Sudi-Sudi Ikut Saya...

Ahad, 17 Februari 2013

Paprik Sotong ala kadar...

Kenapa ala kadar??? Setakat letak apa yang ada kat dapur dan dalam peti ais jer... 

Pepun, En. Suami dan anak2 memang layan...


Paprik Sotong
By Shikin

Bahan-Bahan
Sotong
2 ulas bawang putih - mayang halus
3 ulas bawang merah - mayang halus
1 biji bawang besar - potong bulat
1 inci halia - hiris memanjang
1 biji cili merah - buang biji, hiris memanjang
3-4 biji cili padi - hiris kasar
2 sb cili kisar
3 sb sos cili
2 sb sos tomato
3 helai daun limau purut
1 batang karot
garam dan gula
minyak

Cara
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, merah dan halia sehingga kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar. masak sehingga cili garing.
  3. Masukkan kesemua jenis sos, kacau sebati. Tuang sedikit air jika perlu.
  4. Masukkan pula sotong, karot, bawang besar serta daun limau purut. Gaul rata.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Padamkan api.
  7. Sedia untuk dihidang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini