Masukkan air sejuk secukupnya untuk dijadikan kuah . 
  • Kemudian masukkan pula serai, lengkuas, halia,  cili padi. Renehkan sehingga kuah mendidih. (saya lebih suka kalau tomyam ni lebih pedas, tp sbb makan dengan anak-anak, saya kurangkan qtty cili padinya)
  • Masukkan karot , cendawan dan lada benggala. Biar seketika.
  • Masukkan ikan. Didihkan sekejap.
  • Masukkan garam . Masukkan juga air perahan limau nipis secukupnya. (masak tomyam ni dia kena cukup rasa masamnya, baru best)
  • Masukkan santan, kacau perlahan, jgn sampai pecah minyak 
  • Akhir sekali masukkan tomato dan terus padamkan api.
  • Bolehlah dihidangkan.



Rabu, 26 September 2012

Sandwich Goreng


Balik kerja, selepas bersihkan diri dan solat asar, saya terus masuk dapur. Terus siap-siapkan bahan untuk buat sandwich goreng.


Hujan pulak petang-petang ni, memang kena sangatlah bila layan sandwich goreng panas-panas. Kiranya En.Tahiri balik dari sekolah aja terus hadap sandwich tu lah...


Sandwich Goreng
by Shikin

Bahan-Bahan:

Bahan Roti
Roti putih
Inti Sardin
Planta/Mentega
Mayonis

Bahan Batter 
2 sb mentega Majerin
1 1/2 cawan Tepung Gandum*
1/2 cawan tepung  ubi
1/2 cawan tepung jagung
1 titik perwarna kuning (optional)
1/4 st Garam* (* campur) 
Air
 
CARA2:
  1. Sapu roti dengan planta dan mayonis. Ratakan inti sardin diatasnya. Lipat 2 roti menjadi bentuk 3 segi.(Kali ni saya potong 4, sapu inti sardin dan mayonis, tangkupkan 2) Ketepikan.
  2. Satukan kesemua jenis tepung, garam dan mentega.
  3. Tuangkan  air sedikit demi sedikit.
  4. Bancuh sehingga adunan tidak berketul dengan kepekatan yang sesuai.(boleh guna handwhisk utk mendapatkan adunan yang sekata)
  5. Celupkan roti kedalanm adunan tepung
  6. Goreng didalam minyak yang banyak dan betul-betul panas sehingga berwarna kuning keemasan.
  7. Angkat roti daripada kuali, toskan minyak.
  8. Sedap dimakan semasa masih panas.

Selasa, 25 September 2012

Bihun Tomyam


Kalau buat tomyam, selain makan dengan nasi boleh juga dimakan dengan mee, bihun atau pun kue teow.


Cuma celur bahan-bahan tadi dan curahkan kuah tomyam panas-panas ke atasnya. Hmmm...memang sedap.
 

Resepi tomyam boleh tengok kat sini.

Isnin, 24 September 2012

Tomyam Seafood


Jom pekena tomyam hari ni. Tak payah travel ke Thailand pun, makan kat Malaysia jerrr..

Sebenarnya tak lah susah sgt nak buat tomyam ni. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan, lebur sampai semuanya masak.

Yang penting rasanya mesti balance. Pedasnya, masamnya...tapi semua tu ikut citarasa masing-masing yer...


Tomyam Seafood

Bahan-Bahannya
Udang dan Sotong (boleh juga gunakan ayam @ daging @ campur semua sekali, tapi better diasingkan.)
3 sudu besar pes tomyam
2 biji bawang besar - hiris bulat. Kalau dapat bawang bombay lagi best sbb rasa dia manis
5-10 biji cili padi - ketuk2 sket utk mendapatkan rasa pedas yang menyengat
3-4 batang serai - hiris 2,3 secara menyerong
1 inci halia - hiris
2 inci lengkuas - hiris
3-4 helai daun limau purut - lurutkan daripada batangnya
1 batang seleri - hiris
2 biji tomato - potong 4
karot, bunga kobis, putik jagung secukupnya - potong sesuka hati
Perahan limau nipis - ikut kemasaman yang dikehendaki
Air
Garam 


Cara Membuatnya
  1. Tuang air dalam periuk, masukkan pes tomyam, serai, lengkuas, halia, hirisan bawang besar, seleri dan cili padi. Masak sampai mendidih. (Api jangan terlalu kuat. Biar ia mendidih perlahan-lahan)
  2. Masukkan sayur2 yang keras dulu (karot, putik jagung & bunga kobis) Biarkan seketika. Masukkan pula daun limau purut.
  3. Masukkan udang, sotong. Didihkan sekejap.
  4. Masukkan garam secukupnya.
  5. Kemudian masukkan pula tomato.
  6. Akhir sekali tuangkan perahan limau nipis. Padamkan api
  7. Hidangkan panas2 bersama nasi putih dan gandingan lauk pauk yang lain.
  8. Boleh juga dimakan bersama mee, bihun yang telah dicelur



Selasa, 18 September 2012

Pisang...Oh...Pisang...


Pisang tu dah 2 minggu terperuk dalam peti ais, dah nak naik lebam pun. Tak tau nak buat apa (sebenarnya mcm2 nk buat tp masa sangat kritikal) saya buat lengat jer.

Mudah dan cepat. Dan yang paling penting pisang tu tak di bakulsampahkan macam tu aja... 

Realiti hari ni, kdg2 tengok senang2 jer makanan dibuang kedalam tong sampah. Sedangkan pada setiap makanan tu ada keberkatannya...Jadi usaha sedapat mungkin menghabiskan makanan yang dimakan supaya ia tak menjadi habuan cik tong ya..


Lengat Pisang

Bahan-Bahan
12 biji pisang awak - kalau dapat yang ranum tu lagi sedap
1 cawan tepung gandum/beras
1 cawan santan 
3/4 cawan gula pasir

Cara buat
  • Lecek pisang . (saya blend bersama gula sampai halus)
  • Masukkan santan. Kacau sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Tengoklah kalau adunan dah pekat tak perlu habiskan kesemua tepung. Kalau masih cair boleh tambah tepung sikit lagi.(sambil-sambil tu boleh lah panaskan periuk kukusan)
  • Tuang adunan kedalam loyang dan kukus selama 30-45 minit atau sampai kuih masak.
  • Sejukkan sebelum dipotong.



Isnin, 17 September 2012

Lauk Simple-Simple Jer...

Biarpun kalut tetap juga nak masak hidangan makan malam untuk keluarga.

Asalnya En. Tahiri suggest supaya beli jer lauk siap dimasak kat Mama Widuri atau Lan Tabur, tapi tekak saya ni dah rasa mengkelan sangat nak telan lauk2 kedai.r

Last2 saya suruh En. Tahiri beli lauk basah, nak masak sendiri. En. Tahiri beli ayam Taiwan sekor.  

Apalagi...zup zap zup zap...nah...sup ayam ngan ayam goreng. 

Tempe plak mmg dah sedia ada dalam peti ais...hurmmm...nak masak apa ya... Ahh...goreng pun sodap ni...


Simple ajer kan?? Tapi jangan...En. Tahiri ngan anak2 makan sampai tinggal pinggan. Mulut pulak riuh berkicau, sedap ummi...sedap... Erkk...ye ke???

Mestila sedap kan...bukan sbb lauk tp sbb air tangan ummi...tu yang korang suka tu...he he


TEMPE GORENG BEREMPAH
By Shikin

Bahan-Bahan
Tempe - potong ikut suka. saya potong nipis-nipis utk mendapatkan tempe goreng yang rangup
Ikan Bilis - bersihkan, basuh dan tos.
Bawang Besar - hiris bulat
Cili Kering - potong menyerong
Tepung Beras
Serbuk Kari Daging
Garam
Kunyit 
Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara
  • Gaulkan tempe bersama-sama garam, kunyit dan serbuk kari. Taburkan sedikit tepung beras. 
  • Panaskan minyak. Goreng tempe sampai garing. Angkat dan toskan. Letak tepi kejap
  • Kemudian, goreng pula ikan bilis. Bila ikan bilis dan garing masukkan hirisan bawang besar . Teruskan menggoreng sehingga bawang layu.
  • Masukkan pula hirisan cili kering yang telah dipotong serong. Teruskan menggoreng sampai cili agak garing. (jgn sampai hangit pulak)
  • Akhir sekali masukkan semula tempe goreng tadi. Gaul bersama-sama bahan lain supaya sebati (tak perlu lama sangat). 
  • Kalau suka boleh masukkan daun kari untuk mendapatkan aroma yang wangi (saya tak letak sbb tak sempat nak ambik daun kari kat luar rumah)
  • Angkat dan toskan.
  • Bolehlah dihidang didalam pinggan.


Sup Ayam Pedas Masam
By Shikin

Bahan-Bahan
Ayam - potong kecil
Kentang - potong baji/potong dadu
Tomato - pootng 4
Bawang Merah*
Bawang Putih*
Halia* (*mayang halus)
Serai 
Garam
Cili Padi
Limau nipis/kasturi
Daun sup / Daun bawang

Cara-Cara
  • Isikan air secukupnya dalam periuk. Masukkan ayam, serai dan bahan-bahan yang telah dimayang . Reneh dengan api perlahan sehingga ayam lembut.
  • Masukkan pula kentang. Reneh lagi sehingga kentang empuk. Letak garam secukup rasa.
  • Masukkan tomato, biar seketika. Padamkan api
  • Ketika menghidang sup ni, bolehlah ketuk cili padi masukkan dalam mangkuk sup. Perahkan limau nipis/kasturi secukupnya.
  • Hias dengan daun bawang/sup dan bawang goreng.


Selasa, 11 September 2012

Mee Goreng Mamak My Style

Mee goreng mamak cara saya, penggunaan bahan-bahan mengikut apa yang ada di dapur saya.



Mee Goreng Mamak My Style
By Shikin

Bahan-Bahan
1 bungkus mee kuning
3 ulas bawang putih- diketuk
2-3 ketul ayam - potong kecil
karot - potong memanjang
kobis -  dihiris
1 sudu besar rempah kari daging
cili kisar*
sos cili*
sos tomato*
kicap pekat*
garam dan gula*
air (jika perlu)
minyak masak* (bahan-bahan * gunakan secukupnya  ikut keperluan masing-masing)


Cara Membuatnya
  • panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih sampai naik bau
  • kemudian masukkan cili kisar, tumis sampai cili agak garing. 
  • masukkan kesemua jenis sos, kicap, serbuk kari serta garam dan gula secukupnya
  • masukkan daging ayam dan tuangkan sedikit air. masak sehingga daging ayam lembut
  • masukkan mee kuning. gaul supaya mee sebati dengan bahan2 tumis beberapa ketika.
  • taburkan pula karot dan kobis secukupnya. teruskan menggoreng sehingga mee masak dengan sempurna. Sambil2 tu boleh lah rasa-rasa mee tu, apa2 yang kurang boleh tambah sendiri.
  • padamkan api. hidangkan dalam bekas yang sesuai. boleh lah dihias dengan bahan2 tabur yang sepatutnya


Isnin, 10 September 2012

Bingka Ubi Kayu

Dah dekat seminggu En. Tahiri cabut ubi pulut yang ditanam di depan rumah. Hari-hari dia asyik tanya, "nak buat apa ubi tu??" Saya pulak sebab rasa tak dan sangat jawab, "nanti la bang, tunggu hari cuti..."

Ironinya, cuti hujung minggu baru-baru ni pun tak sempat buat. Ntah apa  yang disibukkan sangat...

Kelmarin bila dia call saya kat ofis dan tanya lagi, saya cepat-cepat jawab, "ok, abang beli la santan 1/2 kilo. Ptg ni balik keje kin buat..."

Saya tau, suami saya mesti suka bila dengar jawapan saya tu (ye lah dah seminggu ubi tu duk tergolek dalam besen, lama-lama takut masuk angin. Langsung tak boleh guna)

Maka , petang tu, saya usahakan juga untuk membuat seloyang bengkang ubi, itupun dengan bantuan En. Tahiri.(thanks e. suami yang budiman, kamu memang selalu suka membantu bila saya sibuk2 kat dapur)


BENGKANG UBI
by Shikin

Bahan-bahan

2kg Ubi Kayu - disagat/diperah air. Air perahan ubi dibiarkan seketika sehingga hening dan sagunya mendap. Buang air dan ambil sagu untuk di campur dengan adunan bengkan nanti. 
550ml santan (drpd sebiji kelapa)

1/2cawan tepung gandum

300gm gula

sedikit garam

pewarna kuning (optional)


Cara Membuatnya
  • campur kesemua bahan,gaul sebati
  • tuang adunan kedalam loyang
  • masukkan ke dalam oven
  • bakar selama 30-45 minit (sehingga masak)

Ahad, 9 September 2012

Marble Cheese Brownies

Intai dalam dapur CMG macam menarik ajer MCB ni. Stok cream cheese plak mmg ada lagi dalam peti ais tu. 

So, pakai jadi la... Saya buat ni khusus untuk dihidangkan kepada temen-teman sekerja yang bertandang ke rumah saya baru-baru ni. (ziarah hari raya edisi terlambat.. he he.. tak pe lah lambat sikit kan... better late than never...) 

Tapi MCB saya tak secantik MCB Che Mat yerrr... tengok lorekannya tu, he he... 

Apapun rasanya memang mabeles. Kalau makan yang baru keluar daripada peti ais tu memang best rasanya. 

Kalau dah lama duk kat luar pun ok gak..., tak tahan pulak dengan cheseenya yang meleleh-leleh. So...yummy...

Nak try??? Jom tengok bahan...



MARBLE CHEESE BROWNIES
By Shikin
Sumber : CMG

BAHAN-BAHAN BROWNIES :-)
250 gram mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu sejat (mat guna "IDEAL")
1 1/2 cawan gula halus (mat guna 1 1/4 cawan)
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan, gaul dan ayak) 1 camca teh esen vanilla


 
BAHAN-BAHAN TOPPING CHEESE :-)
250 gram cream cheese
1 biji telur gred B
3/4 cawan gula halus (mat guna 1/2 cawan)
Parutan kulit lemon dari sebiji lemon
1 camca teh jus lemon
2 camca besar susu sejat

CARA MEMBUATNYA :-
Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.


