Sudi-Sudi Ikut Saya...

Isnin, 15 Julai 2013

Roti Gulung Popia

Iftar 5



Dapat idea ni daripada k.Liza Intai Resepi. 

Dah alang2 buat popia sardin, roti pulak ada 4,5 keping, bolehlah buat sekali.

Betul macam k.liza kata, bila dah digoreng garing, masa makan tu dia rapuh diluar tetapi lembut didalam. Suka pulak anak-anak makan roti ni. 

Selalu roti tu celup dalam telur dan golek dalam serbuk roti sebelum digoreng. Kali ni lain sikit. 



ROTI GULUNG POPIA
by Shikin
Sumber : K.Liza 

Bhn2:

5 keping roti - digelek nipis
5 keping kulit popia
Sdkt tpg jagung + air - jadikan gam
Inti sardine secukupnya
Minyak utk menggoreng

- ambil sekeping roti yg telah digelek nipis dan letak inti sardine diatasnya, gulung kemas..
- ambil sekeping kulit popia, letakkan roti yg telah digulung diatasnya dan gulung dgn kemas..
- ambik gam tpg dan sapu tepi kulit popia utk mengelakkan terbuka masa grg nnt..
- buat sehingga habis dan panaskan minyak dan grg mcm grg popia yg biasa...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini