Sudi-Sudi Ikut Saya...

Khamis, 24 Oktober 2013

Kepah Sweet Sour



Buat dah lama, cuma baru nak update entry.

Kepah ni En. Tahiri beli kat pasar malam. Jujur, mmg tak pernah masak kepah. Makan pun tak pernah. 

Tak tau nak masak apa yang sesuai. Nak google pun tak sempat. Jadi saya buat masak sweet sour jer...


Kepah Sweet Sour
By Shikin

Bahan-Bahan
Kepah
Bawang Merah* - mayang halus
Bawang Putih* - mayang halus
Halia* - hiris memanjang
Serai* - dititik
Cili Padi - diketuk, belah dua
Cili Kisar
Cili Sos
Sos tomato
Sos Tiram
Garam, gula secukupnya.
Telur - optional
(Bahan-bahan yang digunakan agak2 cukup dengan kepah)

Cara-Cara

  • Basuh kepah bersih-bersih
  • Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan bertanda *sehingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar. Biar sampai masak.
  • Masukkan kesemua jenis sos dan cili padi. Gaul rata.
  • Masukkan kepah. Gaul sebati. (kalau kering sangat bolehlah tambah sedikit air)
  • Pecahkan telur. Gaul cepat-cepat.
  • Padamkan api.
  • Sedia untuk dihidang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini