Sudi-Sudi Ikut Saya...

Rabu, 30 Januari 2013

Labu masak lemak kuning

Request daripada En. Tahiri bila nampak labu kat pasar malam. Minta dibuatkan masak lemak kuning. 


Labu Masak Lemak Kuning
by Shikin

Bahan-Bahan
1 biji labu sederhana besar - buang kulit dan empulurnya. Potong ikut kesesuaian.
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Segenggam udang kering* (bahan * ditumbuk kasar)
1-2 biji tangkai cili merah - potong memanjang
1 sudu kecil serbuk kunyit
Suhun - rendam dalam air sampai lembut
Santan
Air
Garam secukupnya

Cara-Cara
  1. Masukkan labu, bahan2 tumbuk, cili merah, serbuk kunyit dan air ke dalam periuk. Hidupkan api dapur
  2. Apabila kuah mendidih, masukkan santan. Perlahankan api, sentiasa kacau untuk mengelakkan santan pecah minyak.
  3. Masukkan suhun dan garam secukupnya.
  4. Apabila telah masak sempurna bolehlah dipadamkan api.

Selasa, 29 Januari 2013

Sup Telur Jerrr...

Hari-hari bekerja, masak pun ringkas-ringkas. Cepat dan mudah dimasak. Main campak-campak jerrr... 


Sup Telur Dengan Kentang
By Shikin

Bahan-Bahan
5 biji telur
2 biji kentang#
1 batang karot# (bahan # dipotong dadu)
3 biji bawang merah*
2 biji bawang puting*
1/2 inci halia*
1/2 sudu kecil lada hitam* (bahan * ditumbuk lumat)
1 kiub pati ayam
garam secukup rasa
air
minyak untuk menumis

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan2 tumbuk sehingga kekiningan dan naik bau.
  2. Masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih. Masukkan kiub pati ayam.
  3. Kemudian masukkan kentang dan karot. Biarkan seketika. Perlahankan sedikit api.
  4. Pecahkan telur (dalam mangkuk)  kemudian tuangkan kedalam periuk sup tadi. Buat sebiji-sebiji sampai kesemua telur habis.
  5. Perasakan sup dengan garam secukupnya
  6. Reneh sup sampai telur, kentang dan karot masak.
  7. Padamkan api. Sedia untuk dihidang.


Isnin, 28 Januari 2013

Kangkung Goreng belacan


Kangkung Goreng Belacan
By Shikin

Bahan-Bahan
2 ikat kangkung
Segenggam ikan bilis
2 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
5 biji cili padi*
2 biji cili merah*
11/2 inci belacan* (bahan * ditumbuk)
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bahan mayang sehingga kekuningan. 
  3. Masukkan bahan-bahan tumbuk. Kacau sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan kangkung yang telah di siang dan dibasuh bersih-bersih. Kaup balikkan agar sebati dengan bahan tumis.
  5. Perasakan secukupnya. Masukkan ikan bilis goreng tadi.
  6. Kacau sehingga sayur masak sepenuhnya,.


Sabtu, 19 Januari 2013

Ikan Bakar Cicah Air Asam



Try bakar ikan guna kaedah tradisional. Berpeluh2 la jugak En. Tahiri anak beranak nak perasap arang. Hehehe...

Ikan Bakar Dan Air Asam
By Shikin

Bahan
Ikan Bakar
Ikan
Garam
Perecah Ikan Bakar Portugi Deli Chef's


Cara
  • Bersihkan ikan, lumur dengan garam dan perencah secukupnya. Perapkan seketika.
  • Balut ikan dengan daun pisang (kalo xnak balut pun x pa)
  • Bakar sampai masak
Air Asam (Qtty bahan2 ikut kesesuaianlah yerrr)
Bawang besar - hiris nipis
Tomato - hiris @ boleh jugak kalau nak potong dadu
Cili merah - hiris
Cili padi - hiris
Belacan - dibakar
Asam jawa - bancuh dengan sedikit air masak
Limau nipis/kasturi
Garam & gula secukupnya


Cara
  • Campur semua bahan. 
  • Gaul sebati. 
  • Biarkan semua cukup rasa. 
  • Hidangkan bersama ikan bakar tadi

Jumaat, 18 Januari 2013

Mee Suah Goreng


MEE SUAH GORENG
By: Shikin 
Sumber : Roz@HomeKreationMadihaAyu 

Hidangan 5 orang

BAHAN2:
300g Mee Suah
2 biji Telur
4 ulas Bwg Putih - cop 
1-2 biji Cili Merah - hiris 
1/2 Dada Ayam - cop
Fish Balls
Udang kecil 
1-2 sudu Cili Mesin
2 sb Sos Tiram
3 sb Kicap
1 ikat Daun Sawi
Garam & Lada Sulah


CARA2:

  • Sediakan 2 biji kuali di atas dapur. Satu kuali di isi air & didihkan. Satu lagi kuali di isi dgn minyak yg dalam utk menggoreng.
  • Goreng mee suah, toskan & masukkan ke dlm air menggelegak.
  • Apabila lembut, tapiskan mee suah.
  • Panaskan 2 sb minyak & pecahkan telur + lada sulah. Buat telur hancur & angkat.
  • Panaskan beberapa sudu minyak & tumis bwg putih sehingga wangi.
  • Masukkan fish ball, ayam, udang, cili hiris & lada sulah.
  • Masukkan cili mesin & kacau sehingga semua nya cukup masak.
  • Masukkan sos tiram, kicap & daun sawi.
  • Masukkan garam & mee suah. Kacau sebati
--------------> ready!

Khamis, 17 Januari 2013

Aiskrim Goreng

Dah lama simpan resepi ni. Baru sekarang sempat mencuba. Apapun resepi ni memang ohsemm sungguh. Berebut-rebut suami dan anak-anak makan. ^-^




AISKRIM GORENG
By Shikin
Sumber : Lina Pg, Ina@Hana, K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
* 10 keping roti putih
* 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
* Plastik wrap ( untuk balut roti)
* Minyak



Cara-cara:

1. Lembabkan roti dengan air ( saya spraykan roti tu )
2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
4. Tekan acuan telur yang bulat tu supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar).
5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - bukan setakat simpan semalaman, tapi dah bermalam2 duk dalam freezer tu baru teringat nak goreng hehehe
6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak dah betul2 panas.

*saya celup dengan bancuhan tepung dulu, dan golek atas bread crum sebelum digoreng.
*kene makan cepat-cepat sebelum ais krim cair...barulah ummph...

Rabu, 16 Januari 2013

Kari Udang Thai

Jemu berkari mamak, sesekali tukar dengan kari Thai pulak.

Apapun rasanya...mmm...mabeless


Kari Udang Thai
By Shikin
Resepi : Majalah Saji (x igt keluaran bila, dh lama dah...)

Bahan-Bahan
600gm udang besar (dibersihkan)
2 sudu besar minyak masak
3 batang serai
4 hiris lengkuas
4 helai aun limau purut
150ml susu cair + 150ml air (dicampurkan untuk dadih)
2 labu bawang besar*
3 biji tomato* (potong 4)
3 sudu besar jus limau nipis
sedikit daun ketumbar
garam dan gula secukupnya
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
10 tangkai cili kering #
8 biji cili merah#
5 biji cili padi #
10 ulas bawang merah#
10 ulas bawang putih#
1/2 sudu besar belacan# (bahan # dikisar halus)



Cara-cara

  • panaskan minyak, tumis bahan giling hingga wangi
  • masukkan serai,lengkuas, daun limau purut dan susu cair yang telah dicampur dengan air. biarkan mendidih
  • masukkan udang
  • masukkan bawang besar, tomato dan perasa
  • bila udang masak, masukkan jus limau dan daun ketumbar
  • padamkan api, sedia untuk dihidang

Selasa, 15 Januari 2013

Mee Bulat Goreng


Mee Bulat Goreng
By Shikin

Bahan2
1 peket mee bulat - celur ngan air panas sampai lembut dan toskan
3 ulas bawang putih - diketuk
3 sudu besar cili kisar *
2 sudu besar sos cili*
1 sudu besar sos tomato*
1 sudu besar kicap* (qtty bahan bertanda * boleh diubahsuai ikut citarasa masing2)
2 biji telur
sotong, udang, ayam (ikutlah nak letak apapun, saya guna sotong & udang)
sawi, kobis, karot
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara2

  • Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga berwarna keemasan
  • masukkan cili kisar. kacau sehingga cili masak
  • masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. kacau lagi.
  • masukkan sotong, sayur2 yang keras (batang sawi, karot ect)
  • perisakan dengan garam dan gula secukupnya
  • pecahkan telur, kacau sekejap, terus masukkan mee sanggul yang telah ditoskan.kacau sebati
  • masukkan sawi.kacau sebentar. padamkan api.
  • sedia untuk dihidangkan
*boleh dihidangkan dengan sambal kicap

Isnin, 14 Januari 2013

Entry pemanas 2013

Entry pemanas buat blog yang bukan saja suam-suam kuku tapi dah rasa sejuk gedi nih....hehehe


Ekceli, ini hidangan untuk tengahari kelmarin...

1) Siakap Tomyam Putih


Yang ni request by En. Tahiri. dah lama tak pekena tomyam siakap katanya. Kalau nak resepi boleh rujuk kat sini

2) Udang Sweet Sour


Resepi tengok sini yerr... Tukar jer ikan tu ngan udang. Bahan-bahan lain ikut kesesuaianlah... Apa-apa yg ada didapur...

3) Pucuk Paku Goreng Bersambal


Bahan-bahan
Pucuk Paku - ambil yang lembut sahaja
Ikan Bilis
Bawang merah dan bawang putih
Bawang besar
Sambal belacan
Garam
Minyak untuk menumis

Cara-cara
Panaskan minyak, goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan.
Masukkan sambal belacan dan bawang besar. Kacau sekejap.
Masukkan pucuk paku. 
Perasakan dengan garam secikupnya.
Goreng sampai kangkung masak.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini