Puding Roti Karamel


Ada stock roti, adalah puding roti ni. 

Selalu buat puding roti marble, kali ni buat puding roti karamel pulak.

Rasanya??? Hmm...superb!

Saya jenis yang tak berapa boleh nak telan kalau puding karamel yang biasa2 tu. Berbau telur!!!

Tapi yang ni, ok pulak.

Sedap!

Anak & suami sangat suka. Seloyang tu cepat je habis. 


RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
By Shikin
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : K.Nor,  Lina.pg & Hana

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)


Cara-cara
  • Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  • Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  • Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. 
  • Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)

Ulasan

  1. salam..

    puding karamel ni memang sedap dimakan..resepi pun sangat simple ja kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam. mmg simple dan sedap. elok sgtla klau buat dessert ms bulan posa nti...

      Padam
  2. Balasan
    1. Saya pun x pasti, just follow the recipe...

      Padam
  3. dah cube dah..senang je nak buat..sedap pun sedap:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Makaroni Goreng