Sudi-Sudi Ikut Saya...

Rabu, 4 September 2013

Kacang Panjang Goreng Dengan Sotong

Biasa goreng sayur ni sama ada guna ikan bilis ataupun udang sebagai perencahnya. Tapi tengok dalam peti ais ada saki baki sotong yg ntah bila tahun punya tah

Sotong tu kalau nak buat sambal konfom tak cukup. Ada pun sejemput jer... 

So goreng jer dengan kacang panjang. Habis cerita...


Kacang Panjang Goreng Dengan Sotong
By Shikin

Bahan-Bahan
1 ikat Kacang panjang - potong menyerong
5-6 ekor Sotong - hiris bulat
Cili Kisar
2 ulas Bawang Merah - mayang halus
1 ulas Bawang Putih - mayang halus
1 biji Bawang Besar - potong bulat
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-Cara

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sambai naik bau.
  2. Masukkan cili kisar. Apabila  cili agak garing, masukkan sotong.
  3. Selepas seketika masukkan pula kacang panjang. Gaul sebati.
  4. Masukkan pula hirisan bawang besar.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Kalau semua dah cukup rasa boleh lah padamkan api dan hidang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini