Sudi-Sudi Ikut Saya...

Jumaat, 26 April 2013

Lepat Pisang


Buat lepat pisang ni weekend baru2 ni. Tapi biasalah...kalau dah sibuk... Ni baru sempat nak buat entry.

Akhirnya tertunai juga permintaan En. Tahiri nak makan lepat hasil tangan isteri terchenta. Hihihi. First time buat ni... 

Ada banyak resepi yang digugel dan menarik untuk dicuba. Tapi memandangkan ada antara bahan yang tak der kat dapur saya, saya decide untuk buat lepat guna resepi lengat pisang saja.

Everthing sama, cuma kalau lengat buh dalam loyang dan kukus. Lepat pulak, bungkus dulu ngan daun pisang baru kukus.



Lepat Pisang
by Shikin

Bahan-Bahan
12 biji pisang awak - kalau dapat yang ranum tu lagi sedap
1 cawan tepung gandum/beras
1 cawan santan
3/4 cawan gula pasir - boleh dikurangkan kalau pisang dah manis. saya guna 1/3 cawan





Cara buat
  • Lecek pisang .
  • Masukkan santan. Kacau sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Tengoklah kalau adunan dah pekat tak perlu habiskan kesemua tepung. Kalau masih cair boleh tambah tepung sikit lagi.
  • Ambil dua sudu besar adunan, letak atas daun pisang.
  • Lipatlah macam lepat pisang yang selalu kita tengok tu. (sambil-sambil tu boleh lah panaskan periuk kukusan)
  • Atur lepat dalam loyang pengukus.
  • Kukus selama 30-45 minit atau sampai kuih masak.

8 ulasan:

  1. nampak menarik jer lepat pisang nih..

    BalasPadam
  2. lebih suka lepat ubi..pisang kurang sikit

    BalasPadam
  3. sedap.... tak pandai lipat daun pisang... isi lepat asyik terkeluar je

    BalasPadam
  4. Sedaaaaaaaaaap...........
    tringin nak buat lg lh.

    BalasPadam
  5. Akhirnya jumpa jgk resepi yg saya cari2... yg tak guna kelapa tp guna santan... tak sabar nak cuba.. utk tips kesihatan blh singgah sini www.villavitaminibu.blogspot.com

    BalasPadam
  6. Wah.. Fav saya ni... mcm senang ja... mau cuba la ni malam... TQ kerana sudi kongsi resipi.
    Kalau ada masa boleh singgah di blog..
    http://beautyhealthylifestyle.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. Tengah kukus ni. Tq share resepi. Minum kopi lepat pisang malam ni.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini