Sudi-Sudi Ikut Saya...

Ahad, 30 Disember 2012

Gulai Ikan

Dah try. Memang best.

Tanya En. Tahiri, ada rasa beza tak gulai yang saya masak hari ni.

Dia jawab : "ntah..., cuma rasa sedap jerrr... (^-^) hehehe



Gulai Ikan
By : Shikin
Resepi : Mak Mertua K.Am

Bahan-Bahan

Bahan Tumis
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu besar halba
1/2 sudu besar biji sawi
2 tangkai daun kari

Bahan Kisar
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
2 sudu besar rempah biji
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar serbuk kunyit
Sedikit minyak masak
1 peket kecil rempah kari ikan

Bahan-Bahan Lain
1 kg ikan - saya guna ikan jenahak
2 cawan santan
3 sudu besar asam jawa
Garam secukup rasa
2 1/2 cawan air
Minyak untuk menumis


Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, masukkan bahan2 tumis. 
  2. Apabila bawang kuning keemasan masukkan bahan-bahan kisar. 
  3. Masak sehingga pecah minyak (hilang bau rempah) 
  4. Masukkan santan, asam dan garam secukupnya. Kacau sebati. 
  5. Masukkan pula air dan ikan. 
  6. Biarkan mendidih. Tutup api. 
  7. Angkat dan hidangkan.

Rabu, 12 Disember 2012

Sandwich Goreng

Kat rumah ni, kalau nak habiskan roti, transform jek jadi benda lain. Sekejap jer jalan.


Sandwich Goreng
by Shikin

Bahan-Bahan:

Bahan Roti
Roti putih
Inti Sardin
Planta/Mentega
Mayonis

Bahan Batter
2 sb mentega Majerin
1 1/2 cawan Tepung Gandum*
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung jagung
1 titik perwarna kuning (optional)
1/4 st Garam* (* campur)
Air

CARA2:
  1. Sapu roti dengan planta dan mayonis. Ratakan inti sardin diatasnya. Lipat 2 roti menjadi bentuk 3 segi.
  2. Satukan kesemua jenis tepung, garam dan mentega.
  3. Tuangkan air sedikit demi sedikit.
  4. Bancuh sehingga adunan tidak berketul dengan kepekatan yang sesuai.(boleh guna handwhisk utk mendapatkan adunan yang sekata)
  5. Celupkan roti kedalanm adunan tepung
  6. Goreng didalam minyak yang banyak dan betul-betul panas sehingga berwarna kuning keemasan.
  7. Angkat roti daripada kuali, toskan minyak.
  8. Sedap dimakan semasa masih panas.

Selasa, 11 Disember 2012

Daging Congo

Lauk ni memang kegemaran kami sekeluarga. 


DAGING CONGO
by Shikin@Dari Dapur Ummi

Bahan-bahannya
1 kg daging - dihiris nipis
2 labu bawang besar - dikisar halus
1/2 cawan kicap pekat
1/2 cawan air asam jawa
3/4 cawan pes cili (tambah jika nak pedas)
2 sudu besar gula
garam secukupnya (jika perlu)
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya

  • Daging diperap bersama kicap, bawang besar yang dikisar, gula dan juga air asam jawa lebih kurang 1/2 jam
  • Panaskan minyak dalam kuali , tuangkan bahan-bahan perapan. 
  • Masak dengan api perlahan sehingga air daging tinggal separuh (daging akan mengeluarkan airnya sendiri)
  • Masukkan cili pes, masak lagi dengan api perlahan sehingga kuahnya agak pekat dan pecah minyak
  • Rasa garam dan gula
  • Sedia untuk dihidang
*Daging Congo ni juga sedap dicecah bersama roti, ketupat ataupun lemang.

Isnin, 10 Disember 2012

Mee Bulat Goreng


Mee Bulat Goreng

By Shikin

Bahan2
1 peket mee bulat - celur ngan air panas sampai lembut dan toskan
3 ulas bawang putih - diketuk
3 sudu besar cili kisar *
2 sudu besar sos cili*
1 sudu besar sos tomato*
1 sudu besar kicap* (qtty bahan bertanda * boleh diubahsuai ikut citarasa masing2)
2 biji telur
sotong, udang, ayam (ikutlah nak letak apapun, saya  guna sotong & udang)
sawi, kobis, karot 
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara2
Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga berwarna keemasan
masukkan cili kisar. kacau sehingga cili masak
masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. kacau lagi.
masukkan sotong, sayur2 yang keras (batang sawi, karot ect)
perisakan dengan garam dan gula secukupnya
pecahkan telur, kacau sekejap, terus masukkan mee sanggul yang telah ditoskan.kacau sebati
masukkan sawi.kacau sebentar. padamkan api.
sedia untuk dihidangkan

Ahad, 9 Disember 2012

Lok Chin @ Satay Ikan


LOKCHING @ Satay Ikan
By Shikin
Sumber : idazs
Bahan-bahan sate:
500g isi ikan selayang – dikisar lumat 100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
1 biji bawang besar - dikisar
1 sudu besar garam
1/3 sudu teh serbuk perasa – saya tak letak
1 sudu besar baking power – saya tambah



Cara :

Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat
Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan baking powder.
Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.
Panaskan minyak dan goreng sekejap.
Cucukkan pada lidi dan bakar.
Celup dalam kuah manis dan pedas sebelum dinikmati.

p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.

Bila makan satay ikan, mestilah ada sosnya, iaitu, sos pedas dan manis, kombinasi kedua-duanya sangat memikat rasa.

SOS MANIS
Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah

Cara memasak:

Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
Masukkan air.
Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.• Untuk sos pedas, pula, saya bahagikan sos manis yang telah dimasak tadi kepada dua bahagian, satu bahagian saya campurkan dengan sos cili supaya pedas. hihihihi (saya pun buat macam ni)

Jumaat, 7 Disember 2012

Nasi Goreng Sardin

Ada lebihan sardin, ada nasi sejuk.

Gabung dua-dua. nasi goreng sardin. 

Hmmm....



Nasi Goreng Sardin
by Shikin

Bahan-bahannya
4 cawan nasi sejuk
1 biji bawang besar - dimayang
2 - 3 sudu besar sambal belacan / cili kisar
3 sudu besar pes sardin
2 biji telur
Sayur-sayuran (optional)
Minyak masak
Garam secukupnya


Cara-Cara Membuatnya
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar sehingga kekuningan. 
  2. Masukkan sambal belacan / cili kisar. Biar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan pula pes sardin. Kacau sebati.
  4. Pecahkan telur. Kacau lagi. 
  5. Masukkan nasi sejuk. Balik-balikkan supaya nasi sebati dengan bahan tumisan. 
  6. Masukkan juga sayur-sayuran yang sesuai (jika ada)
  7. Letak garam secukupnya. Kacau sebati. 
  8. Apabila nasi telah masak bolehlah dipadamkan api
  9. Hidangkan.

Khamis, 6 Disember 2012

Time malas-malas... :-)

Menu time malas-malas....



Maggie Bandung
By Shikin

Bahan-Bahan
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
sedikit ikan bilis
2 sudu besar cili kisar
batang saleri (potong halus)
1 biji tomato (belah enam)
2 biji telur
1 biji karot
sawi 

cendawan telinga
air secukupnya
minyak untuk menumis
2 bungkus Maggie Kari




Cara-cara membuatnya :
-panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau
-masukkan ikan bilis, kacau hingga kekuningan
-masukkan cili kisar, kacau lagi sehingga cili garing dan pecah minyak
-kecilkan api, masukkan perencah maggie ( saya guna sebungkus saja), sentiasa kacau untuk mengelakkan bahan tumisan hangus
-masukkan air secukupnya, letakkan batang saleri, karot dan sawi
-apabila kuah mendidih, pecahkan telur, biar seketika
-masukkan mee, kacau seketika, angkat dari dapur
-sedia untuk dimakan

Rabu, 5 Disember 2012

Blueberry & Strawberry Cheese Tart lagi...

Projek mengetart yg ntah kurun ke berapa tah??? 

Tart pun cuma tinggal saki baki je dalam fridge tu.

So, kita tempek resepi ngan gambar ye...


Blueberry & Starwberry Cheese Tart
By Shikin
Sumber : Kak Am Flora

Bahan-Bahan

Pastry
1 biji telur
100gm butter
75gm gula ising
200gm tepung gandum

  • satukan semua bahan, uli sampai jadi doh
  • bulat-bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan dalam acuan tart
  • cucuk2 sikit dengan garfu
  • bakar 15minit - 160c

Krim Cheese

250gm cream cheese (yang halal)
60gm gula ising
1 biji telur
Filing (yang sesuai)

  • pukul semua bahan hingga halus dan rata
  • pipekan dulu strawberry/blueberry filing kemudian tutup dengan krim cheese
  • lorek sesuka hati (bole guna filing @ sedikit krim cheese dicampur kaler pink/merah)
  • masukkan dalam oven, bakar sekejap (5 minit - 170c)
  • keluarkan daripada oven. letak tart dalam papercup yang sesuai. (kalo tak letakpun tak per)

Selasa, 4 Disember 2012

Durian Crepe


Semenjak dua menjak ni, banyak blogger duk tayang Durian Crepe (DC). Tambah2 pulak durian tengah galak gugur...Memang fenomena habis...

Lama jugak memendam hajat, teringin benor nak tahu macam mana lah rasanya benda alah DC ni. 

Finally, 2 hari lepas saya menunaikan hajat yang terpendam

Banyak2 resepi yang ada, saya cuba resepi daripada Sofea@after6am. Hasilnya??? Tidak mengecewakan.

Mendapat respon yang baik drpd suami dan anak2. Anak2 paling suka sbb ada filling fresh cream yang rasanya ala2 aiskrim tuh..

Nak buat pun tak susah dan tak ambil masa yang lama.

So...silalah mencuba.



RESEPI DURIAN CREPE
By : Shikin

Sumber : Sofea@after6am

Bahan-bahan-
20gm tepung gandum
20gm tepung ubi
10gm tepung kastard
10gm tepung jagung
1 biji telur
1 sdk myk masak
1 sdb gula halus
40ml susu cair
150ml air
pwrna kuning
perisa durian

Cara-caranya

  • Masuk semua bahan kedalam mangkuk. Sebatikan dengan whisk dan tapis.Kalau pekat tambah air sedikit 
  • Boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kena hilangkan buih-buih itu dahulu, untuk mengelakkan crepe akan berlubang bila banyak buih.
  • Ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yang dipegang..
  • Layangkan kuali agar adunan sekata
  • masak atas api kecil.
  • masak hingga kering,angkat tak perlu terbalikkn semasa mengangkat.


Filling
150ML FRESH CREAM (saya guna jenama Rich) diputar hingga kental..
(boleh mix sekali dgn 2sdb isi durian)
Isi durian..

-letakkan fresh cream letak isi durian ..dan letak lagi fresh cream di atasnya..
-lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah..
-siap


Update : 
Untuk k.zie yg request gambar kotak fresh cream tu, ni gambarnya...ambik drpd Mr. Google... 

Kalau pergi kat kedai bakery boleh ada banyak jenis. Tapi saya prefer jenama Rich ni.




Ahad, 2 Disember 2012

Bihun Goreng Seafood


Bihun Goreng Seaffod
By Shikin

Bahan-Bahan
1 bungkus bihun - direndam sampai lembut kmdn toskan
3 ulas bawang putih - diketuk
3 sudu besar cili kisar*
2 sudu besar sos cili*
1 sudu besar sos tomato*
1 sudu besar kicap pekat* (bahan2 * boleh ditambah @ dikurangkan ikut citarasa masing2)
udang & sotong

karot - hiris memanjang
sawi
minyak masak

Cara-Cara
  • Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar. Masak sampai cili garing.
  • Masukkan pula sos cili, sos tomato dan kicap pekat. Kacau sebati. Sekiranya kuah agak kering boleh tambah sedikit air.
  • Masukkan pula udang dan sotong. Kacau seketika.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  • Kmdn masukkan bihun .
  • Kaup balikkan bihun spy sebati dengan bahan tumisan tadi.
  • Masukkan sawi, karot.
  • Teruskan menggoreng sehingga bihun masak dengan sekata.
  • Padamkan api.
  • Bolehlah dihidangkan dengan bawang goreng, hirisan cili merah, daun bawang dan juga telur rebus.

Sabtu, 1 Disember 2012

My Mom Chicken Rice

Selalu masak nasi ayam saya guna resepi ni.

Inilah nasi ayam yang selalu dimasak oleh mak saya.

Resepinya simple saja, tapi kalau mak masak memang kami adik beradik makan sampai licin. Sedap sangat rasanya.

Dan hasil resepi mak ni lah yang saya hidangkan untuk suami dan anak2 saya. Suami dan anak2 pun suka.


Nasi Ayam My Mom Recipe
by Shikin

Bahan-Bahan

Bahan Nasi
4 cawan beras
6 cawan @ secukupnya air rebusan ayam 
5 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
3 batang serai - diketuk
1 kiub pati ayam 
Rempah tumis 3 sekawan (buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis)
Sedikit mentega & minyak sapi @ minyak masak

Cara memasak nasi

  1. Basuh beras bersih2 dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk, serai dan rempah menumis sampai naik bau.
  3. Masukkan beras, goreng seketika.
  4. Alihkan beras kedalam periuk, tuangkan air rebusan ayam.
  5. Masukkan juga kiub pati ayam (hancurkan dulu) garam dan gula secukupnya.
  6. Masak nasi seperti biasa
Bahan Ayam
1 ekor ayam (boleh potong kecil @ biar sekor2)
2 ulas bawang putih
Air secukupnya
Kicap
Madu

Cara-cara
  1. Rebus ayam dalam periuk dengan api yang perlahan. (Air rebusan ayam ni guna sebahagiannya untuk masak nasi, manakala yang lebihnya untuk dibuat sup)
  2. Keluarkan ayam daripada periuk, lumurkan dengan kicap, madu dan garam (jika perlu).
  3. Goreng ayam sampai masak
  4. Semasa menghidang ayam tu hempapkan sikit ayam tu dengan pisau dan potong ikut kesesuaian.
Bahan Sup
Air rebusan ayam
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 kiub pati ayam
garam secukupnya
daun sup
bawang goreng

Cara-Cara (Sup)
  1. Didihkan air rebusan ayam bersama bahan2 (kecuali daun sup dan bawang goreng)
  2. Tabur bawang goreng dan daun sup semasa menghidang
Bahan Sos Cili
10 tangkai cili kering*
2 ulas bawang putih* (*blend sampai hancur)
4 cawan air
2-3 sudu besar cuka
Garam
Gula

Cara-Cara
  1. Masak air dengan gula sampai mendidih.
  2. Tuangkan cili kisar. Reneh dengan api perlahan, sampai cili masak dan hilang baunya.
  3. Masukkan cuka dan garam secukupnya
  4. Masak sampai sos agak pekat (boleh juga tambah sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air)
Bahan Sos Kicap
Sup
Sos tiram
Kicap

Cara-Cara
  1. Ambil sedikit sup, masukkan sos tiram dan kicap secukupnya. 
  2. Didihkan sehingga semua sebati.
Hidangkan nasi bersama ayam goreng, sup, sos cili, sos kicap, daun salad, hirisan timun dan juga tomato.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini