Sudi-Sudi Ikut Saya...

Sabtu, 20 April 2013

Nasi Lemak...My Style...

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerna kekasih hamba turutkan.

Errkkk...takkan sampai macam tu kottt... hehehe

Sesaje nak berpantun. Tapi ceritanya tak de lah macam dalam pantun tu. Suami dihati, emak disanubari. Dua-dua saya sayang 100%. Tak lebih, tak kurang.

Kisahnya, nak tulis ttg nasi lemak yang saya masak untuk breakfast pagi ni. Request drpd En. Tahiri. Saya ikutkan aje. Yelah...rasa dah lama tak prepare b/fast utk family. Nak-nak, jarang hujung minggu macam  ni dihabiskan di teratak syurga kami. Selalunya outstation memanjang...

Resepi nasi lemak biasa-biasa saja. Warisan emak saya, Pn. Normah.  Dulu siap meniaga nasi lemak lagi emak kami ni. Untuk menambah pendapatan, dan juga mengenyangkan perut kami 10 beradik yang kalau menganga bukang senang nak ditutup. Makanlah nasi lemak kat mana2 pun. Nasi lemak emak forever the best. 


Nasi Lemak
By Shikin

Bahan-Bahan

Untuk Nasi
3 pot beras
Santan
Air
Garam
1/2 sdt halba
1/2 sdt lada hitam
1 inci halia - hiris memanjang
3 helai daun pandan - simpulkan

Cara-cara
  1. Basuh beras bersih2 dan toskan. Kmdn masukkan kedalam periuk.
  2. Tuang santan dan air secukupnya.
  3. Masukkan halba, lada hitam, halia dan daun pandan.
  4. Perasakan dengan garam secukup rasa
  5. Tekan butang periuk nasi, biarkan sampai nasi masak.
  6. Hidang nasi bersama-sama sambal dan bahan pelengkap
Untuk sambal
20 tangkai cili kering
2 biji bawang besar (Sebiji dikisar dengan cili kering. Sebiji lagi dihiris)
1 keping asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara
  1. Panaskan minyak. Tumis cili yang telah dikisar dengan bawang besar. Biarkan sampai pecah minyak.
  2. Masukkan garam dan gula secukupnya. Masukkan juga asam keping.
  3. Tuangkan air secukupnya. Agak2lah supaya sambal tak terlalu cair atau pekat sangat.
  4. Masukkan hirisan bawang besar dan ikan bilis goreng. Saya asingkan ikan bilis, tak masuk kedalam sambal.
  5. biarkan sambal mendidih dan pecah minyak.
  6. Padamkan api. Sedia dimakan dengan nasi lemak.
Bahan Pelengkap
Telur rebus / telur goreng 
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng
Timun
3 beradik ni pun masa kita dok flash gambaq nasi lemak, masa  tu lah suruh flash gambaq depa jugak...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini