Sudi-Sudi Ikut Saya...

Ahad, 30 Jun 2013

Durian Creepe


Raja buah kembali....


Musim2 durian ni nak buat creepe durian, sangat2lah seswai...

En. Tahiri pun duk gaduh nak creepe durian. Memandangkan stock durian senang dapat so saya tunaikanlah permintaannya...



DURIAN CREPE
By : Shikin

Sumber : Sofea@after6am

Bahan-bahan-
20gm tepung gandum
20gm tepung ubi
10gm tepung kastard
10gm tepung jagung
1 biji telur
1 sdk myk masak
1 sdb gula halus
40ml susu cair
150ml air
pwrna kuning
perisa durian 



Cara-caranya
  • Masuk semua bahan kedalam mangkuk. Sebatikan dengan whisk dan tapis.Kalau pekat tambah air sedikit 
  • Boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kena hilangkan buih-buih itu dahulu, untuk mengelakkan crepe akan berlubang bila banyak buih.
  • Ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yang dipegang..
  • Layangkan kuali agar adunan sekata
  • masak atas api kecil.
  • masak hingga kering,angkat tak perlu terbalikkn semasa mengangkat.


Filling
150ML FRESH CREAM (saya guna jenama Rich) diputar hingga kental..
(boleh mix sekali dgn 2sdb isi durian)
Isi durian..

-ambil sekeping creepe (terbalikkan yang belah atas kebawah)
-letakkan fresh cream letak isi durian ..dan letak lagi fresh cream di atasnya..
-lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah..
-siap


Ni kes lupa nak terbalikkan creepe sblm letak filing. Dah jadi mcm kuih ketayap la pulak...



Sabtu, 29 Jun 2013

Roti Bakar Special


Suka pulak anak-anak bila saya bakar roti style macam ni. Teruja sungguh... 4 set roti habis dimakan tanpa berbaki sikitpun... 

Sesekali kena trick mcm ni... Anak-anak pun seronok nak menikmati sarapan 


Roti Bakar
By Shikin

Bahan-Bahan
Roti Gardernia
Telur
Mentega/marjerin
Mayonis
Garam
Serbuk lada hitam


Cara-cara
  1. Ambil sekeping roti. Sapukan sebelahnya dengan marjerin/mentega dan mayonis disebelah yang satu lagi.
  2. Letakkan roti yang bersapu mentega atas tray/dulang pembakar. (Bhgn mayonis disebelah atas)
  3. Ambik sekeping lagi roti, sapukan mentega. Potong bulat ditengah-tengahnya.
  4. Tangkupkan roti tersebut dengan bahagian yang bersapu mayonis. (utk roti lapisan ke2 bhgn bersapu mentega disebelah atas.)
  5. Manakala roti yang dipotong bulat letakkan ditepi dulang.
  6. Masukkan tray roti kedalam ketuhar yang telah dipanaskan.
  7. Pecahkan telur. Tuang ke atas roti yang telah dilubangkan tadi.
  8. Taburkan dengan garam dan lada hitam.
  9. Bakar dengan api atas bawah sampai masak.
  10. Hidangkan dengan sos cili yang sesuai.
P/s : sedap makan panas-panas 

Jumaat, 28 Jun 2013

Sambal Tumis Udang


Kalau hari-hari bekerja, masak mesti menu yang sesimple mungkin. Tapi hasilnya biarlah yang membuka selera yaa...

Sambal tumis macam ni memang laku kat rumah saya

Sambal Tumis Udang
By Shikin

Bahan-Bahan
Udang
Cili Kisar
Bawang besar - potong bulat
Air asam jawa / asam keping
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis



Cara-Cara
  1. Panaskan minyak. Tumis cili kisar. Biarkan sampai pecah minyak.
  2. Masukkan udang yang telah dibersihkan. Gaul sebati.
  3. Perasakan dengan garam, gula dan air asam secukupnya.
  4. Kalau sambal agak pekat boleh tambah sedikit air.
  5. Masukkan hirisan bawang besar. Gaul sebati sehingga bawang layu/masak.
  6. Padamkan api.
  7. Sedia untuk dihidang.

Khamis, 27 Jun 2013

Mee Sanggul Goreng

Menu yang selalu enterframe dalam dapur saya...

Mee sanggul / mee bulat mmg ready stok kat umah saya. Jarang kehabisan sock. Selalunya mmg ada lah... Bila-bila teringin nak makan senang. Malam2 pun boleh masak.

Suami dan anak-anak pun suka bila saya goreng mee sanggul ni. Even lebih suka daripada saya goreng mee kuning. Biasanya goreng sebungkus mmg untuk sekali hadap jerr...


Kena ngan cili jeruk mmg best...


Mee Sanggul Goreng
By Shikin

Bahan2
1 peket mee sanggul - rendam sampai lembut
3 ulas bawang putih - diketuk
3 sudu besar cili kisar *
2 sudu besar sos cili*
1 sudu besar sos tomato*
1 sudu besar kicap* (qtty bahan bertanda * boleh diubahsuai ikut citarasa masing2)
2 biji telur - x letak punn
sotong, udang, ayam (ikutlah nak letak apapun, saya guna udang, fishball dan fishcake)
sawi, kobis, karot (saya letak sawi)
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara2

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga berwarna keemasan
  2. Masukkan cili kisar. kacau sehingga cili masak
  3. Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. kacau lagi.
  4. Masukkan sotong, sayur2 yang keras (batang sawi, karot ect)
  5. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya
  6. Pecahkan telur, kacau sekejap, terus masukkan mee sanggul yang telah ditoskan. Kacau sebati
  7. Masukkan sawi. Kacau sebentar. Padamkan api.
  8. Media untuk dihidangkan

Selasa, 25 Jun 2013

Nasi Ayam

Resepi bbrp weekend lepas. Buat nasi ayam ni untuk hidanag tengahari. Kebetulan emak, abah dan adik saya datang ke rumah hari tu. So, jamu nasi ayam ni lah.


Gambar pun snap yang saki-baki saja, lps semua tetamu balik. Segan lah nak bergambar masa diorang ada kat rumah....



Nasi Ayam My Mom Recipe
by Shikin

Bahan-Bahan

Bahan Nasi
4 cawan beras
6 cawan @ secukupnya air rebusan ayam 
5 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
3 batang serai - diketuk
1 kiub pati ayam 
Rempah tumis 3 sekawan (buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis)
Sedikit mentega & minyak sapi @ minyak masak

Cara memasak nasi 
Basuh beras bersih2 dan toskan. 
Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk, serai dan rempah menumis sampai naik bau. 
Masukkan beras, goreng seketika. 
Alihkan beras kedalam periuk, tuangkan air rebusan ayam. 
Masukkan juga kiub pati ayam (hancurkan dulu) garam dan gula secukupnya. 
Masak nasi seperti biasa 

Bahan Ayam
1 ekor ayam (boleh potong kecil @ biar sekor2)
2 ulas bawang putih
Air secukupnya
Kicap
Madu

Cara-cara

Rebus ayam dalam periuk dengan api yang perlahan. (Air rebusan ayam ni guna sebahagiannya untuk masak nasi, manakala yang lebihnya untuk dibuat sup) 
Keluarkan ayam daripada periuk, lumurkan dengan kicap, madu dan garam (jika perlu). 
Goreng ayam sampai masak 
Semasa menghidang ayam tu hempapkan sikit ayam tu dengan pisau dan potong ikut kesesuaian. 

Bahan Sup
Air rebusan ayam
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 kiub pati ayam
garam secukupnya
daun sup
bawang goreng

Cara-Cara (Sup)

Didihkan air rebusan ayam bersama bahan2 (kecuali daun sup dan bawang goreng) 
Tabur bawang goreng dan daun sup semasa menghidang 


Bahan Sos Cili
20 tangkai cili kering*
5 ulas bawang putih* (*blend sampai hancur)
1 cawan cili sos
4 cawan air
2-3 sudu besar cuka
Garam
Gula

Cara-Cara

Masak air dengan gula sampai mendidih. 
Tuangkan cili kisar dan cili sos. Reneh dengan api perlahan, sampai cili masak dan hilang baunya. 
Masukkan cuka dan garam secukupnya 
Masak sampai sos agak pekat (boleh juga tambah sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air) 

Bahan Sos Kicap
Sup
Sos tiram
Kicap

Cara-Cara

Ambil sedikit sup, masukkan sos tiram dan kicap secukupnya. 
Didihkan sehingga semua sebati. 


Hidangkan nasi bersama ayam goreng, sup, sos cili, sos kicap, daun salad, hirisan timun dan juga tomato.



Isnin, 24 Jun 2013

Bilis Goreng Kunyit

Haa... yang ni pun resepi simple, tapi sedap dimakan dengan nasi panas-panas. 

Dah dekat dengan Ramadhan, biasanya waktu bersahur lauk ni selalu ada. Pembuka selera... 

Saya suka...anda bagaimana??? hehehe 


Bilis Goreng Kunyit
By Shikin

Bahan-Bahan
Ikan bilis
Bawang Besar
Cili padi
Serbuk kunyit
Garam & gula - jika perlu
Minyak

Cara-cara
  1. Panaskan minyak.
  2. Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Goreng bawang besar dan cili padi. 
  4. Bila bawang layu masukkan balik ikan bilis tadi.
  5. Masukkan juga serbuk kunyit, garam, gula dan asam keping. Gaul sebati.
  6. Padamkan api. Angkat dan toskan minyak.
  7. Sedia untuk dinikmati.

Khamis, 20 Jun 2013

Mee Siput


Mee Siput Goreng
By Shikin

Bahan2
1 peket mee siput - celur ngan air panas sampai lembut dan toskan
3 ulas bawang putih - diketuk
3 sudu besar cili kisar *
2 sudu besar sos cili*
1 sudu besar sos tomato*

1 sudu besar rempah kari daging*
1 sudu besar kicap* (qtty bahan bertanda * boleh diubahsuai ikut citarasa masing2)
2 biji telur
sotong, udang, ayam (ikutlah nak letak apapun, saya guna ayam)
sawi, kobis, karot
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara2

  • Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga berwarna keemasan
  • masukkan cili kisardan rempah kari. kacau sehingga cili masak
  • masukkan sos cili, sos tomato dan kicap . kacau lagi.
  • masukkan sotong, sayur2 yang keras (batang sawi, karot ect)
  • perisakan dengan garam dan gula secukupnya
  • pecahkan telur, kacau sekejap, terus masukkan mee sanggul yang telah ditoskan.kacau sebati
  • masukkan sawi.kacau sebentar. padamkan api.
  • sedia untuk dihidangkan
*boleh dihidangkan dengan sambal kicap atau cili jeruk

Gulai Tulang



Gulai Tulang+Ekor


Resepi : Mak mertua K.Am

Bahan2

Untuk Tumis :-
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 kuntum bunga lawang
5-6 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
2 tangkai daun kari

Bahan Kisar
1 bungkus rempah kari
15 tangkai cili kering
11/2 inci halia
8-9 ulas bawang merah
1 sudu teh serbuk kunyit

Bahan Lain
1kg tulang/daging/ekor - rebus sampai empuk
11/2 cawan santan
2 sudu besar kerisik (letak masa kuah mendidih)
Garam secukup rasa
1 peket kecil Ajinomoto (optional ) - saya tak letak
Minyak untuk menumis


Cara-Cara
Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan tumis. Biarkan sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan bahan-bahan kisar. Masak sampai pecah minyak.
Masukkan pula tulang/daing/ekor yg telah direbus dan kentang. Gaul sebati.
Tuangkan santan. Biar mendidih perlahan-lahan.
Perasakan dengan garam secukupnya.
Padamkan api.
Sedia untuk dihidang.


Kek Pisang Coklat Rice


Kek ni saya bakar menggunakan pemanggang ajaib. Masak elok sekata, tetapi sbb saya tak pandai nak control api saya hanguslah bahagian bawahnya. 


Bakar kek guna pemanggang ajaib ni pun tak mengambil masa yang lama, dalam 20 minit dah masak.



Kek Pisang Chocolate Rice 
Oleh:Mahani Mahpor

Bahan-bahan:
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3/4 cawan gula castor
2 biji telur
1 1/2 cawan pisang berangan dilenyek 
1/2 cawan minyak masak bole guna butter cair juga
sedikit esen pisang
50 gm coklat urai 

Cara-cara:
1. Pukul telur & gula hingga kembang.
2. Kemudian masukkan pisang yang dilecek halus & esen perasa pisang.
3. Masukkan minyak masak / butter cair.
4. Akhir sekali masukkan tepung & soda bikarbonat.
5. Bakar / kukus bakar 175 C selama 1 jam atau hingga masak


Selamat mencuba! :)


Isnin, 17 Jun 2013

Cili Jeruk


Memandangkan banyak bekalan cili daripada kebun En. Tahiri, separuh saya buatkan sebotol cili jeruk. Boleh lah dimakan dengan makanan2 bergoreng spt mee, kue teow dsbgnya. Ramadhan pun dah dekat ni...

Resepi cili jeruk ni saya ambik daripada satu website tapi saya lupa nak linkkan. So kredit untuk tuan punya resepi dan saya share kat sini yerrr....



CILI JERUK
By Shikin

Bahan-Bahan Dan Cara Membuatnya:
  1. Cili hijau / cili padi dibasuh dan dipotong (cross cut) mengikut size ketebalan yang dikehendaki. Di rendam dalam air kapur ( sedikit kapur masakan dilarutkan dalam air)..selama 1-2 jam untuk mendapatkan keranggupan dan kekentalan cili. Bersihkan dengan dgn air sekurang-kurangnya 3 X kali sebelum digunakan.
  2. Cuka dengan gula dimasak dalam bekas stainless steel di atas api yang kecil.. Masukan sedikt garam . Jangan sampai mendidih..suhu yang diperlukan cuma 60-70 darjah centigrade. Tutup api dan masukkan potongan cili anda kedalam air cuka tersebut. Dalam 30-45 minit cili jeruk anda boleh digunakan. 
  3. Yang berlebihan kita perlu simpan dalam peti sejuk kerana kita tak gunakan sodium Benzoate sebagai awet makanan. Sekiranya nak jual dalam botol gunakan Sodium Benzoate dlm kadar yang diluluskan oleh WHO.

Roti Jala Dengan Serawa Durian


Weekend baru-baru ni En. Tahiri beli buah durian. Tak bnyk mana pun, buat ratah-ratah jer. Tp ada yang kurang manis sebiji dua.  Berbaki lah jadinya... 

Jadi yang lebih tu saya buatkan serawa. Dah ada serawa tetiba pulak rasa nak menjala. Maka saya buatlah roti jala. 

Ambik resepi daripada blog Kak Reen. Kali ni roti jala saya kaler purple ngan kuning. 

Berebut-rebut anak2 makan roti jala sbb tgk kalerful cam tu. Biasanya kalau yg putih jgn harap diorang nak sentuh...


ROTI JALA ZAM ZAM ALAKAZAM
By Shikin
Sumber : Reenkhan

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
1 1/2 air 
garam secukup rasa
2 warna yang berbeza
1 biji telor


Cara
  • Blend kesemuanya.
  • Tapiskan adunan supaya tidak berketul2
  • Bahagikan 2 bahagian
  • Warnakan 1 bahagian warna yang berbeza dan 1 bahagian lagi warna yang lain
  • Masuk kan kedalam botol muncung 3
  • 1 botol picit secara melintang di atas non-stick pan
  • 1 botol lagi warna yang berbeza picit secara menegak
  • Biarkan roti jala masak
  • Angkat daripada pan. Gulung @ lipat mengikut citarasa masing-masing 
Selamat mencuba

Untuk resepi serawa/pengat durian boleh tengok kat sini.


Khamis, 13 Jun 2013

Lepat Labu Bersagu


Pertama kali saya buat lepat labu ni sendirian berhad. Sebelum2 ni biasa jugak buat, tapi bersama-sama arwah mak mentua. 

Tu pun saya tak tengok sangat cara dia meggaul adunan. Apa bahan yang dimsukkan pun saya tak tahu. Yang pasti labu mestilah ada kan...

Saya cuma jadi tukang balut lepat jer...

Dah lama tak makan lepat labu ni. Dulu masa arwah ada dia mmg selalu buat sbb lepat ni salah satu kuih kegemaran En. Tahiri.

Mesti En. Tahiri terkenangkan nostalgia bersama arwah bila makan lepat ni. Biarpun tak sama seperti yang emaknya buat, sekurang-kurangnya dapat mengimbau kenangan.


Lepat Labu Bersagu
By Shikin

Bahan-bahan ( anggaran 20 lepat )
600gm labu yg telah dibuang kulit
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung beras
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan sagu
1/2 cawan gula
kelapa parut putih dan sedikit garam digaul bersama utk intinya
daun pisang secukupnya

Cara-cara
mula2 rebus labu hingga empuk dan toskan...kemudian lecekkan labu tadi didalam mangkok. selepas itu..masukkan tepung gandum dan tepung beras....gula..sagu....dan santan...kacau2 rata....

sediakan daun pisang...letak adunan tepung labu tadi..dan letakkan inti kelapa didalamnya...balut kemas..macam balut kuih lepat. buat sampai habis dan susun didalam loyang pengukus

panaskan kukusan....bila air dah didih..masukkan loyang yg berisi lepat tadi dan kukus selama 25 minit....bila dah masak tunggu sejuk skit dan bolehla dimakan....boleh buat utk sarapan pagi atau minum petang....:)

Puding Roti Marble Lagik...Kikiki


Tu la...kalau dah start buat, asyik buat yang itu2 lah jugak.

Sebenarnya saya buat puding ni untuk majlis pertunangan sepupu saya, Buraidah baru-baru ni.

Tak sempat dah nak buat benda-benda lain, rasanya puding ni pilihan yang tepat sebagi buah tangan untuk majlis tersebut.

Saya buat sebanyak 2 loyang bersaiz 10 x 10. Untuk muat 2 loyang ni aduan asal saya gandakan 4. Setiap adunan 2 kali ganda.


Tu pun ada lebih sikit2 jadi saya masukkan dalam cup kecik macam dalam gambar dibawah. Bolehlah juga disantap oleh suami dan anak-anak.



PUDING ROTI MARBLE

By Shikin
Sumber : Hana Myresepi

Bahan-bahan ( satu loyang 7x7 ) -  untuk loyang 10 x 10  gandakan 2 adunan 

4 keping roti 
2 biji telur 
1/2 cawan susu pekat 
170ml susu cair 
8gram serbuk agar2 
1/2 cawan gula - bleh kurangkn 
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan) 
3 1/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml. 
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco) 

Cara-cara 



  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk. 
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api. 
  4. Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal. Dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. Kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2.
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. Sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. 
  6. Ulang hingga habis! Ketika melapis @ me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku. 
  7. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Ahad, 9 Jun 2013

Gulai Ayam

Baru dapat cuba resepi gulai ayam mak mentua k.Am ni. Tu pun sbb melayan permintaan En. Tahiri yang nakkan gulai ayam untuk dimakan dengan lemang sempena PRU13 hari tu.

Hehe...Gulai dan lemang dh habis hadam. Layan gambar ngan resepi dah lerrr...



Gulai Daging/Ayam/Tulang
Resepi : Mak mertua K.Am

Bahan2

Untuk Tumis :-
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 kuntum bunga lawang
5-6 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
2 tangkai daun kari

Bahan Kisar
1 bungkus rempah kari
15 tangkai cili kering
11/2 inci halia
8-9 ulas bawang merah
1 sudu teh serbuk kunyit

Bahan Lain
1/2 ekor ayam
11/2 cawan santan
2 sudu besar kerisik (letak masa kuah mendidih)
Garam secukup rasa
1 peket kecil Ajinomoto (optional ) - saya tak letak
Minyak untuk menumis

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan tumis. Biarkan sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan bahan-bahan kisar. Masak sampai pecah minyak.
  3. Masukkan pula ayam dan kentang. Gaul sebati.
  4. Tuangkan santan. Biar mendidih perlahan-lahan.
  5. Perasakan dengan garam secukupnya.
  6. Padamkan api.
  7. Sedia untuk dihidang.

Tips dan petua :
  • Ayam dibasuh dengan cuka dan garam
  • Goreng ayam terlebih dahulu
  • Masukkan ayam masa pecah minyak
  • Masak dengan api perlahan 


Sabtu, 8 Jun 2013

KUIH SAGU TELUR IKAN

En. Tahiri panggil kuih ni dgn nama kuih teluq katak. Tak gamakla pulak saya nak tulis nama tu dalam title di atas. Kuih sagu telur ikan lebih sedap didengar kottt... 

Apapun nama dia, kuih ni mmg feberet En. Tahiri. Kalau beli kuih pepagi tuh, kuih ni wajib ada. So, sesekali biarlah dia makan kuih kegemaran dia hasil air tangan isteri terchenta.

Ok hubby...enjoy your kuih...


Kuih Sagu Telur Ikan
By Shikin
Resepi : Noor @ annurbeauty.blogspot.com

Bahan2 :


1 cawan sagu telur ikan
2 cawan air
3/4 cawan gula pasir - kalau nak manis lagi boleh tambah
1 sudu makan pewarna sirap ros
1 helai daun pandan
Sedikit kelapa parut
Garam secukup rasa




Cara2 :

Didihkan air bersama gula, masukkan pewarna.
Apabila mendidih masukkan sagu. Kacau sehingga biji sagu menjadi jernih
Angkat, tuangkan dlm acuan atau loyang yg telah digris dgn minyak.
Setelah sejuk boleh lah dipotong dan digaul dengan kelapa parut yang telah dicampur garam.

p/s : Petua agar kelapa parut x mudah basi.... kukus kelapa parut yg telah dicampur garam anggaran dlm5 minit sebelum digunakan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini