Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

Muffin Jagung

Imej
Resepi muffin ni dah lama dok terperam dalam folder draft. Menunggu seru tak sampai2.  Last2 datang jugak kederat nak mengodeknya maka taraaa...terhasil lah jugak muffin jagung ni di dapurku 2,3 hari lepas. RESEPI MUFFIN JAGUNG By  Shikin Sumber : K.Liza  Bhn2 A : 2 cwn tpg gandum 1 s/t baking powder 1 s/t soda bikarbonat 1 s/ t garam - semua bhn di atas diayak. Bhn2 B : 1 cwn jagung krim dalam tin 1 cwn minyak masak 1 cwn gula pasir 1 biji telur - dipukul sedikit Pewarna kuning Esen jagung Cara-cara - panaskan oven 180 C. - campurkan bhn2 B ke dlm bhn2 A. - gaul rata menggunakan spatula, jgn digaul terlalu lama.. - masukkan ke dlm paper cup dan bakar selama 20- 25 minit atau sehingga masak. - sejukkan dan sedia dihidang. *muffin saya ni mcm bantat sikit, tak berapa nak kembang dan agak berminyak. mungkin salah teknik masa mengadun kot. tak macam muffin k.liza kembang elok jer jadinya. pepun...anaka2 suka jugak cuma kurrengg sket la depa kata...hehehe

Sambal Bilis Goreng

Imej
Sambal pecicah ulam yang famous dalam keluarga suami saya. Daripada arwah emak mentua sampailah ke ipar-duai, sambal ni merupakan pencetus selera.  Gandingannya...tentulah ulam-ulaman segar yang boleh dipetik disekeliling rumah. Fuhh!! Mantop. memang bertambah-tambahlah nasi dalam pinggan tu... Sambal Bilis Goreng By Shikin Bahan-Bahan 5 biji cili merah  5 biji cili padi  4-5 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih Segenggam ikan bilis 1 inci belacan Asam keping Sedikit minyak Cara-Cara Tumbuk cili merah, cili padi bawang merah, bawang putih dan belacan. Masukkan ikan bilis, tumbuk2 kasar. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan tumbuk tadi. biarkan sampai naik bau. Masukkan sedikit air dan asam keping serta garam dan gula secukupnya. Teruskan memasak sampai pecah minyak. Padamkan api, angkat dan boleh dihidangkan bersama ulam-ulaman.

Laksa Kedah...Tanpa Belacan...My Style

Imej
Laksa tak letak belacan??? Boleh ke??? Boleh aiihh...awat tak bolehnya... Saya dah try, sambutannya pun menggalakkan. Suami suka sangat laksa kali ni. Ada improvement berbanding laksa yang saya buat sebelum ni. Bahan-bahan yang saya guna pun simple jer... Laksa Kedah Tanpa Belacan By Shikin Bahan-Bahan Bahan laksa Laksa Bahan Kuah 1kg ikan kembung/selayang 20 tangkai cili kering 2 biji bawang besar 1 ikat daun kesum 2 batang bunga kantan Asam keping Garam Air sejuk Bahan Tabur Daun selom/salad Timun Bawang besar Cili padi Telur rebus Limau nipis Cara-Cara Rebus laksa sampai kembang. Bila laksa cukup kembang angkat dan toskan. Siram dengan air sejuk banyak2 supaya laksa tak melekat-lekat. Masukkan ikan, asam keping serta air secukupnya kedalam periuk. Rebus sampai isi ikan masak. Padamkan api. Biarkan sampai air rebusan ikan  sejuk. Asingkan isi ikan dengan tulang. Blend sampai hancur. Tulang ikan tadi pun di blen

Mee Bulat Goreng

Imej
Sarapan dipagi Ahad...semua ada kat rumah pagi ni.  Mee Siput Goreng By Shikin Bahan-Bahan Mee siput Hirisan isi ayam Bawang merah dan bawang putih Cili kisar Cili sos Kicap Garam & gula Sawi Karot Cara-Cara Panaskan minyak, tumis bawang merah & bawang putih sehingga kekuningan Masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan isi ayam, sos cili dan juga kicap. Kacau sebati. masukkan garam dan gula secukupnya Masukkan pula mee siput. Gaul sebati. Letak karot dan sawi. Pastikan semuanya bergaul mesra. Padamkan api. Sedia untuk dinikmati.