 
UNTUK BROWNIES :- Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukkan serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.

UNTUK CHEESE TOPPING :- Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur, parutan kulit lemon, susu sejat dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus (atau corak yang anda gemari), kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...

Sabtu, 8 September 2012

Mee Kari

Mee Kari untuk dijamu kawan-kawan yang datang bertandang sempena ziarah Aidilfitri baru-baru ni.


Mee Kari My Mom Style
by Shikin @ Dari Dapur ummi

Bahan-Bahannya

Mee
- mee kuning secukupnya (celur di dalam air panas dan toskan)





Kuah
2 ulas bawang putih*
5 ulas bawamg merah*
1/2 inci halia* ( bahan-bahan bertanda * dikisar atau ditumbuk)
3 bungkus serbuk kari ikan
2 bungkus serbuk kari daging
6 cawan santan ( drpd sebiji kelapa)
1/2 ekor ayam
1kg kerang (rebus dan ambil isinya sahaja)- kali ni tak letak
5 keping fish cake + fishball
kacang panjang / sawi
garam secukup rasa

Bahan Hiasan  
Daun Bawang, Daun Sup, Cili Merah (dihiris)
Taugeh (dicelur)
Telur ( direbus)
Bawang Goreng
Tauhu (Goreng dan hiris nipis)
Isi ayam - rebus dan carik


Cara-cara membuatnya
Leburkan bahan-bahan kisar bersama-sama rempah dan 2 cawan santan
Biar sehingga pecah minyak dan bau rempah hilang
Masukkan baki santan, kerang dan ayam. Biar mendidih.
Masukkan fish cake dan kacang panjang. Biar seketika.
Tuang ke atas mee
Tabur bahan-bahan hiasan.
Hidangkan.

Rabu, 5 September 2012

Blueberry Cheese Tart

Buat lagi cheese tart yang sgt sedap rasanya. Kali ni taruk filing strawberry pulak. Fuh! Mabeles... 

Mak ooii... tolong la... asyik cheese tart bagai ni. Badan pun dah jadik lain macam...

Tart shell tu memang dah redy stock (buat banyak-banyak hari tu), just godek cream cheese jer. Cepat sikit keje.

Anak-anak pun duk keliting hujung meja, tak bergenjak...apalagi duk intai cheese tart ummi la tu...

Blueberry Cheese Tart
By Shikin
Sumber : Kak Am Flora

Bahan-Bahan

Pastry
1 biji telur
100gm butter
75gm gula ising
200gm tepung gandum
  • satukan semua bahan, uli sampai jadi doh
  • bulat-bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan dalam acuan tart
  • cucuk2 sikit dengan garfu
  • bakar 15minit - 160c
Krim Cheese
250gm cream cheese (yang halal)
60gm gula ising 
i biji telur
Filing (yang sesuai)
  • pukul semua bahan hingga halus dan rata
  • pipekan dulu strawberry filing kemudian tutup dengan krim cheese
  • lorek sesuka hati (bole guna filing @ sedikit krim cheese dicampur kaler pink/merah)
  •  masukkan dalam oven, bakar sekejap (5 minit - 170c)

  •  keluarkan daripada oven. letak tart dalam papercup yang sesuai. (kalo tak letakpun tak per)

Selasa, 4 September 2012

Kari Udang Thai

Request daripada abah dan mak. Sebenarnya sedang demam dan sakit-sakit badan. Tapi demi insan-insan tersayang kugagahkan  jua... ^__^



Kari Udang Thai
By Shikin
Resepi : Majalah Saji (x igt keluaran bila, dh lama dah...)

Bahan-Bahan
600gm udang besar (dibersihkan)
2 sudu besar minyak masak
3 batang serai
4 hiris lengkuas
4 helai aun limau purut
150ml susu cair + 150ml air (dicampurkan untuk dadih)
2 labu bawang besar*
3 biji tomato* (potong 4)
3 sudu besar jus limau nipis
sedikit daun ketumbar
garam dan gula secukupnya
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
10 tangkai cili kering #
 8 biji cili merah#
5 biji cili padi #
10 ulas bawang merah#
10 ulas bawang putih#
1/2 sudu besar belacan# (bahan # dikisar halus)


Cara-cara
  • panaskan minyak, tumis bahan giling hingga wangi
  • masukkan serai,lengkuas, daun limau purut dan susu cair yang telah dicampur dengan air. biarkan mendidih
  • masukkan udang
  • masukkan bawang besar, tomato dan perasa
  • bila udang masak, masukkan jus limau dan daun ketumbar
  • padamkan api, sedia untuk dihidang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini