Sudi-Sudi Ikut Saya...

Khamis, 4 Julai 2013

Masak Lemak Temenung Dengan Kacang Panjang

Lauk kegemaran suami yang mudah untuk disediakan.  


Masak Lemak Temenung Dengan Kacang Panjang
By Shikin

Bahan-Bahan
8 ekor ikan temenung / kembung (saiz kecil)
Santan (RM 1)
3 ulas bawang merah - mayang
1 labu bawang besar - belah 2, hiris nipis
6-7 biji cili padi - boleh dihiris/diketuk/masuk sebiji2
3-4 btg serai - dititik
1-2 inci lengkuas - dititik
1-2 kpg asam gelugur/keping
1 sdt serbuk kunyit (lagi best kalau guna kunyit hidup)
1-2 cwn air (ikut kesesuaian)
Garam
Kacang panjang - potong ikut kesesuaian

Cara-Cara

  • Siang ikan, cuci bersih2.
  • Masukkan kesemua bahan kedalam periuk.
  • Masak dengan api perlahan, sampai mendidih. Api jgn terlalu kuat, dan pastikan santan tak pecah minyak.
  • Perasakan dengan garam secukupnya.
  • Padamkan api.
  • Sedia untuk dihidang.


2 ulasan:

  1. kite pun masak lemak2 gak semalam..tp udang...
    ikan temenung..lama x dgr ..hahah..kalo sini org panggil kembung
    blk utara br dia jd termenung... :-P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cida : dh biasa sebut temenung...kalo sebut kembung kat market rasa janggal ehh...hihihi

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini