Sudi-Sudi Ikut Saya...

Rabu, 17 Julai 2013

Nasi Ulam dan Ayam Goreng Berempah


Iftar 7

Nasi ulam untuk juadah berbuka hari ni. Resepi cara emak mertua saya. Puas jugak menelefon kakak ipar untuk mendapatkan metod yang betul.

Setelah berguru lebih kurang, saya pun buat seperti yang diberitahu. Tak delah susah mana pun...cuma nak kena pastikan  semua bahan secukup rasa. 

Masa berbuka, En. Tahiri ngan Aiman memang pulun habis. Kiranya tak berbaki nasi ulam saya tu...



Nasi Ulam 

By Shikin

Bahan-Bahan
Nasi 
Ulam-ulaman secukupnya - saya guna daun putat, sekentut dengan enau.
2 batang serai
1 inci lengkuas - agak2lah. Jgn banyak sgt nti rasa pedar.
2 ulas bawang merah
4-5 biji cili padi - kalau dpt cili padi kampung lg best
Kerisik
Garam secukup rasa
Jus limau nipis

Cara-cara
  1. Tumbuk kesemua bahan (jus limau nipis) sampai lumat.
  2. Tuangkan bahan-bahan tumbuk tadi keatas nasi. Perahkan jus limau nipis. 
  3. Gaul sebati kesemua bahan sehingga bergaul mesra.
  4. Sedia dimakan dengan lauk-pauk yang sesuai.

Ayam Goreng Berempah
By Shikin

Bahan-Bahan
1/2 ekor ayam
3 batang serai*
3 helai daun limau purut*
5 ulas bawang merah*
1/sdt serbuk kunyit*
1/2 sdt serbuk lada hitam*
1/2 sdt serbuk ketumbar*
1/2 sdt serbuk jintan manis*
1/2 sdt serbuk jintan putih*
1 sdb serbuk cili* (bahan-bahan * dikisar lumat)
2 sdb tepung beras
Garam secukup rasa

Cara-cara
  1. Gaul  ayam dengan semua bahan. Perap lebih kurang 1/2 - 1jam. 
  2. Panaskan minyak. Goreng ayam sehingga berwana keemasan/masak. Masa menggoreng ayam, boleh juga lurutkan daun kari untuk mendapatkan aroma wangi.
  3. Angkat ayam daripada kuali, toskan minyaknya.
  4. Ayam goreng berempah sedia untuk dimakan.


4 ulasan:

  1. menu utara ni kan...rindunya nasi ulam mak kat kg.. :-(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cida : org utara ya?? yg ni mmg menu utara. setengah org hiris2 jer ulam2 tu, tp akak suka yg jenis tumbuk ni lg...sebati ngan nasi. balik kg nti bleh suruh mak buatkan...:)

      Padam
  2. Balasan
    1. cubalah...mmg sedap.mak mentua lalu belakang pun tak sedar hihihi

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini