Sudi-Sudi Ikut Saya...

Sabtu, 29 Jun 2013

Roti Bakar Special


Suka pulak anak-anak bila saya bakar roti style macam ni. Teruja sungguh... 4 set roti habis dimakan tanpa berbaki sikitpun... 

Sesekali kena trick mcm ni... Anak-anak pun seronok nak menikmati sarapan 


Roti Bakar
By Shikin

Bahan-Bahan
Roti Gardernia
Telur
Mentega/marjerin
Mayonis
Garam
Serbuk lada hitam


Cara-cara
  1. Ambil sekeping roti. Sapukan sebelahnya dengan marjerin/mentega dan mayonis disebelah yang satu lagi.
  2. Letakkan roti yang bersapu mentega atas tray/dulang pembakar. (Bhgn mayonis disebelah atas)
  3. Ambik sekeping lagi roti, sapukan mentega. Potong bulat ditengah-tengahnya.
  4. Tangkupkan roti tersebut dengan bahagian yang bersapu mayonis. (utk roti lapisan ke2 bhgn bersapu mentega disebelah atas.)
  5. Manakala roti yang dipotong bulat letakkan ditepi dulang.
  6. Masukkan tray roti kedalam ketuhar yang telah dipanaskan.
  7. Pecahkan telur. Tuang ke atas roti yang telah dilubangkan tadi.
  8. Taburkan dengan garam dan lada hitam.
  9. Bakar dengan api atas bawah sampai masak.
  10. Hidangkan dengan sos cili yang sesuai.
P/s : sedap makan panas-panas 

4 ulasan:

  1. macam sedap je nk try lah ,hehe

    BalasPadam
  2. Tempoh masa membakarnya berape lama yer

    BalasPadam
  3. Tempoh masa membakarnya berape lama yer

    BalasPadam
  4. Bakar 5-10 mnt @ sampai roti dan telur masak.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini