Sudi-Sudi Ikut Saya...

Jumaat, 26 April 2013

Lepat Pisang


Buat lepat pisang ni weekend baru2 ni. Tapi biasalah...kalau dah sibuk... Ni baru sempat nak buat entry.

Akhirnya tertunai juga permintaan En. Tahiri nak makan lepat hasil tangan isteri terchenta. Hihihi. First time buat ni... 

Ada banyak resepi yang digugel dan menarik untuk dicuba. Tapi memandangkan ada antara bahan yang tak der kat dapur saya, saya decide untuk buat lepat guna resepi lengat pisang saja.

Everthing sama, cuma kalau lengat buh dalam loyang dan kukus. Lepat pulak, bungkus dulu ngan daun pisang baru kukus.



Lepat Pisang
by Shikin

Bahan-Bahan
12 biji pisang awak - kalau dapat yang ranum tu lagi sedap
1 cawan tepung gandum/beras
1 cawan santan
3/4 cawan gula pasir - boleh dikurangkan kalau pisang dah manis. saya guna 1/3 cawan





Cara buat
  • Lecek pisang .
  • Masukkan santan. Kacau sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Tengoklah kalau adunan dah pekat tak perlu habiskan kesemua tepung. Kalau masih cair boleh tambah tepung sikit lagi.
  • Ambil dua sudu besar adunan, letak atas daun pisang.
  • Lipatlah macam lepat pisang yang selalu kita tengok tu. (sambil-sambil tu boleh lah panaskan periuk kukusan)
  • Atur lepat dalam loyang pengukus.
  • Kukus selama 30-45 minit atau sampai kuih masak.

Ahad, 21 April 2013

Sambal Belacan Dengan Ulam-Ulaman

Layan ulam cicah sambal belacan. Antara ulam-ulamnya daun selom, pucuk putan dan timu. Wallah...sedapnya makan ngan nasi panas-panas...


Sambal Belacan
By Shikin

Bahan-Bahan
6 biji cili merah
5 biji cili padi
1-2 inci belacan
Air asam Jawa
Jus limau nipis/kasturi
Garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara

  1. Masukkan semua bahan (kecuali air asam jawa dan jus limau) ke dalam lesung. Tumbuk sampai lumat.
  2. Tambahkan air asam jawa dan jus limau.
  3. Pastikan semuanya cukup rasa.
  4. Bolehlah dicicah bersama-sama ulam-ulaman yang disukai.

Asam Pedas Tumis

Lama tak masak asam pedas ni. Sesekali buat, best jugak...


Asam Pedas Tumis
By Shikin

Bahan-Bahan
Ikan (saya guna isi jenahak)
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
1 inci halia
2 inci belacan
2 batang serai
Secekak daun kesom
1 sdt serbuk kunyit / kunyit hidup
Air asam jawa secukupnya
Bendi
Minyak

Cara-Cara

  1. Blend cili kering bersama-sama bawang merah, belacan, halia dan serbuk kunyit sampai halus.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar dan serai. Biarkan sampai naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa secukupnya. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan daun kesum dan ikan. Masukkan garam secukup rasa. 
  5. Masukkan bendi. Biar sampai bendi masak sempurna. Rasa masam dan masin secukupnya.
  6. Padamkan api.
  7. Sedia untuk dihidang.

Sabtu, 20 April 2013

Nasi Lemak...My Style...

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerna kekasih hamba turutkan.

Errkkk...takkan sampai macam tu kottt... hehehe

Sesaje nak berpantun. Tapi ceritanya tak de lah macam dalam pantun tu. Suami dihati, emak disanubari. Dua-dua saya sayang 100%. Tak lebih, tak kurang.

Kisahnya, nak tulis ttg nasi lemak yang saya masak untuk breakfast pagi ni. Request drpd En. Tahiri. Saya ikutkan aje. Yelah...rasa dah lama tak prepare b/fast utk family. Nak-nak, jarang hujung minggu macam  ni dihabiskan di teratak syurga kami. Selalunya outstation memanjang...

Resepi nasi lemak biasa-biasa saja. Warisan emak saya, Pn. Normah.  Dulu siap meniaga nasi lemak lagi emak kami ni. Untuk menambah pendapatan, dan juga mengenyangkan perut kami 10 beradik yang kalau menganga bukang senang nak ditutup. Makanlah nasi lemak kat mana2 pun. Nasi lemak emak forever the best. 


Nasi Lemak
By Shikin

Bahan-Bahan

Untuk Nasi
3 pot beras
Santan
Air
Garam
1/2 sdt halba
1/2 sdt lada hitam
1 inci halia - hiris memanjang
3 helai daun pandan - simpulkan

Cara-cara
  1. Basuh beras bersih2 dan toskan. Kmdn masukkan kedalam periuk.
  2. Tuang santan dan air secukupnya.
  3. Masukkan halba, lada hitam, halia dan daun pandan.
  4. Perasakan dengan garam secukup rasa
  5. Tekan butang periuk nasi, biarkan sampai nasi masak.
  6. Hidang nasi bersama-sama sambal dan bahan pelengkap
Untuk sambal
20 tangkai cili kering
2 biji bawang besar (Sebiji dikisar dengan cili kering. Sebiji lagi dihiris)
1 keping asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara
  1. Panaskan minyak. Tumis cili yang telah dikisar dengan bawang besar. Biarkan sampai pecah minyak.
  2. Masukkan garam dan gula secukupnya. Masukkan juga asam keping.
  3. Tuangkan air secukupnya. Agak2lah supaya sambal tak terlalu cair atau pekat sangat.
  4. Masukkan hirisan bawang besar dan ikan bilis goreng. Saya asingkan ikan bilis, tak masuk kedalam sambal.
  5. biarkan sambal mendidih dan pecah minyak.
  6. Padamkan api. Sedia dimakan dengan nasi lemak.
Bahan Pelengkap
Telur rebus / telur goreng 
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng
Timun
3 beradik ni pun masa kita dok flash gambaq nasi lemak, masa  tu lah suruh flash gambaq depa jugak...





Selasa, 16 April 2013

Ikan Goreng Asam


Ikan Goreng Asam
By Shikin

Bahan-Bahan
3 ketul ikan ( saya guna ikan nyok-nyok)
4 ulas bawang merah - mayang halus
2 ulas bawang putih - mayang halus
1 inci halia - hiris memanjang
1 labu bawang besar - hiris
1 tangkai cili merah - hiris
1 sdt serbuk lada hitam
Air asam jawa secukupnya
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak untuk menumis

Cara-Cara

  1. Lumurkan ikan dengan garam kunyit. Panaskan minyak, goreng ikan sampai masak. Angkat ikan daripada kuali. 
  2. Tumis bahan-bahan hiris sampai kekuningan. Masukkan air asam jawa, serbuk lada hitam, cili merah dan hirisan bawang besar. Biar mendidih.
  3.  Masukkan ikan yang telah di goreng. Balik-balikkan supaya sebati dengan kuah asam.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Padamkan api.
  6. Sedia untuk dihidang.

Isnin, 15 April 2013

Lengat Pisang

Pisang awak hasil tanaman En. Tahiri. Bila dia tebang jerr pokok pisang depan rumah tu, mulalah kepala saya ni memikirkan apa yg nak dibuat dengan pisang bersikat-sikat. 

Tu pun dah dibagi2 ngan jiran setengah tu. Kadang-kadang tak termasak, jadi habuan cik tong. Tak pun En. Tahiri letak jer kat luar, bolehla cik musang datang makan malam-malam. 

En. Tahiri request lepat pisang, tapi cam malas la pulak nak lipat2 daun pisang tu satu2. Last2 saya tuang semua dalam pelengat, lepas tu kukus. Lengat pisang tu yang paling senang. 

Saya buat dua pelengat, bawak sikit ke tempat kerja, En. Tahiri bawak sikit ke sekolah, hantar dekat mak. Alhamdulillah, ramai jugalah yg dapat merasa lengat pisang saya tu.


Lengat Pisang
by Shikin

Bahan-Bahan
12 biji pisang awak - kalau dapat yang ranum tu lagi sedap
1 cawan tepung gandum/beras
1 cawan santan 
3/4 cawan gula pasir - boleh dikurangkan kalau pisang dah manis. saya guna 1/2 cawan.

Cara buat
  • Lecek pisang . (saya blend bersama gula sampai halus)
  • Masukkan santan. Kacau sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Tengoklah kalau adunan dah pekat tak perlu habiskan kesemua tepung. Kalau masih cair boleh tambah tepung sikit lagi.(sambil-sambil tu boleh lah panaskan periuk kukusan)
  • Tuang adunan kedalam loyang dan kukus selama 30-45 minit atau sampai kuih masak.
  • Sejukkan sebelum dipotong.

