Sudi-Sudi Ikut Saya...

Jumaat, 15 Mac 2013

Sambal Bilis Goreng


Sambal pecicah ulam yang famous dalam keluarga suami saya. Daripada arwah emak mentua sampailah ke ipar-duai, sambal ni merupakan pencetus selera. 

Gandingannya...tentulah ulam-ulaman segar yang boleh dipetik disekeliling rumah. Fuhh!! Mantop.

memang bertambah-tambahlah nasi dalam pinggan tu...



Sambal Bilis Goreng
By Shikin

Bahan-Bahan
5 biji cili merah 
5 biji cili padi 
4-5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
1 inci belacan
Asam keping
Sedikit minyak

Cara-Cara
  1. Tumbuk cili merah, cili padi bawang merah, bawang putih dan belacan.
  2. Masukkan ikan bilis, tumbuk2 kasar.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan tumbuk tadi. biarkan sampai naik bau.
  4. Masukkan sedikit air dan asam keping serta garam dan gula secukupnya.
  5. Teruskan memasak sampai pecah minyak.
  6. Padamkan api, angkat dan boleh dihidangkan bersama ulam-ulaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini