Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Mee Sanggul Goreng dan Apam Beras Kembang Tak Jadi

Imej
Tayang gambar ajelah.  Mee sanggul ni memang sentiasa ada stok di rumah saya. Senang, bila2 nak masak pun boleh. Anak2 pun suka ngan rasa mee sanggul ni. Bila dah digoreng rasa macam maggie pun ada. Proses menggoreng mee seperti biasa. Saya masukkan udang dan sotong serta telur goreng hancur sebagai rencahnya. Saya masukkan juga sawi dan hirisan karot. Manakala apam beras kembang tak jadi ni saya cuma nak tunjuk gambarnya aja. Sebab kejadiannya sangatlah menyedihkan. Dah la ini kali pertama saya cuba buat apam beras.  Nampak macam senang, tp rupa2nya susah juga nak menjadi ye... Dah macam kuih lompang pulak. Saya tabur2 juga kelapa parut.  Adalah 2,3 ketul yang dimakan anak2. Yang lain jadi habuan cik tong....

Bawal Masak Sos, Sotong Masak Kicap dan Cempedak Goreng

Imej
Salam Ramadhan ke 21. Sekejap je rasanya masa berlalu. Kita dah pun masuk ke fasa terakhir Ramadhan. Jom tingkatkan amalan di sepuluh malam yang terakhir ini kerana ganjaran kebajikannya berlipat kali ganda dari malam2 yang lain. Dalam pada tu aktiviti masak-memasak berjalan seperti biasa. Dah namanya wanita, menyediakan juadah untuk keluarga adalah tugas kita. Pagi ni untuk bersahur saya sediakan bawal masak sos dan sotong masak kicap. Dalam pada tu cempedak goreng nak menyelit juga hehehe. Ekceli, cempedak ni lebihan berbuka semalam. Saya cuma panaskan saja bagi dia garing2 sikit. Rupa2nya habis juga sepiring pagi2 buta cam ni. Syukur alhamdulillah. Tak perlu membazir. Bawal Masak Sos By Shikin Bahan-Bahan 1 ekor ikan bawal 4 ulas bawang putih 1 biji bawang besar - dadu 3 sdb cili kisar 3 sdb sos cili 1 sdb sos tomato Nenas, timun - potong kiub Garam dan gula secukup rasa Cara-Cara Basuh ikan bersih2. Bubuh garam kunyit.

Puding Coklat Salju

Imej
Masa tengok puding ni kat blog k.liza, saya terus save resepi. Nampak sangat2 menggiurkan.  Hujung minggu baru2 ni sempatlah mencuba. Wallah...memang meriah dengan rasa coklat. Teksture dia pulak lemah lembut gitu, wajib makan pakai sudu.  Anak-anak la paling suka, bila buat hidangan berasaskan coklat macam ni. Tak sempat tunggu berbuka dah disambar Deena dengan Nuha sorang sebekas. PUDING COKLAT SALJU By Shikin Sumber : K.Liza Bhn2: 500 ml susu segar 80g-100 g gula halus 25 g mentega 100 g choc. masakan-dipotong kecil atau 50 g serbuk koko 25 g tepung jagung dibancuh dengan sedikit susu Cara-cara Susu,gula,mentega dan choc. masakan dimasak hingga larut dan mendidih sambil sentiasa dikacau. Kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung sambil adunan susu dikacau terus sehingga campuran puding menjadi licin. Matikan api.                                        Masukkan adunan kedalam mangkuk2 puding yg kecil yg sesuai utk disajik

Review Biskut Raya Tahun2 Lepas

Imej
Dah 3,4 hari dapur maya ni tak berasap.  Biasalah, hujung minggu sibuk kelentang kelentung di ceruk dapur, sambil uruskan anak2 dan rumahtangga. Dah macam lipas kudung gayanya.  Memang la tak sempat nak mengadap laptop. Nak hapdet entry??? Hmmm...lagi la...jgn harap.  Selalunya saya update masa hari bekerja. Lepas klas, sambil2 release tu, bolehlah masukkan resepi yg telah dimasak  dan gambar2nya. Ingat, hari ni pun nak buat macam tulah. Dah...kamera tertinggal kat rumah pulak. Jadi, hari ni saya nak review balik resepi biskut raya tahun2 lepas yang saya penah buat. Raya pun dah dekat kan...   Blossom Pineapple Tart http://www.dapur-ummi.blogspot.com/2011/08/blossom-pineapple-tarts.html Almond London http://www.dapur-ummi.blogspot.com/2011/08/almond-london.html Cornflakes Kismis Berkacang http://www.dapur-ummi.blogspot.com/2012/06/cornflakes-kismis-berkacang.html Biskut Bunga Cina http://www.dapur-ummi.blogspot.com/2012/08/bisku

Nasi Lemak Pandan Dengan Sambal Tumis Sotong

Imej
Bersahur dengan nasi lemak.  Kali ni buh kaler sikit bagi nampak meriah. Nasi tu saya tambah ngan jus pandan. Yang lain-lain masak cam biasa... Nasi Lemak By Shikin Bahan-Bahan Nasi 3 pot beras Santan Air - Kali ni letak jus pandan Garam 1/2 sdt halba 1/2 sdt lada hitam 1 inci halia - hiris memanjang Cara-cara Basuh beras bersih2 dan toskan. Kmdn masukkan kedalam periuk. Tuang santan dan air pandan   secukupnya. Masukkan halba, lada hitam, dan halia. Perasakan dengan garam secukup rasa Tekan butang periuk nasi, biarkan sampai nasi masak. Hidang nasi bersama-sama sambal dan bahan pelengkap Sambal Sotong By Shikin 300gm sotong 20 tangkai cili kering 2 biji bawang besar (Sebiji dikisar dengan cili kering. Sebiji lagi dihiris) Air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Sedikit minyak untuk menumis Cara-cara Sotong dicuci bersih. Gaul sebati dengan bahan-bahan lain. Perap lebih kurang 1/2 jam. Panaskan miny

Buah Melaka

Imej
Buah Melaka By Shikin Bahan-Bahan 2 cawan tepung pulut Air Daun Pandan (kisar dengan sedikit air untuk mendapatkan patinya) Kelapa Parut Gula Melaka - potong kecil2 Secubit garam  Pewarna hijau (letak kalau nak warna kuih lebih terang) Cara-Cara Masukkan tepung pulut dalam besen. Tuang pati pandan sedikit demi sedikit. Sambil2 tu gaul tepung agar sebati dengan pati pandan tadi. Pastikan menjadi doh yang sedang2 eloklah. Tak terlalu keras @ terlalu lembik. Cubit sedikit doh tepung dan leperkan atas tapak tangan.  Ambik seketul gula melaka, letak atas doh tadi. Kmdn gentel sampai menjadi bulat. Masukkan dalam periuk yang berisi air mendidih. Apabila buah melaka timbul dipermukaan periuk, angkat dengan penapis. Golekkan atas kelapa parut yang telah digaul dengan secubit garam. Buah melaka sudah sedia untuk dihidang.

Agar-Agar Santan

Imej
Agar-Agar Santan By Shikin Bahan-Bahan 10gm serbuk agar-agar (saya guna serbuk agar2 perisa pandan) 800ml air 200ml santan pekat (kacau sebati bersama-sama telur) 1biji telur 4-5 helai daun pandan (kisar dengan sedikit air untuk mendapatkan patinya) - boleh ganti dengan pewarna  hijau dan perisa pandan Secubit garam  Cara-cara Masak air dan agar-agar sampai mendidih. Masukkan gula. Masukkan juga pati daun pandan. Kemudian tuangkan campuran santan dan telur. Masukkan garam. Biar sampai mendidih. Padamkan api. Tuang adunan kedalam acuan/loyang. Dinginkan dalam peti sejuk sebelum dinikmati.

Kue Teow Kerang Telur Dibasuh

Imej
Tgkla tajuk entry tu...hehehe Bukannya apa, pernah sekali masa keluar ke pekan tekak rasa teringin sangat nak makan char kue teow. Saya ajak En.Tahiri singgah kat satu gerai. Kebetulan masa lalu depan gerai nampaklah sebakul telur disusun atas kaunter. Saya terpandang tompok2 t**k ayam kat telur tu... Terus saya tarik tgn En.Tahiri menjauhi gerai tersebut. Dah jauh sikit barulah saya bagitau kenapa tak jadi makan kat situ. Hmmm...tu lah. Kalau nak makan digerai/kedai mmg kena perati betul2. Kadang2 aspek kebersihan tak begitu dititik beratkan.  Sbb tu lebih baik masak sendiri kat rumah. Dan tentulah kebersihan kita jaga. Yang pasti telur2 tu dibasuh dulu sebelum digunakan.  Kat rumah insyaAllah konsep "Halalan Thoyyiban" tu sentiasa kita amalkan. Lagipun masakan air tangan isteri/ibu ni penambat selera suami & anak-anak. Biarpun tak setara mana, tapi tetap mendapat tempat dihati mereka. Kue Teow Kerang By Shikin Bahan-Bahan 1 bungku

Kue Teow Goreng, Buah Melaka Dan Agar-Agar Santan

Imej
Iftar 12 Macam banyakla pulak hidangan hari ni ekk...  Tp bila tengok betul2, takdelah banyak mana pun. Semuanya serba sepiring. Ekceli hari ni saya ajak mak,abah dan adik saya berbuka dirumah. Oooo...ada tamu yerrr...Tu yang jadi bermata-mata tu... Semuanya yang ringkas-ringkas saja. Itupun rasa dah nak bersilat bagai dah. Hehehe... Alhamdulillah, sempat juga menyediakan juadah tak seberapa ni untuk santapan tetamu yang hadir... Untuk menu berbuka hari ni saya sediakan kue teow goreng, buah melaka dan agar-agar santan.  Letak gambar dulu yerr... Resepinya nanti-nanti...

Puding Milo Lapis Oreo Dan Mee Goreng

Imej
Iftar 11 Pelengkap juadah berbuka. PUDING MILO LAPIS OREO Oleh:Suriani Osman cc : www.facebook.com/bukuresepi Bahan-Bahan 10gram serbuk agar2 750ml air 150g gula 1 tin susu cair (400ml) 3/4cawan milo satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2 Cara-cara Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.  Bahagikan 2 bhgn dan 1 bhgn dicampurkan milo dan kacau hingga sebati.  Bahagikan 1 bhgn milo kpd 2 bhgn. Masukkan 1 bhgn milo ke dlm acuan.  Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo.  Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi.  Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk.  Potong dan Hidangkan. Menu utama berbuka hari ni mee goreng biasa-biasa. Resepi boleh tgk kat sini .

Kari Udang

Imej
Menu sahur 11. Masa beli udang ni, kata penjualnya spesis udang galah.  Tapi tengok saiznya, alaa...cinnonet jerr..  Saya ambil jugak lah dlm 20 ekor mcm tu. Dalam hati duk berkira2 nak buat gulai/kari.  Kari Udang By Shikin Bahan-Bahan 350gm udang (sederhana besar) 2 ulas bawang putih ~ dimayang 3 ulas bawang merah ~ dimayang 1 bungkus serbuk kari ~ bancuh dengan sedikit air (jadikan paste) 2 pelepah daun kari ~ lurut drpd tangkai santan (rm1.00) 1 batang karot - potong menyerong 1-2 keping asam gelugur 1 biji tomato masak - belah 4 Garam secukup rasa Air Sedikit minyak untuk menumis Cara-cara : Bersihkan udang (saya potong sedikit dibahagian muncung dan ekornya). Bilas dan toskan. letak tepi kejap. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga kekuningan. Masukkan paste kari. Tumis sampai garing dan pecah minyak. Masukkan santan. Kalau santan pekat, bolehlah tambah dengan air secukupny

Nasi Goreng Nenas

Imej
Iftar 10 Nasi goreng untuk juadah berbuka. Mudah, ringkas dan cepat dimasak.  Kalau dah pukul 5.30 baru sampai kat rumah mmg kena fikir menu yang ala kadar jer... Sambil tu saya sediakan juga bandung soda sebagai pembasah tekak. Nasi Goreng Nenas By Shikin Bahan-Bahan 4 cawan nasi  2 tangkai cili merah* 4-5 tangkai cili padi* 2 ulas bawang merah* Belacan* Segenggam ikan bilis* (bhn * tumbuk @ blend kasar) 2 biji telur Nenas - hiris @ dadu Sawi Minyak masak Cara-Cara Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tumbuk dan nenas. Biarkan sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Pecahkan telur. Kacau sekejap. Masukkan nasi. Gaul sebati. Kmdn masukkan sawi.  Teruskan menggoreng sehingga nasi dan sayur masak sekata. Padamkan api. Hidangkan bersama-sama telur goreng, timun dan ikan keropok (bhn2 yg sesuai) Bandung Soda By Shikin Bahan-Bahan Sirap Air Soda Susu Pekat Ketulan Ais (kuantiti bhn ikut kesesuaian)

Siakap Sweet Sour

Imej
Menu sahur 10 Ikan siakap ni saya goreng garing2 dan tuangkan sos sweet sour kat atasnya. Syok juga pagi2 buta ratah-ratah ikan.  Biarpun simple ajer, yang pasti, 2 ekor ikan ni habis sekali hadap jerr... Siakap Sweet Sour By Shikin Bahan-Bahan Ikan Ikan siakap - 2 ekor, saiz sederhana Tepung Ubi Garam  Lada Sulah Siang ikan dan cuci bersih2. Gaulkan ikan dengan garam, lada sulah dan tepung ubi. Panaskan minyak. Goreng ikan sampai masak (saya goreng sampai garing).  Angkat dan ketepikan Sos sweet sour 4 sdb cili kisar 2 sdb sos cili 2 ulas bawang putih - chop 1 biji bawang besar - dadu 1/4 biji nenas - dadu 1 btg karot - dadu 1/2 btg timun - dadu cili merah - hiris garam dan gula -bahan2 ni boleh ditambah @ dikurangkan ikut selera masing2.  panaskan minyak. Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan bawang besar.  Apabila bawang dah layu, masukkan cili kisar. Masak sampai cili garing. Kemudian masukkan pula sos cili (b

Dadih ready made Happy Grass

Imej
Iftar 9. Kali ni buat dadih ready made guna jenama Happy Grass. Senang jer kejenya, ikut metod yg disediakan dibahagian belakang bungkusan dadih tu. Masakkan 3 liter air, 1 tin susu cair dan secawan gula sampai mendidih. Tuangkan bahan-bahan dalam bungkusan dadih readymade tu. Kacau lebih kurang 5 minit. Padamkan api. Tuang dadih dalam bekas kecil. Dinginkan dalam peti aissebelum dinikmati.

Bawal Goreng Bercili

Imej
Menu sahur 9 Masak simple jer pg ni.  Adalah anak2 bawal putih 7,8 ekor dalam peti ais tu. Saya cuma goreng garing-garing dan curahkan dengan sambal atasnya.  Gu dengan telur dadar goreng...  Cukuplah tu sebagai alas perut untuk menruskan ibadah puasa...

Dapur, Boleh Jadi Jalan Ke Syurga Untuk Wanita

Imej
Santapan rohani... Nak share satu artikel yg saya dapat drpd inbox email pagi ni. Selamat membaca!  Pinjam dapur Mr. Google japp... Salah satu pesan orang tua kepada anak perempuannya adalah “Cinta suami bermula dari perut”. Ketelitian seorang wanita dalam memberikan hidangan yang memanjakan lidah suaminya, memang tidak hanya berhasil memikat kasih sayang dan perhatiannya, namun juga terbukti berjaya menghidangkan kebahagiaan untuk rumah tangga mereka. Suami mana yang tidak akan senang melihat isteri yang begitu serius melayaninya, serta mengambil berat soal makan minumnya. Bagi suami yang bijak menghargai, perkara ini membuatkan kekurangan wanita yang menjadi isterinya seolah – olah tertutup oleh perbuatannya yang menjaga cita rasa lidah suami. Dan tentunya untuk si isteri, kebahagiaan sudah pasti diperolehinya kerana redha suami memang menjadi tujuan dari perjuangan seorang wanita muslimah. Maka, betapa ruginya jika masih ada beberapa orang yang berfikir bahaw