Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

Ubi rebus dengan sambal bilis

Imej
Sekarang ni, kalau petang asyik hujan jer...  So, time2 hujan mcm ni  best kalau layan ubi kayu rebus. Lawan pulak dengan kopi 'o' kaww... memang terbaeekkla... Ubi Rebus Dengan Sambal Bilis By Shikin Bahan-Bahan Ubi kayu Cili kisar Ikan bilis Air asam jawa / asam keping Garam & gula secukupnya Sedikit minyak Cara-Cara Kopek kulit ubi kayu, basuh bersih2. Rebus dalam periuk dengan sedikit garam sampai empuk. Angkat dan toskan. Untuk sambal guna bahan-bahan di atas buat sambal tumis ikut kebiasaan masing2. Bilis tu saya goreng dulu, tapi tak la sampai garing. Masa nak makan, letak ubi ngan sambal dalam piring. Makan ubi sambil cicah sambal. Lawan ngan kopi 'o'... Sgt sedap...

Kari Udang

Imej
Layan kari udang hari ni. Kari bodo-bodo ajer... hehehe... Kari Udang My Style By Shikin Bahan-Bahan 1/2 kg udang (sederhana besar) 2 ulas bawang putih ~ dimayang 3 ulas bawang merah ~ dimayang 1 bungkus serbuk kari ~ bancuh dengan sedikit air (jadikan paste) 2 pelepah daun kari ~ lurut drpd tangkai santan (rm1.00) Garam secukup rasa Air Sedikit minyak untuk menumis Cara-cara : Bersihkan udang (saya potong sedikit dibahagian muncung dan ekornya). Bilas dan toskan. letak tepi kejap. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga kekuningan. Masukkan paste kari. Tumis sampai garing dan pecah minyak. Masukkan santan. Kalau santan pekat, bolehlah tambah dengan air secukupnya. Terpulanglah nak kuah pekat atau cair. Masukkan asam gelugur. Bila kuah dah mendidih masukkan udang. Masukkan juga garam. Rasa masin secukupnya. Padamkan api. Bolehlah dihidangkan.

Sambal Sotong Bergelang...hehehe

Imej
Selalu kalau buat sambal, sama ada guna sotong tu sekor2 ataupun diris bulat2.  Kali ni try buat lain sikit, macam potong bulat2 jugak tapi hirisan tu tak putus. Kiranya sotong tu masih sekor2 lah. Sekali bila dah masak, sotong tu akan mengerekot jadi cam bentuk gelang... Sambal Sotong  By Shikin Bahan2 Sotong - basuh bersih dan hiris tapi jangan putus 15 tangkai cili + 1 biji bawang besar - blend 1 biji bawang besar - potong bulat Garam & gula secukupnya Sedikit air Minyak untuk menumis Cara2 Panaskan minyak, tumis cili kisar sehingga garing. Masukkan sotong dan sedikit air Masukkan garam dan gula secukupnya. Masak dengan api perlahan sampai sotong betul2 masak Masukkan bawang yang telah dipotong bulat. Kacaus sebati.

Bakar ikan dengan pemanggang ajaib

Imej
Just nak tunjuk gambar ikan yang saya panggang menggunakan pemanggang ajaib. Ok jer kejadiannya. Memang senang banyak gua pemanggang ajaib ni. Tak payah susah2 nak hidupkan bara api bagai.  Perap dengan bahan-bahan yang dikehendaki, balut dengan daun pisang (jika suka), masukkan ke dalam pemanggang ajaib, letak atas dapur gas. Bakarlah sampai masak. Yang penting kawal api. jangan kuat sangat, takut hangus pulak ikan tu nanti. Oh yer, ikan tu saya cuma perap dengan rempah ikan bakar portugis keluaran Delichef's (beli dari cosway)

Almond Rocher

Imej
Badam ni stok lama. Dah nak naik tengik bau dia. Tapi still boleh makan lagi sayang orr nak buang...mahal tuuu... Coklat compound pun ready stok dalam umah. Belen yang hari tu...lamanyerrr hehehe. Sebenarnya bukanlah susah sangat nak buat, tapi dah kalau vitamin M tu dah lebih sangat dalam badan, inilah jadinya. Anyway, siap jer Almond Rocher ni, memang menjadi rebutan suami dan anak-anak. Hehehe... ALMOND ROCHER By  Shikin Resepi : http://anyambakul.blogspot.com Bahan-Bahan 1. Dark/milk compaund (campur 2-2 sama byk)  2. Nutella 2sudu je(saya tak letak) 3. Badam potong 4. Coklat hiasan Cara Membuatnya badam ni masuk oven jap, bakar dlm 10minit kasi perang2 keseluruhan Coklat tadi cairkan secara double boiler tu, then masukkan badam, kacau rata *kuantiti tu pandai2 la anggar byk mane, xske coklat byk, buh skit je ^_^ then masukkan dalam papercup tabur la coklat hiasan kasi nmpak meriah, xletak pun xjejas ape2 :p (saya letak coklat

Paprik Sotong ala kadar...

Imej
Kenapa ala kadar??? Setakat letak apa yang ada kat dapur dan dalam peti ais jer...  Pepun, En. Suami dan anak2 memang layan... Paprik Sotong By Shikin Bahan-Bahan Sotong 2 ulas bawang putih - mayang halus 3 ulas bawang merah - mayang halus 1 biji bawang besar - potong bulat 1 inci halia - hiris memanjang 1 biji cili merah - buang biji, hiris memanjang 3-4 biji cili padi - hiris kasar 2 sb cili kisar 3 sb sos cili 2 sb sos tomato 3 helai daun limau purut 1 batang karot garam dan gula minyak Cara Panaskan minyak, tumis bawang putih, merah dan halia sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar. masak sehingga cili garing. Masukkan kesemua jenis sos, kacau sebati. Tuang sedikit air jika perlu. Masukkan pula sotong, karot, bawang besar serta daun limau purut. Gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Fruit Cocktail

Imej
Musim-musim panas ni memang best kalau dapat hidangan yang menyejukkan tekak macam kat bawah ni...  Fruit Coktail By Shikin Sumber : K.Asiah Bahan-Bahan 1 tin susu cair 3 tin air 2 sudu besar tepung kastard 2 sudu besar tepung jagung 1/2 tin gula secubit garam buah-buahan dalam tin - sejatkan airnya. guna buah shj nata de coco - sejatkan airnya sumi jelly buah-buahan segar Cara-cara Campur susu cair, air, tepung kastard, tepung jagung dan gula dalam periuk. Kacau sebati Letak periuk di atas dapur. Dengan api yang perlahan kacau sehingga bahan-bahan tersebut masak. Angkat periuk daripada dapur. Masukkan buah-buahan, jelly, nana de coco dll Letakkan ketulan ais. Sedia untuk dinikmati