Ahad, 14 April 2013

Pucuk Paku Goreng

Lawan ngan kari jenahak...


Pucuk Paku Goreng
By Shikin

Bahan-Bahannya
2 ikat pucuk paku - ambik bahagian yang lembut saja, basuh bersih dan toskan.
Segenggam ikan bilis
2 ulas bawang merah - mayang halus
1 ulas bawang putih - mayang halus
1/2 biji bawang besar
1 biji cili merah - hiris
4-5 bili cili padi - hiris
Minyak untuk menggoreng

Cara-Caranya
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan pula semua bawang dan cili sampai agak garing. 
  3. Masukkan pucuk paku. Goreng sekejap.
  4. Masukkan garam dan gula secukupnya.
  5. Masukkan ikan bilis. Gaul sebati.
  6. Padamkan api. Angkat dan hidangkan.

Kari Ikan Jenahak dengan Kacang Panjang

En. Tahiri dengan kari tak dapat dipisahkan. Nak-nak lagi bila jumpa kari jenahak...


Kari Jenahak Dengan Kacang Panjang
By Shikin

Bahan-Bahan
1 kg ikan jenahak (kali ni saya guna kepala ikan)
2 bungkus rempah kari (peket kecil) - bancuh dengan air asam jawa dan serbuk cili, jadikan pes.
1 sudu besar serbuk cili - optional
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar halba campur
2 tangkai daun kari
Air asam jawa secukupnya
Santan (beli santan siap dlm RM2)
Sedikit Minyak
Kacang Panjang

Cara-Cara 

  1. Cuci ikan bersih2, tos dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari sampai kekuningan.
  3. Masukkan pes rempah kari, kacau sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan, tambah sedikit air (jika perlu) 
  5. Masukkan ikan.
  6. Kemudian masukkan kacang panjang.
  7. Pastikan kuah kari secukup rasa. (masin dan masammya. kalau kurang boleh ejas sendiri)
  8. Biarkan kuah mendidih. 
  9. Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Jumaat, 12 April 2013

Fruit Cocktail...again :)

Buat lagi FC yang sangat mabeles ni. 

En. Tahiri suka sangat dengan FC ni. Tu yang rajin sangat nak buat tu...:)


Fruit Coktail

By Shikin
Sumber : K.Asiah 

Bahan-Bahan 
1 tin susu cair 
3 tin air 
2 sudu besar tepung kastard 
2 sudu besar tepung jagung 
1/2 tin gula 
secubit garam 
buah-buahan dalam tin - sejatkan airnya. guna buah shj 
nata de coco - sejatkan airnya 
sumi jelly 
buah-buahan segar 

Cara-cara 

Campur susu cair, air, tepung kastard, tepung jagung dan gula dalam periuk. Kacau sebati
Letak periuk di atas dapur. Dengan api yang perlahan kacau sehingga bahan-bahan tersebut masak.
Angkat periuk daripada dapur.
Masukkan buah-buahan, jelly, nana de coco dll
Letakkan ketulan ais.
Sedia untuk dinikmati

Khamis, 11 April 2013

Agar-Agar Kering


Yang ni pun buat untuk kenduri adik-adik hari tu.

Dipeket dalam bekas kecik-kecik untuk dijadikan doorgift buat tetamu yang datang.

Saya buat 3 adunan, tu pun secara berperingkat-peringkat sebab kekurangan talam untuk menjemur agar-agar.

Ekceli, agar-agar kering ni saya selalu buat time hari raya zaman anak dara dulu. Masa raya, agar-agar ni wajib ada. Tak tau kenapa rasa seronok jer bila tengok agar-agar tu terjemur depan rumah. 

Mmg resepi evergreen ni. Buku resepi emak yg menjadi rujukan saya pun dah naik kuning warnanya.

Tapi saya suka buat je...makan tak seberapa sbb agar-agar ni manisnya ya ampunnn...yang teramat sangat... makan sikit-sikit bolehla... kalau makan banyak2 harus terkena diabetes ni...

Tu pun jenuh bertepis ngan anak-anak...dioarang mmg feveretla manis-manis ni. Makan tak agak dah...

Okey...nak kongsi resepinya disini...(resepi asalnya dalam sukatan traditional tapi saya dah edit ikut sukatan metrik kontemporari supaya senang diikut)


Agar-Agar Kering
By Shikin
Sumber : Buku Resepi Mak

Bahan-bahan
60gm agar-agar strip (agar2 bertali)
500gm gula batu
1kg gula pasir (sukatan gula memang kena banyak, barulah agar-agar kering dengan elok dan menghasilkan kerak-kerak gula disekelilingnya)
2300ml air
1-2 sdt esen ros/banana - saya prefer esen ros 
1-2 sdt pewarna - bergantung kepada jenis pewarna. 

Dah keluarkan daripada mould atur dalam dulang untuk proses mengeringkan agar-agar.

Cara-cara
  1. Masak agar-agar bersama air sampai hancur.
  2. Masukkan gula pasir dan gula batu. Masak sampai kedua-dua gula hancur dan larut bersama-sama agar-agar.
  3. Tuangkan esen ros secukupnya.
  4. Masukkan pewarna yang disukai. (Pewarna ni kalau lebih sikit pun tak per, sebab proses mengeringkan agar-agar menjadikan tone warna tu semakin cerah)
  5. Tuang ke dalam loyang. Sejukkan.
  6. Apabila agar-agar telah mengeras, potong ikut bentuk yang disukai (saya tuang dalam mould coklat, so agar-agar memang dah ikut bentuk mould tu)
  7. Aturkan dalam dulang yang besar.
  8. Jemur dibawah terik matahari sampai agar-agar betul-betul kering. (Kalau cuaca panas elok proses menjemur ni ambik masa 3-5 hari)

Saya buat 3 adunan dengan 3 warna, merah, hijau dan purple. Tp yg purple tu bila dah  kering dah jadi warna ribena la pulak. Yang warna hijau dan merah tu saya guna jenama star brand, manakala yang purple tu saya guna pewarna yang dibeli dikedai baking. Mungkin sebab tu kot... hehehe



Custard Jelly Cocktail



Saya buat puding ni untuk kenduri adik2 lelaki saya baru2 ni. Yang ni dihidang untuk pengantin bersama2 rombongannya.

Asalnya plan nak buat triffle, tapi tak sempat pulak nak pegi beli swiss roll. So tinggal custard dengan jelly dan fruit cocktail jer lah...

Custard Jelly Cocktail
By Shikin
Sumber : K.Asiah

Bahan-Bahan
1 tin susu cair
3 tin air
10gm serbuk agar-agar
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
1/2 tin gula
secubit garam secukup rasa
2 kotak Jelly Crystal Nona - perisa raspberry
buah-buahan dalam tin - sejatkan airnya. guna buah shj

Cara-cara
  • Didihkan air dalam periuk, masukkan serbuk agar-agar dan kacau sampai larut.
  • Masukkan gula, masak sampai gula hancur. Masukkan susu cair.
  • Bancuh tepung kastard dan tepung jagung dengan sedikit air. Tuang kedalam adunan agar-agar sambil dikacau perlahan-lahan supaya bahan-bahan tidak berketul.
  • Letak periuk di atas dapur. Dengan api yang perlahan kacau sehingga bahan-bahan tersebut masak.
  • Padamkan api. Biarkan adunan sejuk sedikit. Tuangkan buah-buahan yang telah di sejat.
  • Tuangkan adunan kastard kedalam bekas. Biarkan sejuk dan keras.
  • Kemudian tuangkan bancuhan jelly keatasnya. (Bancuh jelly mengikut arahan pada kotak) 
  • Bolehlah dihias dengan lebihan buah-buahan. (Jika suka)
  • Dinginkan sebelum dihidang

*Saya tak masukkan buah kedalam adunan kastard, tapi just tabur buah ke atas kastard yang telah separa mengeras didalam bekas sebelum dituang jelly
*Boleh juga guna buah-buahan segar, nata de coco dan bahan-bahan lain yang difikirkan sesuai. 
*sila ikut kreativiti masing-masinglah nak menghias

Rabu, 10 April 2013

Keropok Lekor

Keropok ni En. Tahiri kirim dengan salah sorang cikgu sekolah dia yg balik bercuti kat kampungnya di Terengganu baru2 ni.

Petang2 balik keje, keluarkan drpd peti ais, goreng jer... itu yg paling senang. Sedap pun sedap...

Lately ni aktiviti masak-memasak kat Dapur Ummi tak berapa nak rancak. Bukanla tak memasak langsung...masak jugak. Cuma itulah masak yang simple2 aja. Takkan yg tu pun nak update kat blog kan...

Kalau ada pun, mmg tak sempat nak update. Sibuk memanjang...hehehe...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini