Sudi-Sudi Ikut Saya...

Selasa, 27 November 2012

Bihun Goreng

Bihun goreng ni dimasak untuk makan malam 3,4 hari lepas. 

Kira resepi tertangguhlah ni yerr...


Bihun Goreng
By Shikin

Bahan-Bahan
1 bungkus bihun - direndam sampai lembut kmdn toskan
3 ulas bawang putih - diketuk
3 sudu besar cili kisar*
2 sudu besar sos cili*
1 sudu besar sos tomato*
1 sudu besar kicap pekat* (bahan2 * boleh ditambah @ dikurangkan ikut citarasa masing2)
udang & sotong
sawi
minyak masak


Cara-Cara
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar. Masak sampai cili garing.
  3. Masukkan pula sos cili, sos tomato dan kicap pekat. Kacau sebati. Sekiranya kuah agak kering boleh tambah sedikit air.
  4. Masukkan pula udang dan sotong. Kacau seketika.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Kmdn masukkan bihun .
  7. Kaup balikkan bihun spy sebati dengan bahan tumisan tadi.
  8. Teruskan menggoreng sehingga bihun masak dengan sekata.
  9. Padamkan api.
  10. Bolehlah dihidangkan dengan bawang goreng, hirisan cili merah, daun bawang dan juga telur rebus.
Abah outstation, tinggal ummi dengan anak-anak jer...so kurang sikitlah xtvt masak memasak 2,3 hari ni...^_^

Isnin, 26 November 2012

Siakap Sweet Sour...My Style...

Tak tau la bila punya ni. 

Tengok gambar pun dah berabuk dalam folder.

Tapi nak tayang gak kat sini :-)


 Siakap Sweet Sour
By Shikin

Bahan-Bahan
1 biji bawang besar
1 cawan cili sos
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
timun
nenas
garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara2
  • Tumis bawang besar sampai layu
  • Masukkan kesemua jenis sos. Kacau sebati sehingga sos masak. 
  • Masukkan garam dan gula secukupnya.
  • Kalau sos terlalu pekat bolehlah dimasukkan sedikit air.
  • Masukkan pula nenas dan tomato. Biarkan seketika.
  • Padamkan api. 
  • Curahkan kuah keatas ikan yang telah digoreng tadi.
  • Hidangkan.

Ahad, 25 November 2012

Breakfast...

Buat nasi lemak pagi ni...


Nasi Lemak
By Shikin

Bahan-Bahan
4 cawan beras
6 cawan santan - perah drpd sebiji kelapa
2 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh halba - x letak sbb tak der stok
garam secukupnya
daun pandan

Cara-Cara

  1. Basuh beras bersih2, toskan.
  2. Masukkan semua bahan kedalam rice cooker.
  3. Tekan on, biarkan sehingga nasi masak. (dekat2 nasi nak masak tu bukalah tudung periuk, garis2 sikit supaya nasi masak sekata)

Sambal Bilis
By Shikin

Bahan-Bahan
Ikan bilis - Basuh dulu sebelum digoreng
15 biji cili kering (mesin dengan 1 biji bawang merah atau bawang merah secukupnya sampai halus)
1 biji bawang besar - hiris bulat
Air asam jawa
Garam
Gula
Minyak masak

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis (tak perlu sampai garing). Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang besar yang dipotong bulat sampai layu.
  3. Masukkan cili kisar, biarkan sampai cili agak garing.
  4. Masukkan garam gula dan air asam jawa secukupnya
  5. Biarkan sehingga kuah sambal pecah minyak
  6. Masukkan ikan bilis. Kacau rata.
  7. Padamkan api.
Hidangkan nasi lemak bersama-sama sambal ikan bilis, telur rebus/dadar, kacang tanah goreng, timun dll.

Fruits Tartlet...Again...

Kali ni buat sampai 6 adunan tart crust, demi untuk memenuhi permintaan adik bongsu saya yang teringin benor nak makan fruit tarts. 

Semuanya gara2 tayangan amal dalam facebook hari tu lah. 

Tengah saya sibuk2 packing barang nak pegi bercuti, dia request benda alah ni. Nak tunggu lepas bercuti, dia pulak dah balik ke asrama.

Tak sudah, saya suruh dia datang gelintil kulit tart kat umah, dengan Sarah sekali jadi mangsa. Cepatla keja sikit jadinya...

So, hr ni nak tempek hasil kerja sblm bercuti hari tu yer... Tartnya dah lama tenggelam ke dasar perut...^__^


Fruit Tart
By Shikin

Pastry
Sumber : Kak Am Flora
Bahan-Bahan

1 biji telur
100gm butter
75gm gula ising
200gm tepung gandum

Satukan semua bahan, uli sampai jadi doh
Bulat-bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan dalam acuan tart
Cucuk2 sikit dengan garfu
Bakar 15 minit - 160c



Filing Kastard
Sumber : Meow @ Myresepi

Bahan-bahan ( 4 5 orang )
500ml susu segar
3 atau 4 sudu tepung kastard
gula dan garam secukup rasa.
buah2an hiasan seperti kiwi, grape, peach, stoberi dan lain2(make sure bukan buah jenis yg bila kita potong dia jadi lebam contoh cam epal tu)
Jika suka sedikit cooking chocolate dicairkan kaedah double boiler


CARA2 MEMBUAT FILING KASTARD

  • Masukkan semua bahan2 kecuali buah2an hiasan kedalam periuk dan bila dah nampak nak likat cepat2 angkat. Jangan dimasak terlampau lama nanti jadi pudingle pulak..
  • Bila dah tutup api tu masukkan kedalam kulit tart yg telah dimasak seperti resepi kat atas tu..(boleh juga sapu dengan coklat cair terlebih dahulu)
  • Hiaslah dengan belahan buah2an hiasan.. dan masukkan kedalam peti ais utk mendapatkan rasa yg syedap.. ulala..
SELAMAT MENCUBAA :)

Sabtu, 24 November 2012

Nasi Goreng Udang

Patut letak udang besar2 baru gempaq bila baca tajuknya kan??? Tapi yg ada dalam freezertu cuma udang2 cinnonet jer... Letak juga lah walau tak se gah mana...

Resepi nasi goreng biasa2 jer, tetapi memenuhi citarasa kami sekeluarga...

 
Nasi Goreng Udang
By Shikin

Bahan-Bahan
4 cawan nasi sejuk - ramas atau leraikan (terpulanglah nak guna apa. for me it's better guna tangan, tp pastikan tangan you all bersih yerrr...)
udang - bersihkan 
2 ulas bawang putih - dimayang halus
4 ulas  bawang merah - dimayang halus
2@3 sudu besar cili kisar (ejas sendirilah kalau nak lebih pedas, saya buat sedang2 saja sebab kalau pedas sgt Deena dan Nuha tak leh makan)
1 sudu besar sos tiram
2 biji telur
sawi
garam dan gula secukupnya
minyak

Cara-Cara
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
  • Masukkan cili kisar dan sos tiram. Masak sampai garing.
  • Masukkan udang, batang aswi. Kacau sebati.
  • Pecahkan telur, kacau sekejap. 
  • Letak garam dan gula secukupnya.
  • Masukkan pula nasi. Gaul sebati. Kemudian masukkan sawi.
  • Teruskan menggoreng sehingga nasi masak dengan sempurna.
  • Padamkan api. 
  • Sedia untuk dihidang.

Sabtu, 17 November 2012

Telur Bistik




Telur Bistik
By Shikin

Bahan-Bahan
4 biji telur
1 biji bawang besar
1 cawan cili sos
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
timun
nenas
garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara2
  •  Pukul telur dengan garam. Panaskan minyak, goreng telur sampai masak. Angkat dan ketepikan. (minyak biar betul2 panas. semasa menggoreng telur, tutup kuali dengan tudung periuk supaya telur kembang dengan cantik)
  • Tumis bawang besar sampai layu
  • Masukkan kesemua jenis sos. Kacau sebati sehingga sos masak. 
  • Masukkan garam dan gula secukupnya.
  • Kalau sos terlalu pekat bolehlah dimasukkan sedikit air.
  • Masukkan pula nenas dan tomato. Biarkan seketika.
  • Padamkan api. Curahkan kuah keatas telur dadar tadi.
  • Sedap dimakan ketika masih panas.

Jumaat, 16 November 2012

Makaroni Bakar





Makaroni Bakar
By Shikin

Bahan2
300gm makaroni - rebus sampai lembut
ayam/daging kisar - saya guna ayam kisar Ramly1 biji bawang besar - potong dadu
1 senduk cili kisar
1 cawan sos prego (saya guna yg original punya)
cendawan butang
karot - potong dadu
lada benggala - potong dadu

1 tin susu cair
4 biji telur
keju parut secukupnya
garam
gula
serbuk lada hitam
mixed herbs
minyak masak


 
Cara2
  • Panaskan minyak. Tumis bawang besar sampai layu.
  • Kemudian masukkan cili kisar. Biar sampai cili masak.
  • Masukkan ayam.kisar. Gaul sebati. Teruskan memasak sampai air ayam kering.
  • Tuangkan sos prego. Letakkan sedikit mixed herbs. Kacau sebati.
  • Masukkan pula cendawan butang, karot dan lada benggala.
  • Tuangkan susu cair dan air.
    Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
    Akhir sekali, masukkan makaroni. Gaul sebati.
    Padamkan api.
  • Masukkan makaroni kedalam loyang
  • Tuang telur yang telah dipukul. Ratakan.
  • Taburkan keju parut. (lagi banyak lagi sedap)
  • Bakar dengan suhu 180 darjah selama 45 minit @ sampai masak.

Khamis, 15 November 2012

Makaroni Goreng


 
Makaroni Goreng
By Shikin

Bahan2
1 bungkus makaroni - rebus sampai lembut
ayam/daging kisar - saya guna ayam kisar Ramly
2 biji bawang besar - potong dadu
2 senduk cili kisar
1 tin sos prego (saya guna yg original punya)
cendawan butang
karot - potong dadu
lada benggala - potong dadu
garam
gula 
serbuk lada hitam
mixed herbs
minyak masak


Cara2
  • Panaskan minyak. Tumis bawang besar sampai layu.
  • Kemudian masukkan cili kisar. Biar sampai cili masak.
  • Masukkan ayam.kisar. Gaul sebati. Teruskan memasak sampai air ayam kering.
  • Tuangkan sos prego. Letakkan sedikit mixed herbs. Kacau sebati.
  • Masukkan pula cendawan butang, karot dan lada benggala.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  • Akhir sekali, masukkan makaroni. Gaul sebati.
  • Padamkan api.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Selasa, 13 November 2012

Tomyam Putih Siakap Ala Redza

Yess...finally...

Dapat juga buat tomyam siakap macam yang selalu duk makan kat Redza Bukit Kayu Hitam.

Bila tanya en. hasben macam mana rasa tomyam kali ni? Dia jawab ok...sedap. Cuma takder rasa ajinomoto jerrr... (hehehe...taulah yg kat kedai tu kebanyakan rasa sedapnya dibantu dengan pak aji...)


Tomyam Putih Siakap Ala Redza
By Shikin

Bahan-Bahan
1 ekor ikan siakap - boleh masak sekor2 @ dipotong2 ikut suka
3 ulas bawang putih - tumbuk kasar
10 biji cili padi thai - tumbuk kasar
1 biji bawang besar - hiris bulat
5 batang serai - potong menyerong
2 inci lengkuas - hiris kasar
1 inci halia - hiris kasar
5 helai daun limau purut - potong menyerong
limau nipis - perah airnya sahaja
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar susu pekat manis
garam secukupnya
air
lada benggala
sayur2an (tomato, karot, bunga kubis etc)
cendawan telinga (boleh juga guna cendawan tiram, butang etc)


Cara2
  • Masukkan bwg putih, cili padi, bawang besar, serai lengkuas, halia,daun limau purut dan air kedalam kuali/periuk.
  • Panaskan api, reneh bahan2 tersebut sampai mendidih.
  • Masukkan sos ikan, sayur2 yang keras. Biarkan seketika.
  • Masukkan pula ikan, lada benggala, cendawan. Biar sampai ikan masak.( Kalau boleh tutup periuk/kuali spy ikan cpt masak.)
  • Perah jus limau dan letakkan garam secukupnya.
  • Masukkan juga susu pekat.Kacau sebati.
  • Akhir sekali masukkan tomato.
  • Padamkan api
  • Sedia untukdihidang.
 

Ahad, 11 November 2012

Sotong Goreng Kunyit

 
Sotong Goreng Kunyit
By Shikin

Bahan2
Sotong - basuh bersih2 kemudian potong bulat
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili merah
1 batang karot
serbuk lada hitam
air asam jawa
serbuk kunyit
garam dan gula
minyak masak

Cara2
  • Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  • Masukkan sotong. Kacau sekejap.
  • Tuangkan air asam jawa secukupnya
  • Kemudian masukkan karot, cili merah  dan bawang besar. Kacau sebati.
  • Akhir sekali perasakan denganserbuk lada hitam serta garam dan gula secukup rasa.
  • Padamkan api.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Sambal Ikan Tenggiri



Sambal Ikan Tenggiri
By Shikin

Bahan2
Ikan tenggiri
Cili kisar
1 biji bawang besar -potong bulat
Asam keping
Garam & Gula secukupnya
Minyak masak

Cara
  1. Bersihkan ikan, letak garam kunyit. Kemudian goreng ikan sampai masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis cili kisar sampai garing, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Tuangkan sedikit air. Masukkan asam keping. Biarkan seketika.
  4. Masukkan pula ikan tenggiri yang telah digoreng tadi.
  5. Akhir sekali masukkan bawang besar. 
  6. Kacau sehingga bawang layu. Padamkan api.
  7. Sedia untuk dihidang.

Sabtu, 10 November 2012

Mee Sanggul Goreng

Untuk dinner malam ni...


 Mee Sanggul Goreng
By Shikin

Bahan2
1 peket mee sanggul - rendam sampai lembut
3 ulas bawnag putih - diketuk
3  sudu besar cili kisar *
2 sudu besar sos cili*
1 sudu besar sos tomato*
1 sudu besar kicap* (qtty bahan bertanda * boleh diubahsuai ikut citarasa masing2)
2 biji telur
sotong, udang, ayam (ikutlah nak letak apapun, saya cuma guna sotong)
sawi, kobis, karot (saya letak sawi)
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis


Cara2
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga berwarna keemasan
  • masukkan cili kisar. kacau sehingga cili masak
  • masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. kacau lagi.
  • masukkan sotong, sayur2 yang keras (batang sawi, karot ect)
  • perisakan dengan garam dan gula secukupnya
  • pecahkan telur, kacau sekejap, terus masukkan mee sanggul yang telah ditoskan.kacau sebati
  • masukkan sawi.kacau sebentar. padamkan api.
  • sedia untuk dihidangkan

Sandwich Scrammble Egg Simple

Breakfast yang simple untuk pagi ni sbb nak rushing ke sekolah Aiman untuk Majlis 'Idul Ilmi. Kena sampai sebelum pukul lapan.  


Hari ni Aiman terima hadiah untuk tempat ke 2 dalam kelas dan juga kerana mendapat markah terbaik utk m/pelajaran B.Melayu, B.Inggeris dan juga AL-Qur'an(Hafazan).

Alhamdulillah, barakallahulaka...

Nak singgah makan kat kedai takut lambat pulak. 

So, ummi buatkan ajer scramble egg, kepit ngan roti, tuang sos ngan mayonis, jadilah sandwich simple.




Jumaat, 9 November 2012

Fruit Cocktail

Dah lama ambil resepi ni daripada k.Asiah (rakan sekerja saya). Simpan jer dalam buku resepi. Aidiladha hari tu baru sempat buat. 

Hehehe...hari ni masuk resepi yerr...sebab cocktail dah lama tenggelam dalam perut.


Fruit Coktail
By Shikin
Sumber : K.Asiah

Bahan-Bahan
1 tin susu cair
3 tin air
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
1/2 tin gula
secubit garam
buah-buahan dalam tin - sejatkan airnya. guna buah shj
nata de coco - sejatkan airnya
sumi jelly
buah-buahan segar


Cara-cara

  • Campur susu cair, air, tepung kastard, tepung jagung dan gula dalam periuk. Kacau sebati
  • Letak periuk di atas dapur. Dengan api yang perlahan kacau sehingga bahan-bahan tersebut masak.
  • Angkat periuk daripada dapur.
  • Masukkan buah-buahan, jelly, nana de coco dll
  • Letakkan ketulan ais.
  • Sedia untuk dinikmati

Selasa, 6 November 2012

Dinner Treat

Makan malam yang simple, sebab virus M ummi sgt tinggi hari ni.


Mujurla ada sandwich patty Ayamas dalam freezer.

Tinggal bakar, sapu dengan mayonis dan cili sos.

Kemudian tangkup 2 roti tu.


Lepas tu apalagi...Ngap la...

Alhamdulillah...kenyang suami dan nak2....

Isnin, 5 November 2012

Fruit Tartlets



Akhirnya....

Berjaya juga saya buat fruit tart ni setelah sekian lama mengintai2 dalam blog2 yang lain. 

Tu pun setelah lama memendam rasa melihat fruit tart yang selalu ditayang di alam maya. Tapi hasrat tu sering tertangguh sebab payah benor nak dapat stok fresh fruit dekat2 sini. 

Untuk tart shellnya masih menggunakan resepi daripada k.Am Flora, manakala filing kastardnya saya guna resepi daripada Meow@Myresepi.

Alhamdulillah, gabungan rasa kedua-dua resepi ni menjadi dan mendapat pujian daripada suami dan anak2.


Fruit Tart
By Shikin

Pastry
Sumber : Kak Am Flora


Bahan-Bahan
1 biji telur
100gm butter
75gm gula ising
200gm tepung gandum
  • Satukan semua bahan, uli sampai jadi doh
  • Bulat-bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan dalam acuan tart
  • Cucuk2 sikit dengan garfu
  • Bakar 15 minit - 160c

Filing Kastard

Sumber : Meow @ Myresepi

Bahan-bahan ( 4 5 orang )
500ml susu segar
3 atau 4 sudu tepung kastard
gula dan garam secukup rasa.
buah2an hiasan seperti kiwi, grape, peach, stoberi dan lain2(make sure bukan buah jenis yg bila kita potong dia jadi lebam contoh cam epal tu)
Jika suka sedikit cooking chocolate dicairkan kaedah double boiler


CARA2 MEMBUAT FILING KASTARD
  • Masukkan semua bahan2 kecuali buah2an hiasan kedalam periuk dan bila dah nampak nak likat cepat2 angkat. Jangan dimasak terlampau lama nanti jadi pudingle pulak..
  • Bila dah tutup api tu masukkan kedalam kulit tart yg telah dimasak seperti resepi kat atas tu..(boleh juga sapu dengan coklat cair terlebih dahulu)
  • Hiaslah dengan belahan buah2an hiasan.. dan masukkan kedalam peti ais utk mendapatkan rasa yg syedap.. ulala..
  • SELAMAT MENCUBAA :)

Ahad, 4 November 2012

Jelatah


Jelatah Timun Dan Nenas
By Shikin

Bahan-Bahan
Timun - buang kulit dan hiris nipis
Nenas - buang kulit, mata/hidungnya dan dihiris
Bawang Besar - potong 4 (jika bawang agak besar) hiris nipis
Cili Merah - hiris nipis. buang biji
Cuka
Garam
Gula

(Kuantiti bahan agak2la secukupnya)

Cara-Caranya

  • Campur kesemua bahan.
  • Gaul sebati
  • Pastikan cukup semua rasa - masam, manis dan masin.
  • Hidangkan.

Daging Masak Ros


Daging Masak Ros 
By Shikin

Bahan-Bahan
500 gm daging - hiris nipis
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
5 batang serai
2 inci lengkuas
1 inci halia
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
1 cawan tomato sup
1 cawan susu cair
Garam dan gula secukup rasa
Minyak

Cara-Cara

  • Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang dikisar (kecuali cili merah, sehingga naik bau.
  • Kacau sentiasa, biarkan bahan tumisan agak garing.
  • Masukkan cili merah yang telah dikisar dan tomato sup. Kacau sebati.
  • Masukkan daging. Tambah sedikit air. Perlahankan api. Reneh sehingga daging agak lembut dan kuah agak kering.
  • Masukkan susu cair. kacau sebati.
  • Perisakan dengan garam dan gula sekupnya.
  • Matikan api.
  • Sedia untuk dihidangkan. 

Nasi Minyak Hujan Panas

Nak masukkan resepi Nasi Minyak Hujan Panas yang saya buat baru2 ni. Resepi dan gambar saja yerrr...hehehe...


Nasi Minyak Hujan Panas
By Shikin
Sumber :Ummizaihadi

Bahan:-
4 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 10 minit.
5 cawan air
2 kiub pati ayam (skip - saya tak letak pun sbb tak nak rasa cam nasi ayam pulak nanti)
2 helai daun pandan
pewarna merah, hijau dan kuning

Bahan Tumis:
1/2 inci halia - hiris halus
2 ulas bawang putih - mayang
1/2 biji bawang besar - mayang
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan Hias:-
Bawang goreng
Kismis


Cara Memasak:-
  • Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau. 
  • Masukkan beras dan gaul rata sebentar. 
  • Masukkan air, kiub ayam, garam dan daun pandan. Kacau sekejap dan biarkan nasi masak. 
  • Bila nasi telah kering, ambil chopstick dan buatkan 3 lubang di atas nasi dan tuangkan setiap lubang dengan 3 warna secara berasingan. 
  • Bila nasi telah benar2 masak, kaup balik nasi hingga rata. 
  • Masukkan kismis dan hiaslah dengan bawang goreng bila menghidang.


Sabtu, 3 November 2012

Lunch Set

Menu lunch tengahari tadi.


Nasik minyak hujan panas tak jadi hehehe... daging masak ros, daging masak kicap dan jelatah.

Nasi Minyak Hujan Panas


Daging Masak Kicap
 

Jelatah
 

Daging Masak Ros


Alhamdulillah...mendapat sambutan seisi keluarga. Anak2 excited la pulak makan nasik kaler2 ni... hehehe

Letak gambar dulu yerrr...resepinya nanti-nanti...

Crispy Roti Pocket

Lama duk intai resepi Crispy Roti Pocket ni. 

So pagi ni try  buat untuk breakfast. Dah ala2 kebab gitu.. 

Ikut cara k.nor, saya sapu telur guna berus sebelum tabur dengan serbuk roti. Memang betul, lebih crispy dan menjimatkan. Tak guna banyak telur. 1 biji pun tak habis.

Inti pula saya buat cara saya sendiri. Just cincang sandwich patty Ayamas, goreng dalam pan bersama bawang besar yang didadu dan cili sos. 

Inti yang dah masak dimasukkan kedalam roti pocket, serta dipicit dengan cheezy mayo dan tambahan cili sos kalau nak rasa lebih pedas.



Crispy Roti Pocket
By Shikin
resipi : K.Nor@SecubitGaram
sumber : MamaZieza, Sofea@after6am

Bahan2 :
10 - 12 keping roti sandwich (gardenia)
1 biji telur
serbuk roti/breadcrumbs secukupnya ~ k.nor guna white breadcrumbs
sos cili
minyak untuk menggoreng


Bahan inti:
2 keping daging burger oblong RAMLY ~ k.nor guna daging ayam
1/2 batang lobak merah ~ dihiris panjang spt bantang mancis
sedikit kobis ~ dihiris nipis
1/2 biji bawang merah ~ dihiris nipis
1 biji cili merah ~ dicincang/hiris nipis
3 tangkai daun sup ~ dihiris
2 sudu besar mayonis
1 sudu besar serbuk lada hitam
secubit garam

Cara2:
Goreng daging burger tanpa minyak hingga masak.
Hiris nipis dan panjang daging burger yg dah masak tadi.
Masukkan kedalam sebuah bekas/mangkuk besar.
Masukkan lobak merah, kobis, bawang besar, cili merah dan daun sup. Gaul.
Masukkan pula mayonis, serbuk lada hitam dan garam. Gaul lagi hingga sebati. Ketepikan

Canai/gelek roti dgn kayu penggelek/rolling pin (tanpa buang kulit tepi) hingga nipis hingga habis.
Susun bersama 2 keping roti tadi dan tekap dgn bekas bulat (samada bekas air, acuan bulat yg sepadan dgn saiz roti). Buat hingga habis.
Dengan menggunakan berus, sapu telur yg dah dikocok pada keseluruhan roti.
Kemudian salutkan roti td dgn breadcrumbs hingga rata.
Goreng roti dlm minyak yg dah dipanaskan hingga keemasan. Angkat dan toskan. Insyaallah roti akan mengelembung ketika menggoreng.
Dengan menggunakan pisau yg tajam, potong 2 roti tadi.
Ambil sedikit inti tadi dan isikan ke dalam roti tersebut.
Buatlah sehingga habis.
Hidangkan atas pinggan dan picitkan sedikit sos cili utk menambah keenakkannya..

* kaedah menyapu telur dgn menggunakan berus boleh memberi rasa yg lebih crispy pd roti berbanding dgn cara mencelupnya direct ke dalam telur. (telur juga lebih jimat, tak abis 1 bj pun)
** Minyak jgn terlampau panas, nanti roti akan menggelembung dgn agak besar (takut roti tu pecah atau crack). Api biar sedang2 jer..
*** lebihan inti boleh dibuat sandwich atau dimakan dgn croissant.

Jumaat, 2 November 2012

Bergedil Ayam


Buat bergedil ni untuk dimakan dengan bihun soto hari tu. 

Tapi cuma sempat ambil gambar bergedil saja. Gambar bihun soto...tak derrr

Bergedil Ayam
By Shikin

Bahan-Bahan
4 biji ubi kentang - potong baji
200gm isi ayam - dikisar
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji cili merah - cincang halus
Sedikit daun sup dan daun bawang - hiris halus
1 biji telur
Serbuk lada sulah/ lada hitam
Tepung ubi
Garam secukup rasa

Cara

  • Goreng kentang 3/4 masak. Angkat, lecek-lecekkan sampai halus.
  • Masukkan isi ayam, bawang besar cili merah, telur serbuk lada serta daun sup/bawang kedalam kentang yang telah dilecek tadi. Gaul sebati.
  • Jika adunan lembik, tambahkan dengan tepung sedikit2 sampai boleh dikepalkan.
  • Bulat2kan kentang tadi.
  • Goreng dalam minyak yang banyak sehingga berwarna kuning keemasan.
  • Angkat dan toskan.

Khamis, 1 November 2012

Serawa Pisang


En Tahiri baru jer tebang setandan pisang depan rumah 2 hari    lepas. 

Sebab dah tak tau nak masak apa, asyik-asyik buat pisang goreng jer... 

Maka saya buat kan serawa pisang lah pulak. Lagipun pisang ni belum masak ranum 

Serawa versi saya ni tak der resepi tertentu. Cuma guna bahan-bahan asas seperti santan, gula dan pisang serta sagu biji. 

Kalau buat serawa saya tak berapa gemar letak gula merah/melaka, jadi serawa saya selalunya berwarna putih.


Serawa Pisang
By Shikin

Bahan-Bahan
Pisang - potong 2 menyerong
Gula
Santan - perah santan secukupnya. Asingkan pati dengan santan cair
Sagu biji - rendam, rebus sampai kembang. Toskan
Sedikit garam
Daun pandan


Cara-Cara
  • Masak santan cair dengan gula sehingga mendidih ( guna api perlahan)
  • Masukkan pisang. Masak lagi. Masukkan juga daun pandan.
  • Tambahkan garam ( fungsi garam adalah untuk membangkitkan lemak santan. jadi masukkan garam secukupnya)
  • Masukkan sagu biji.
  • Tuangkan pati santan. Masak sampai mendidih. (bila dah masuk pati santan kena berhati2 supaya kuah serawa tidak pecah minyak)
  • Matikan api. 
  • Sedia untuk dihidangkan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini