Sudi-Sudi Ikut Saya...

Selasa, 16 Julai 2013

Makaroni Goreng


Iftar 6

Balik keje terus ke dapur siapkan juadah berbuka. Rasa macam sekejap jer nak masak benda alah ni, tapi tot tet tot tet hampir 7.30 baru siap.

Mana tak nya semua benda nak dibuat la.. la.. tu. Masa nak menumis barulah perasan stok cili kisar dah habis. Hmmm...nak gunting cabai, rendam kejap ngan air panas. Baru boleh blend. Dah siap cili baru boleh teruskan proses menumis. 

Dalam sibuk2 tu lah  anak-anak  duk keliting kot kaki, nak itu nak ini. Kejap adik, kejap kakak... Tak layan kang macam2 hal pulak. 

Aduyaiii... serabut ummi di buatnya. 

Duk kejar masa, takut sampai waktu berbuka juadah belum tersedia. Dah lah siap pesan ngan en. suami, "tak payah beli apa2 kat bazar Ramadhan, ummi nak masak hari ni..."

Alhamdulillah, dalam kalut2 tu, siap la jugak makaroni sempoi dan keropok lekor goreng untuk santapan sekeluarga. 

Resepi biasa2 jer, tapi saya selalu tambahkan cili kisar @ kadang2 letak juga cili padi. Tekak org melayu kan...nak kena makan pedas2 gakkk...


Makaroni Goreng
By Shikin

Bahan-Bahan
1 bungkus makaroni - saya guna jenis spiral
250gm daging - dicincang 
1 senduk cili kisar
1 tin sos spagethi prego
1 biji bawang besar - potong dadu
1 batang karot - potong dadu/sagat halus
Capsicum ( merah, kuning, hijau)
Garam
Serbuk lada hitam


Cara-cara

  1. Rebus makaroni sampai lembut. Angkat daripada periuk. Siramkan dengan air sejuk. Tos dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar sampai layu. Masukkan cili kisar. Kacau sampai cili masak.
  3. Masukkan daging kisar. Gaul sebati. Masukkan pula sos spagethi. Teruskan memasak sampai kuah agak kering (jgn kering sangat).
  4. Masukkan karot dan capsicum.
  5. Akhir sekali masukkan  makaroni. Tabur garam dan lada hitam secukupnya. Biarkan semua bahan bergaul mesra.
  6. Padamkan api.
  7. Sedia untuk dihidang.

2 ulasan:

  1. sedapnya...tp hubby x suka..kalo buat kena makan sorang2.. :-P

    BalasPadam
  2. salam umi, masak ape pun mmg selera je time buka pose kan...hihihi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini