Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Durian Creepe

Imej
Raja buah kembali.... Musim2 durian ni nak buat creepe durian, sangat2lah seswai... En. Tahiri pun duk gaduh nak creepe durian. Memandangkan stock durian senang dapat so saya tunaikanlah permintaannya... DURIAN CREPE By : Shikin Sumber : Sofea@after6am Bahan-bahan- 20gm tepung gandum 20gm tepung ubi 10gm tepung kastard 10gm tepung jagung 1 biji telur 1 sdk myk masak 1 sdb gula halus 40ml susu cair 150ml air pwrna kuning perisa durian  Cara-caranya Masuk semua bahan kedalam mangkuk. Sebatikan dengan whisk dan tapis.Kalau pekat tambah air sedikit  Boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kena hilangkan buih-buih itu dahulu, untuk mengelakkan crepe akan berlubang bila banyak buih. Ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yang dipegang.. Layangkan kuali agar adunan sekata masak atas api kecil. masak hingga kering,angkat tak perlu terbalikkn semasa mengangkat. Filling 150ML FRESH CREAM (saya guna jenama Rich) diputar hingga kental..

Roti Bakar Special

Imej
Suka pulak anak-anak bila saya bakar roti style macam ni. Teruja sungguh... 4 set roti habis dimakan tanpa berbaki sikitpun...  Sesekali kena trick mcm ni... Anak-anak pun seronok nak menikmati sarapan  Roti Bakar By Shikin Bahan-Bahan Roti Gardernia Telur Mentega/marjerin Mayonis Garam Serbuk lada hitam Cara-cara Ambil sekeping roti. Sapukan sebelahnya dengan marjerin/mentega dan mayonis disebelah yang satu lagi. Letakkan roti yang bersapu mentega atas tray/dulang pembakar. (Bhgn mayonis disebelah atas) Ambik sekeping lagi roti, sapukan mentega. Potong bulat ditengah-tengahnya. Tangkupkan roti tersebut dengan bahagian yang bersapu mayonis. (utk roti lapisan ke2 bhgn bersapu mentega disebelah atas.) Manakala roti yang dipotong bulat letakkan ditepi dulang. Masukkan tray roti kedalam ketuhar yang telah dipanaskan. Pecahkan telur. Tuang ke atas roti yang telah dilubangkan tadi. Taburkan dengan garam dan lada hitam. Bakar dengan api a

Sambal Tumis Udang

Imej
Kalau hari-hari bekerja, masak mesti menu yang sesimple mungkin. Tapi hasilnya biarlah yang membuka selera yaa... Sambal tumis macam ni memang laku kat rumah saya .  Sambal Tumis Udang By Shikin Bahan-Bahan Udang Cili Kisar Bawang besar - potong bulat Air asam jawa / asam keping Garam dan gula secukupnya Minyak untuk menumis Cara-Cara Panaskan minyak. Tumis cili kisar. Biarkan sampai pecah minyak. Masukkan udang yang telah dibersihkan. Gaul sebati. Perasakan dengan garam, gula dan air asam secukupnya. Kalau sambal agak pekat boleh tambah sedikit air. Masukkan hirisan bawang besar. Gaul sebati sehingga bawang layu/masak. Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Mee Sanggul Goreng

Imej
Menu yang selalu enterframe dalam dapur saya... Mee sanggul / mee bulat mmg ready stok kat umah saya. Jarang kehabisan sock. Selalunya mmg ada lah... Bila-bila teringin nak makan senang. Malam2 pun boleh masak. Suami dan anak-anak pun suka bila saya goreng mee sanggul ni. Even lebih suka daripada saya goreng mee kuning. Biasanya goreng sebungkus mmg untuk sekali hadap jerr... Kena ngan cili jeruk mmg best... Mee Sanggul Goreng By Shikin Bahan2 1 peket mee sanggul - rendam sampai lembut 3 ulas bawang putih - diketuk 3 sudu besar cili kisar * 2 sudu besar sos cili* 1 sudu besar sos tomato* 1 sudu besar kicap* (qtty bahan bertanda * boleh diubahsuai ikut citarasa masing2) 2 biji telur - x letak punn sotong, udang, ayam (ikutlah nak letak apapun, saya guna udang, fishball dan fishcake) sawi, kobis, karot (saya letak sawi) garam dan gula secukup rasa sedikit minyak untuk menumis Cara2 Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga berwarna keemasan Masukkan cili

Nasi Ayam

Imej
Resepi bbrp weekend lepas. Buat nasi ayam ni untuk hidanag tengahari. Kebetulan emak, abah dan adik saya datang ke rumah hari tu. So, jamu nasi ayam ni lah. Gambar pun snap yang saki-baki saja, lps semua tetamu balik. Segan lah nak bergambar masa diorang ada kat rumah.... Nasi Ayam My Mom Recipe by Shikin Bahan-Bahan Bahan Nasi 4 cawan beras 6 cawan @ secukupnya air rebusan ayam  5 ulas bawang merah - ditumbuk 2 ulas bawang putih - ditumbuk 1 inci halia - ditumbuk 3 batang serai - diketuk 1 kiub pati ayam  Rempah tumis 3 sekawan (buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis) Sedikit mentega & minyak sapi @ minyak masak Cara memasak nasi   Basuh beras bersih2 dan toskan.  Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk, serai dan rempah menumis sampai naik bau.  Masukkan beras, goreng seketika.  Alihkan beras kedalam periuk, tuangkan air rebusan ayam.  Masukkan juga kiub pati ayam (hancurkan dulu) garam dan gula secukupnya.  Masa

Bilis Goreng Kunyit

Imej
Haa... yang ni pun resepi simple, tapi sedap dimakan dengan nasi panas-panas.  Dah dekat dengan Ramadhan, biasanya waktu bersahur lauk ni selalu ada. Pembuka selera...  Saya suka...anda bagaimana??? hehehe  Bilis Goreng Kunyit By Shikin Bahan-Bahan Ikan bilis Bawang Besar Cili padi Serbuk kunyit Garam & gula - jika perlu Minyak Cara-cara Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan. Goreng bawang besar dan cili padi.  Bila bawang layu masukkan balik ikan bilis tadi. Masukkan juga serbuk kunyit, garam, gula dan asam keping. Gaul sebati. Padamkan api. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.

Mee Siput

Imej
Mee Siput Goreng By Shikin Bahan2 1 peket mee siput - celur ngan air panas sampai lembut dan toskan 3 ulas bawang putih - diketuk 3 sudu besar cili kisar * 2 sudu besar sos cili* 1 sudu besar sos tomato* 1 sudu besar rempah kari daging* 1 sudu besar kicap* (qtty bahan bertanda * boleh diubahsuai ikut citarasa masing2) 2 biji telur sotong, udang, ayam (ikutlah nak letak apapun, saya guna ayam) sawi, kobis, karot garam dan gula secukup rasa sedikit minyak untuk menumis Cara2 Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga berwarna keemasan masukkan cili kisardan rempah kari. kacau sehingga cili masak masukkan sos cili, sos tomato dan kicap . kacau lagi. masukkan sotong, sayur2 yang keras (batang sawi, karot ect) perisakan dengan garam dan gula secukupnya pecahkan telur, kacau sekejap, terus masukkan mee sanggul yang telah ditoskan.kacau sebati masukkan sawi.kacau sebentar. padamkan api. sedia untuk dihidangkan *boleh dihidangkan dengan sambal kicap atau cili jeruk

Gulai Tulang

Imej
Gulai Tulang+Ekor By Shikin Resepi : Mak mertua K.Am Bahan2 Untuk Tumis :- 2 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3 kuntum bunga lawang 5-6 kuntum bunga cengkih 2 batang kulit kayu manis 2 tangkai daun kari Bahan Kisar 1 bungkus rempah kari 15 tangkai cili kering 11/2 inci halia 8-9 ulas bawang merah 1 sudu teh serbuk kunyit Bahan Lain 1kg tulang/daging/ekor - rebus sampai empuk 11/2 cawan santan 2 sudu besar kerisik (letak masa kuah mendidih) Garam secukup rasa 1 peket kecil Ajinomoto (optional ) - saya tak letak Minyak untuk menumis Cara-Cara Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan tumis. Biarkan sehingga kekuningan dan naik bau. Masukkan bahan-bahan kisar. Masak sampai pecah minyak. Masukkan pula tulang/daing/ekor yg telah direbus dan kentang. Gaul sebati. Tuangkan santan. Biar mendidih perlahan-lahan. Perasakan dengan garam secukupnya. Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Kek Pisang Coklat Rice

Imej
Kek ni saya bakar menggunakan pemanggang ajaib. Masak elok sekata, tetapi sbb saya tak pandai nak control api saya hanguslah bahagian bawahnya.  Bakar kek guna pemanggang ajaib ni pun tak mengambil masa yang lama, dalam 20 minit dah masak. Kek Pisang Chocolate Rice  Oleh:Mahani Mahpor Bahan-bahan: 2 cawan tepung naik sendiri 1/2 sudu teh soda bikarbonat 3/4 cawan gula castor 2 biji telur 1 1/2 cawan pisang berangan dilenyek  1/2 cawan minyak masak bole guna butter cair juga sedikit esen pisang 50 gm coklat urai  Cara-cara: 1. Pukul telur & gula hingga kembang. 2. Kemudian masukkan pisang yang dilecek halus & esen perasa pisang. 3. Masukkan minyak masak / butter cair. 4. Akhir sekali masukkan tepung & soda bikarbonat. 5. Bakar / kukus bakar 175 C selama 1 jam atau hingga masak Selamat mencuba! :)

Cili Jeruk

Imej
Memandangkan banyak bekalan cili daripada kebun En. Tahiri, separuh saya buatkan sebotol cili jeruk. Boleh lah dimakan dengan makanan2 bergoreng spt mee, kue teow dsbgnya. Ramadhan pun dah dekat ni... Resepi cili jeruk ni saya ambik daripada satu website tapi saya lupa nak linkkan. So kredit untuk tuan punya resepi dan saya share kat sini yerrr.... CILI JERUK By Shikin Bahan-Bahan Dan Cara Membuatnya: Cili hijau / cili padi dibasuh dan dipotong (cross cut) mengikut size ketebalan yang dikehendaki. Di rendam dalam air kapur ( sedikit kapur masakan dilarutkan dalam air)..selama 1-2 jam untuk mendapatkan keranggupan dan kekentalan cili. Bersihkan dengan dgn air sekurang-kurangnya 3 X kali sebelum digunakan. Cuka dengan gula dimasak dalam bekas stainless steel di atas api yang kecil.. Masukan sedikt garam . Jangan sampai mendidih..suhu yang diperlukan cuma 60-70 darjah centigrade. Tutup api dan masukkan potongan cili anda kedalam air cuka tersebut. Dalam 30-45

Roti Jala Dengan Serawa Durian

Imej
Weekend baru-baru ni En. Tahiri beli buah durian. Tak bnyk mana pun, buat ratah-ratah jer. Tp ada yang kurang manis sebiji dua.  Berbaki lah jadinya...  Jadi yang lebih tu saya buatkan serawa. Dah ada serawa tetiba pulak rasa nak menjala. Maka saya buatlah roti jala.  Ambik resepi daripada blog Kak Reen. Kali ni roti jala saya kaler purple ngan kuning.  Berebut-rebut anak2 makan roti jala sbb tgk kalerful cam tu. Biasanya kalau yg putih jgn harap diorang nak sentuh... ROTI JALA ZAM ZAM ALAKAZAM By Shikin Sumber : Reenkhan Bahan-bahan 2 cawan tepung gandum 1 cawan santan pekat 1 1/2 air  garam secukup rasa 2 warna yang berbeza 1 biji telor Cara Blend kesemuanya. Tapiskan adunan supaya tidak berketul2 Bahagikan 2 bahagian Warnakan 1 bahagian warna yang berbeza dan 1 bahagian lagi warna yang lain Masuk kan kedalam botol muncung 3 1 botol picit secara melintang di atas non-stick pan 1 botol lagi warna yang berbeza picit secara menegak Biarkan

Lepat Labu Bersagu

Imej
Pertama kali saya buat lepat labu ni sendirian berhad. Sebelum2 ni biasa jugak buat, tapi bersama-sama arwah mak mentua.  Tu pun saya tak tengok sangat cara dia meggaul adunan. Apa bahan yang dimsukkan pun saya tak tahu. Yang pasti labu mestilah ada kan... Saya cuma jadi tukang balut lepat jer... Dah lama tak makan lepat labu ni. Dulu masa arwah ada dia mmg selalu buat sbb lepat ni salah satu kuih kegemaran En. Tahiri. Mesti En. Tahiri terkenangkan nostalgia bersama arwah bila makan lepat ni. Biarpun tak sama seperti yang emaknya buat, sekurang-kurangnya dapat mengimbau kenangan. Lepat Labu Bersagu By Shikin Resepi Quinnie@myresepi Bahan-bahan ( anggaran 20 lepat ) 600gm labu yg telah dibuang kulit 3/4 cawan tepung gandum 3/4 cawan tepung beras 1/2 cawan santan pekat 1/2 cawan sagu 1/2 cawan gula kelapa parut putih dan sedikit garam digaul bersama utk intinya daun pisang secukupnya Cara-cara mula2 rebus labu hingga empuk da

Puding Roti Marble Lagik...Kikiki

Imej
Tu la...kalau dah start buat, asyik buat yang itu2 lah jugak. Sebenarnya saya buat puding ni untuk majlis pertunangan sepupu saya, Buraidah baru-baru ni. Tak sempat dah nak buat benda-benda lain, rasanya puding ni pilihan yang tepat sebagi buah tangan untuk majlis tersebut. Saya buat sebanyak 2 loyang bersaiz 10 x 10. Untuk muat 2 loyang ni aduan asal saya gandakan 4. Setiap adunan 2 kali ganda. Tu pun ada lebih sikit2 jadi saya masukkan dalam cup kecik macam dalam gambar dibawah. Bolehlah juga disantap oleh suami dan anak-anak. PUDING ROTI MARBLE By Shikin Sumber : Hana Myresepi Bahan-bahan ( satu loyang 7x7 ) -  untuk loyang 10 x 10  gandakan 2 adunan  4 keping roti  2 biji telur  1/2 cawan susu pekat  170ml susu cair  8gram serbuk agar2  1/2 cawan gula - bleh kurangkn  2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)  3 1/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.  2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)  Cara-cara  Didih

Gulai Ayam

Imej
Baru dapat cuba resepi gulai ayam mak mentua k.Am ni. Tu pun sbb melayan permintaan En. Tahiri yang nakkan gulai ayam untuk dimakan dengan lemang sempena PRU13 hari tu. Hehe...Gulai dan lemang dh habis hadam. Layan gambar ngan resepi dah lerrr... Gulai Daging/Ayam/Tulang By Shikin Resepi : Mak mertua K.Am Bahan2 Untuk Tumis :- 2 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3 kuntum bunga lawang 5-6 kuntum bunga cengkih 2 batang kulit kayu manis 2 tangkai daun kari Bahan Kisar 1 bungkus rempah kari 15 tangkai cili kering 11/2 inci halia 8-9 ulas bawang merah 1 sudu teh serbuk kunyit Bahan Lain 1/2 ekor ayam 11/2 cawan santan 2 sudu besar kerisik (letak masa kuah mendidih) Garam secukup rasa 1 peket kecil Ajinomoto (optional ) - saya tak letak Minyak untuk menumis Cara-Cara Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan tumis. Biarkan sehingga kekuningan dan naik bau. Masukkan bahan-bahan kisar. Masak sampai pecah minyak. Masukkan pu

KUIH SAGU TELUR IKAN

Imej
En. Tahiri panggil kuih ni dgn nama kuih teluq katak. Tak gamakla pulak saya nak tulis nama tu dalam title di atas. Kuih sagu telur ikan lebih sedap didengar kottt...  Apapun nama dia, kuih ni mmg feberet En. Tahiri. Kalau beli kuih pepagi tuh, kuih ni wajib ada. So, sesekali biarlah dia makan kuih kegemaran dia hasil air tangan isteri terchenta. Ok hubby...enjoy your kuih... Kuih Sagu Telur Ikan By Shikin Resepi : Noor @ annurbeauty.blogspot.com Bahan2 : 1 cawan sagu telur ikan 2 cawan air 3/4 cawan gula pasir - kalau nak manis lagi boleh tambah 1 sudu makan pewarna sirap ros 1 helai daun pandan Sedikit kelapa parut Garam secukup rasa Cara2 : Didihkan air bersama gula, masukkan pewarna. Apabila mendidih masukkan sagu. Kacau sehingga biji sagu menjadi jernih Angkat, tuangkan dlm acuan atau loyang yg telah digris dgn minyak. Setelah sejuk boleh lah dipotong dan digaul dengan kelapa parut yang telah dicampur garam. p/s : Petua agar kelapa parut x mudah basi.... k