Sudi-Sudi Ikut Saya...

Rabu, 20 Mac 2013

Muffin Jagung

Resepi muffin ni dah lama dok terperam dalam folder draft. Menunggu seru tak sampai2. 

Last2 datang jugak kederat nak mengodeknya maka taraaa...terhasil lah jugak muffin jagung ni di dapurku 2,3 hari lepas.


RESEPI MUFFIN JAGUNG
By Shikin
Sumber : K.Liza 

Bhn2 A :

2 cwn tpg gandum
1 s/t baking powder
1 s/t soda bikarbonat
1 s/ t garam
- semua bhn di atas diayak.

Bhn2 B :

1 cwn jagung krim dalam tin
1 cwn minyak masak
1 cwn gula pasir
1 biji telur - dipukul sedikit
Pewarna kuning
Esen jagung

Cara-cara
- panaskan oven 180 C.
- campurkan bhn2 B ke dlm bhn2 A.
- gaul rata menggunakan spatula, jgn digaul terlalu lama..
- masukkan ke dlm paper cup dan bakar selama 20- 25 minit atau sehingga masak.
- sejukkan dan sedia dihidang.



*muffin saya ni mcm bantat sikit, tak berapa nak kembang dan agak berminyak. mungkin salah teknik masa mengadun kot. tak macam muffin k.liza kembang elok jer jadinya.
pepun...anaka2 suka jugak cuma kurrengg sket la depa kata...hehehe

Jumaat, 15 Mac 2013

Sambal Bilis Goreng


Sambal pecicah ulam yang famous dalam keluarga suami saya. Daripada arwah emak mentua sampailah ke ipar-duai, sambal ni merupakan pencetus selera. 

Gandingannya...tentulah ulam-ulaman segar yang boleh dipetik disekeliling rumah. Fuhh!! Mantop.

memang bertambah-tambahlah nasi dalam pinggan tu...



Sambal Bilis Goreng
By Shikin

Bahan-Bahan
5 biji cili merah 
5 biji cili padi 
4-5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
1 inci belacan
Asam keping
Sedikit minyak

Cara-Cara
  1. Tumbuk cili merah, cili padi bawang merah, bawang putih dan belacan.
  2. Masukkan ikan bilis, tumbuk2 kasar.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan tumbuk tadi. biarkan sampai naik bau.
  4. Masukkan sedikit air dan asam keping serta garam dan gula secukupnya.
  5. Teruskan memasak sampai pecah minyak.
  6. Padamkan api, angkat dan boleh dihidangkan bersama ulam-ulaman.

Ahad, 10 Mac 2013

Laksa Kedah...Tanpa Belacan...My Style

Laksa tak letak belacan??? Boleh ke??? Boleh aiihh...awat tak bolehnya...

Saya dah try, sambutannya pun menggalakkan. Suami suka sangat laksa kali ni. Ada improvement berbanding laksa yang saya buat sebelum ni.

Bahan-bahan yang saya guna pun simple jer...


Laksa Kedah Tanpa Belacan
By Shikin

Bahan-Bahan

Bahan laksa
Laksa

Bahan Kuah
1kg ikan kembung/selayang
20 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
1 ikat daun kesum
2 batang bunga kantan
Asam keping
Garam
Air sejuk

Bahan Tabur
Daun selom/salad
Timun
Bawang besar
Cili padi
Telur rebus
Limau nipis

Cara-Cara
  1. Rebus laksa sampai kembang. Bila laksa cukup kembang angkat dan toskan. Siram dengan air sejuk banyak2 supaya laksa tak melekat-lekat.
  2. Masukkan ikan, asam keping serta air secukupnya kedalam periuk. Rebus sampai isi ikan masak. Padamkan api. Biarkan sampai air rebusan ikan  sejuk.
  3. Asingkan isi ikan dengan tulang. Blend sampai hancur.
  4. Tulang ikan tadi pun di blend dengan air rebusan "tanpa asam gelugur". Tapis. Pastikan tiada tulang yang termasuk kedalam bahan kisar.
  5. Blend halus cili kering dengan bawang besar.
  6. Masukkan kesemua bahan kisar, daun kesum, bunga kantan dan asam keping secukupnya kedalam periuk. Reneh sampai kesemua bahan masak. Tambah air kalau perlu.
  7. Perasakan dengan garam secukupnya.
  8. Apabila kuah masak, bolehlah dinikmati bersama laksa serta taburan hirisan timun, bawang besar, daun selom/salad, telur rebus dan cili padi.
Kuah laksa lebih sedap dimakan setelah dibiarkan semalaman. Kalau nak makan petang esok, sediakan kuahnya malam ni.

Ahad, 3 Mac 2013

Mee Bulat Goreng

Sarapan dipagi Ahad...semua ada kat rumah pagi ni. 


Mee Siput Goreng
By Shikin

Bahan-Bahan
Mee siput
Hirisan isi ayam
Bawang merah dan bawang putih
Cili kisar
Cili sos
Kicap
Garam & gula
Sawi
Karot

Cara-Cara

  • Panaskan minyak, tumis bawang merah & bawang putih sehingga kekuningan
  • Masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
  • Masukkan isi ayam, sos cili dan juga kicap. Kacau sebati.
  • masukkan garam dan gula secukupnya
  • Masukkan pula mee siput. Gaul sebati.
  • Letak karot dan sawi. Pastikan semuanya bergaul mesra.
  • Padamkan api.
  • Sedia untuk dinikmati.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini