Sudi-Sudi Ikut Saya...

Rabu, 29 Mei 2013

Puding Roti Marble

Hasil godekan atas dapur beberapa minggu sudah, ttp sbb kesuntukan masa, baru sempat nak update.

Macam biasa, layan ajerlah...



PUDING ROTI MARBLE

By Shikin
Sumber : Hana Myresepi

Bahan-bahan ( satu loyang 7x7 )
4 keping roti 
2 biji telur 
1/2 cawan susu pekat 
170ml susu cair 
8gram serbuk agar2 
1/2 cawan gula - bleh kurangkn 
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan) 
31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml. 
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)


Cara-cara 
  • Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk. 
  • Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td. 
  • Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api. 
  • Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal. Dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. Kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
  • Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. Sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. Ulang hingga habis! Ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku. 
  • Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

3 ulasan:

  1. salam..

    puding roti ni memang sedap dimakan terutama sekali time sejuk kan..cantik marblenya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bbwana : Btl tu. Bila dh makan mmg susah nk berenti. Ngap lps sekali...sekali.

      Padam
  2. UBAHSUAI RUMAH (house renovation) area kajang, bangi, cheras, serdang, puchong, subang, shah alam, kepong, nilai, ampang, gombak (Selangor/KL) Sambung dapur, parking, ikat batu, pasang tile, mengecat, plaster, plaster siling, kayu, meja dapur/table top, paip DLL. Hubungi: 0182233854 khaidir click → FACEBOOK atau → BLOGGER

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini