Sudi-Sudi Ikut Saya...

Rabu, 31 Julai 2013

Mee Sanggul Goreng dan Apam Beras Kembang Tak Jadi

Tayang gambar ajelah. 


Mee sanggul ni memang sentiasa ada stok di rumah saya. Senang, bila2 nak masak pun boleh. Anak2 pun suka ngan rasa mee sanggul ni. Bila dah digoreng rasa macam maggie pun ada.

Proses menggoreng mee seperti biasa. Saya masukkan udang dan sotong serta telur goreng hancur sebagai rencahnya. Saya masukkan juga sawi dan hirisan karot.


Manakala apam beras kembang tak jadi ni saya cuma nak tunjuk gambarnya aja. Sebab kejadiannya sangatlah menyedihkan. Dah la ini kali pertama saya cuba buat apam beras. 

Nampak macam senang, tp rupa2nya susah juga nak menjadi ye... Dah macam kuih lompang pulak. Saya tabur2 juga kelapa parut. 

Adalah 2,3 ketul yang dimakan anak2. Yang lain jadi habuan cik tong....

Selasa, 30 Julai 2013

Bawal Masak Sos, Sotong Masak Kicap dan Cempedak Goreng


Salam Ramadhan ke 21.

Sekejap je rasanya masa berlalu. Kita dah pun masuk ke fasa terakhir Ramadhan. Jom tingkatkan amalan di sepuluh malam yang terakhir ini kerana ganjaran kebajikannya berlipat kali ganda dari malam2 yang lain.

Dalam pada tu aktiviti masak-memasak berjalan seperti biasa. Dah namanya wanita, menyediakan juadah untuk keluarga adalah tugas kita.


Pagi ni untuk bersahur saya sediakan bawal masak sos dan sotong masak kicap. Dalam pada tu cempedak goreng nak menyelit juga hehehe. Ekceli, cempedak ni lebihan berbuka semalam. Saya cuma panaskan saja bagi dia garing2 sikit. Rupa2nya habis juga sepiring pagi2 buta cam ni. Syukur alhamdulillah. Tak perlu membazir.



Bawal Masak Sos
By Shikin

Bahan-Bahan
1 ekor ikan bawal
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar - dadu
3 sdb cili kisar
3 sdb sos cili
1 sdb sos tomato
Nenas, timun - potong kiub
Garam dan gula secukup rasa


Cara-Cara

  • Basuh ikan bersih2. Bubuh garam kunyit. Panaskan minyak. Goreng ikan sampai masak. Angkat. Letak dalam pinggan. Ketepikan sekejap.
  • Untuk sos, panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar sampai layu.
  • Masukkan cili kisar, kacau sekejap. 
  • Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. Masak sampai pecah minyak.
  • Masukkan sedikit air (biar berkuah sikit). Masukkan pula nenas dan timun. Biarkan sekejap.
  • Letak garam dan gula secukupnya.
  • Padamkan api. Curah kuah ke atas ikan bawal yang telah di goreng tadi.
  • Hidangkan panas2.


Sotong Masak Kicap
By Shikin

Bahan-Bahan
200gm sotong
1 biji bawang besar
3 sdb cili kisar
2 sdb kicap pekat
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

Cara-cara
  • Basuh sotong bersih2.
  • Panaskan minyak. Tumis cili kisar. Kacau sampai garing dan pecah minyak. Masukkan kicap. 
  • Kemudian masukkan sotong. Gaul sebati. Tuang sedikit air kalau perlu.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  • Biar sampai sotong masak.
  • Padamkan api. Angkat dan hidangkan.

Puding Coklat Salju


Masa tengok puding ni kat blog k.liza, saya terus save resepi. Nampak sangat2 menggiurkan. 

Hujung minggu baru2 ni sempatlah mencuba. Wallah...memang meriah dengan rasa coklat. Teksture dia pulak lemah lembut gitu, wajib makan pakai sudu. 

Anak-anak la paling suka, bila buat hidangan berasaskan coklat macam ni. Tak sempat tunggu berbuka dah disambar Deena dengan Nuha sorang sebekas.


PUDING COKLAT SALJU
By Shikin
Sumber : K.Liza


Bhn2:

500 ml susu segar
80g-100 g gula halus
25 g mentega
100 g choc. masakan-dipotong kecil atau 50 g serbuk koko
25 g tepung jagung dibancuh dengan sedikit susu



Cara-cara

  • Susu,gula,mentega dan choc. masakan dimasak hingga larut dan mendidih sambil sentiasa dikacau.
  • Kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung sambil adunan susu dikacau terus sehingga campuran puding menjadi licin.
  • Matikan api.                                      
  • Masukkan adunan kedalam mangkuk2 puding yg kecil yg sesuai utk disajikan utk tetamu.
  • Hias dgn choc. putih parut,choc. rice,kekacang cincang atau apa saja ikut selera.
  • Simpan di dlm peti sejuk.
  • Sedap disajikan sejuk.               
                       
**Atau adunan boleh dibubuh ke dlm mangkuk2 kecil bertutup supaya mudah utk anak2 memakannya.

***Adunan puding ini tak sesuai dibubuh di dlm loyang atau bekas yg besar kerana puding ini jenis yg lembut tak boleh dipotong....tapi kalau nk bubuh jugak dlm bekas besar...masa menghidang,kenalah cedok dgn sendok.... :)                
                       
***klau menggunakan serbuk koko,lebihkan tepung jagung sedikit sebab adunan agak lembut drpd menggunakan choc potong tapi klau tak tambah tepung jagung pun tak apa asalkan adunan dibubuh di dalam mangkuk2 kecil...puding dalam gambar adalah contoh yg menggunakan serbuk koko...

Isnin, 29 Julai 2013

Review Biskut Raya Tahun2 Lepas

Dah 3,4 hari dapur maya ni tak berasap. 

Biasalah, hujung minggu sibuk kelentang kelentung di ceruk dapur, sambil uruskan anak2 dan rumahtangga. Dah macam lipas kudung gayanya. 

Memang la tak sempat nak mengadap laptop. Nak hapdet entry??? Hmmm...lagi la...jgn harap. 

Selalunya saya update masa hari bekerja. Lepas klas, sambil2 release tu, bolehlah masukkan resepi yg telah dimasak  dan gambar2nya.

Ingat, hari ni pun nak buat macam tulah. Dah...kamera tertinggal kat rumah pulak.

Jadi, hari ni saya nak review balik resepi biskut raya tahun2 lepas yang saya penah buat. Raya pun dah dekat kan...  

Blossom Pineapple Tart

http://www.dapur-ummi.blogspot.com/2011/08/blossom-pineapple-tarts.html

Almond London

http://www.dapur-ummi.blogspot.com/2011/08/almond-london.html

Cornflakes Kismis Berkacang

http://www.dapur-ummi.blogspot.com/2012/06/cornflakes-kismis-berkacang.html

Biskut Bunga Cina

http://www.dapur-ummi.blogspot.com/2012/08/biskut-bunga-cina.html

Biskut Suji Crystal

http://www.dapur-ummi.blogspot.com/2012/08/suci-dalam-debu.html

Cornflakes Madu

http://www.dapur-ummi.blogspot.com/2012/08/cornflakes-madu.html

Almond Rocher

http://www.dapur-ummi.blogspot.com/2012/08/almond-rocher.html

Chocolate Chips Cookies

http://www.dapur-ummi.blogspot.com/2012/08/chocolate-chips-cookies.html

Tahun ni tak decide lagi nak buat biskut apa. Ntah sempat ntahkan tak... Cuti pun dekat2 nak raya. Banyak benda belum settle...


Tapi sbg persediaan awal, saya dah tunjuk2 2,3 jenis kuih raya kat ofis baru2 ni. 

Kalau tak dan sangat, yang tu pun jadi lah...









Khamis, 25 Julai 2013

Nasi Lemak Pandan Dengan Sambal Tumis Sotong

Bersahur dengan nasi lemak. 

Kali ni buh kaler sikit bagi nampak meriah. Nasi tu saya tambah ngan jus pandan. Yang lain-lain masak cam biasa...


Nasi Lemak
By Shikin

Bahan-Bahan

Nasi
3 pot beras
Santan
Air - Kali ni letak jus pandan
Garam
1/2 sdt halba
1/2 sdt lada hitam
1 inci halia - hiris memanjang


Cara-cara
  • Basuh beras bersih2 dan toskan. Kmdn masukkan kedalam periuk.
  • Tuang santan dan air pandan   secukupnya.
  • Masukkan halba, lada hitam, dan halia.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa
  • Tekan butang periuk nasi, biarkan sampai nasi masak.
  • Hidang nasi bersama-sama sambal dan bahan pelengkap

Sambal Sotong
By Shikin
300gm sotong
20 tangkai cili kering
2 biji bawang besar (Sebiji dikisar dengan cili kering. Sebiji lagi dihiris)
Air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis


Cara-cara
  • Sotong dicuci bersih. Gaul sebati dengan bahan-bahan lain. Perap lebih kurang 1/2 jam.
  • Panaskan minyak. Tumis bawang besar sampai layu.
  • Kemudian masukkan sotong yang diperap tadi. Masak dengan api perlahan.
  • Rasa masam, manis dan masin secukupnya.
  • Kalau sambal pekat sangat boleh tuang sedikit air. 
  • Biarkan sambal mendidih dan pecah minyak.
  • Padamkan api. Sedia dimakan dengan nasi lemak.


Bahan Pelengkap
Telur rebus / telur goreng 
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng
Timun

Selasa, 23 Julai 2013

Buah Melaka


Buah Melaka
By Shikin

Bahan-Bahan
2 cawan tepung pulut
Air
Daun Pandan (kisar dengan sedikit air untuk mendapatkan patinya)
Kelapa Parut
Gula Melaka - potong kecil2
Secubit garam 
Pewarna hijau (letak kalau nak warna kuih lebih terang)


Cara-Cara

  1. Masukkan tepung pulut dalam besen. Tuang pati pandan sedikit demi sedikit. Sambil2 tu gaul tepung agar sebati dengan pati pandan tadi. Pastikan menjadi doh yang sedang2 eloklah. Tak terlalu keras @ terlalu lembik.
  2. Cubit sedikit doh tepung dan leperkan atas tapak tangan. 
  3. Ambik seketul gula melaka, letak atas doh tadi.
  4. Kmdn gentel sampai menjadi bulat.
  5. Masukkan dalam periuk yang berisi air mendidih.
  6. Apabila buah melaka timbul dipermukaan periuk, angkat dengan penapis.
  7. Golekkan atas kelapa parut yang telah digaul dengan secubit garam.
  8. Buah melaka sudah sedia untuk dihidang.

Agar-Agar Santan

Agar-Agar Santan
By Shikin

Bahan-Bahan
10gm serbuk agar-agar (saya guna serbuk agar2 perisa pandan)
800ml air
200ml santan pekat (kacau sebati bersama-sama telur)
1biji telur
4-5 helai daun pandan (kisar dengan sedikit air untuk mendapatkan patinya) - boleh ganti dengan pewarna hijau dan perisa pandan
Secubit garam 


Cara-cara
  1. Masak air dan agar-agar sampai mendidih. Masukkan gula. Masukkan juga pati daun pandan.
  2. Kemudian tuangkan campuran santan dan telur. Masukkan garam.
  3. Biar sampai mendidih.
  4. Padamkan api.
  5. Tuang adunan kedalam acuan/loyang.
  6. Dinginkan dalam peti sejuk sebelum dinikmati.

Kue Teow Kerang Telur Dibasuh

Tgkla tajuk entry tu...hehehe

Bukannya apa, pernah sekali masa keluar ke pekan tekak rasa teringin sangat nak makan char kue teow. Saya ajak En.Tahiri singgah kat satu gerai. Kebetulan masa lalu depan gerai nampaklah sebakul telur disusun atas kaunter. Saya terpandang tompok2 t**k ayam kat telur tu...

Terus saya tarik tgn En.Tahiri menjauhi gerai tersebut. Dah jauh sikit barulah saya bagitau kenapa tak jadi makan kat situ.

Hmmm...tu lah. Kalau nak makan digerai/kedai mmg kena perati betul2. Kadang2 aspek kebersihan tak begitu dititik beratkan. 

Sbb tu lebih baik masak sendiri kat rumah. Dan tentulah kebersihan kita jaga. Yang pasti telur2 tu dibasuh dulu sebelum digunakan. 

Kat rumah insyaAllah konsep "Halalan Thoyyiban" tu sentiasa kita amalkan.

Lagipun masakan air tangan isteri/ibu ni penambat selera suami & anak-anak. Biarpun tak setara mana, tapi tetap mendapat tempat dihati mereka.


Kue Teow Kerang
By Shikin

Bahan-Bahan
1 bungkus kue teow
150gm isi kerang
Taugeh
Kuchai
2 biji telur
4 ulas bawang putih
4 sdb cili kisar
1 sdb sos cili
1 sdb sos tomato
1 sdb sos tiram
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sampai kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata. Letak garam dan gula secukup rasa.
  3. Kemudian masukkan isi kerang. Masak sampai bahan2 tumisan pecah minyak.
  4. Pecahkan telur. Kacau sekejap.
  5. Masukkan kue teow. Goreng sehingga kue teow berpalut dengan bahan2 tumisan tadi.
  6. Masukkan taugeh dan kuchai secukupnya. Gaul sebati.
  7. Padamkan api.
  8. Bolehlah dihidangkan bersama2 cili jeruk @ cili kicap.




Isnin, 22 Julai 2013

Kue Teow Goreng, Buah Melaka Dan Agar-Agar Santan

Iftar 12

Macam banyakla pulak hidangan hari ni ekk... 

Tp bila tengok betul2, takdelah banyak mana pun. Semuanya serba sepiring.

Ekceli hari ni saya ajak mak,abah dan adik saya berbuka dirumah. Oooo...ada tamu yerrr...Tu yang jadi bermata-mata tu... Semuanya yang ringkas-ringkas saja.

Itupun rasa dah nak bersilat bagai dah. Hehehe...

Alhamdulillah, sempat juga menyediakan juadah tak seberapa ni untuk santapan tetamu yang hadir...


Untuk menu berbuka hari ni saya sediakan kue teow goreng, buah melaka dan agar-agar santan. 

Letak gambar dulu yerr... Resepinya nanti-nanti...

Puding Milo Lapis Oreo Dan Mee Goreng

Iftar 11


Pelengkap juadah berbuka.

PUDING MILO LAPIS OREO
Oleh:Suriani Osman
cc : www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-Bahan
10gram serbuk agar2
750ml air
150g gula
1 tin susu cair (400ml)
3/4cawan milo
satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2




Cara-cara

  • Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih. 
  • Bahagikan 2 bhgn dan 1 bhgn dicampurkan milo dan kacau hingga sebati. 
  • Bahagikan 1 bhgn milo kpd 2 bhgn. Masukkan 1 bhgn milo ke dlm acuan. 
  • Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. 
  • Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. 
  • Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. 
  • Potong dan Hidangkan.



Menu utama berbuka hari ni mee goreng biasa-biasa. Resepi boleh tgk kat sini.

Kari Udang

Menu sahur 11.

Masa beli udang ni, kata penjualnya spesis udang galah. Tapi tengok saiznya, alaa...cinnonet jerr.. 

Saya ambil jugak lah dlm 20 ekor mcm tu. Dalam hati duk berkira2 nak buat gulai/kari. 


Kari Udang
By Shikin

Bahan-Bahan
350gm udang (sederhana besar)
2 ulas bawang putih ~ dimayang
3 ulas bawang merah ~ dimayang
1 bungkus serbuk kari ~ bancuh dengan sedikit air (jadikan paste)
2 pelepah daun kari ~ lurut drpd tangkai
santan (rm1.00)
1 batang karot - potong menyerong
1-2 keping asam gelugur
1 biji tomato masak - belah 4
Garam secukup rasa
Air
Sedikit minyak untuk menumis


Cara-cara :
  • Bersihkan udang (saya potong sedikit dibahagian muncung dan ekornya). Bilas dan toskan. letak tepi kejap.
  • Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga kekuningan.
  • Masukkan paste kari. Tumis sampai garing dan pecah minyak.
  • Masukkan santan. Kalau santan pekat, bolehlah tambah dengan air secukupnya. Terpulanglah nak kuah pekat atau cair. Masukkan asam gelugur.
  • Bila kuah dah mendidih masukkan udang dan karot.
  • Masukkan juga garam. Rasa masin secukupnya.
  • Masukkan tomato, biar sebentar. 
  • Padamkan api. Bolehlah dihidangkan.

Bila dah masak saiznya lagilah comel. Mengerekot isi udang tu, nampak kepala ja yang besar... :)

Nasi Goreng Nenas

Iftar 10

Nasi goreng untuk juadah berbuka. Mudah, ringkas dan cepat dimasak. 

Kalau dah pukul 5.30 baru sampai kat rumah mmg kena fikir menu yang ala kadar jer...

Sambil tu saya sediakan juga bandung soda sebagai pembasah tekak.


Nasi Goreng Nenas
By Shikin

Bahan-Bahan
4 cawan nasi 
2 tangkai cili merah*
4-5 tangkai cili padi*
2 ulas bawang merah*
Belacan*
Segenggam ikan bilis* (bhn * tumbuk @ blend kasar)
2 biji telur
Nenas - hiris @ dadu
Sawi
Minyak masak

Cara-Cara

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tumbuk dan nenas. Biarkan sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  2. Pecahkan telur. Kacau sekejap.
  3. Masukkan nasi. Gaul sebati. Kmdn masukkan sawi. 
  4. Teruskan menggoreng sehingga nasi dan sayur masak sekata.
  5. Padamkan api.
  6. Hidangkan bersama-sama telur goreng, timun dan ikan keropok (bhn2 yg sesuai)

Bandung Soda
By Shikin

Bahan-Bahan
Sirap
Air Soda
Susu Pekat
Ketulan Ais
(kuantiti bhn ikut kesesuaian)

Cara-Cara
  • Campurkan semua bahan. Masukkan kedalam bekas bertutup.
  • Goncangkan bekas supaya semuanya bercampur sebati.
  • Tuangkan dalam gelas.
  • Letakkan ketulan ais secukupnya.
  • Sedia untuk dinikmati.

Jumaat, 19 Julai 2013

Siakap Sweet Sour

Menu sahur 10



Ikan siakap ni saya goreng garing2 dan tuangkan sos sweet sour kat atasnya. Syok juga pagi2 buta ratah-ratah ikan. 

Biarpun simple ajer, yang pasti, 2 ekor ikan ni habis sekali hadap jerr...

Siakap Sweet Sour
By Shikin

Bahan-Bahan
Ikan
Ikan siakap - 2 ekor, saiz sederhana
Tepung Ubi
Garam 
Lada Sulah
  • Siang ikan dan cuci bersih2.
  • Gaulkan ikan dengan garam, lada sulah dan tepung ubi.
  • Panaskan minyak. Goreng ikan sampai masak (saya goreng sampai garing). 
  • Angkat dan ketepikan

Sos sweet sour
4 sdb cili kisar
2 sdb sos cili
2 ulas bawang putih - chop
1 biji bawang besar - dadu
1/4 biji nenas - dadu
1 btg karot - dadu
1/2 btg timun - dadu
cili merah - hiris
garam dan gula
-bahan2 ni boleh ditambah @ dikurangkan ikut selera masing2. 
  • panaskan minyak. Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan bawang besar. 
  • Apabila bawang dah layu, masukkan cili kisar. Masak sampai cili garing.
  • Kemudian masukkan pula sos cili (boleh juga masukkan sos tiram dan sos tomato kalau suka. kali ni saya tak letak pun)
  • Kalau bahan tumisan terlalu pekat, masukkan sedikit air
  • Masukkan pula nenas, karot, timun dan cili merah.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  • Padamkan api. Sos sweet sour bolehlah dicurahkan keatas ikan yang telah digoreng tadi.
  • Nikmati segera untuk mendapatkan rasa rangup ikan yang digoreng garing tadi. kalau dibiarkan lama, kuah akan meresap kedalam ikan. So...takde lah kruk..kruk bunyinya.

Dadih ready made Happy Grass

Iftar 9.



Kali ni buat dadih ready made guna jenama Happy Grass.

Senang jer kejenya, ikut metod yg disediakan dibahagian belakang bungkusan dadih tu.



Masakkan 3 liter air, 1 tin susu cair dan secawan gula sampai mendidih.

Tuangkan bahan-bahan dalam bungkusan dadih readymade tu.

Kacau lebih kurang 5 minit.

Padamkan api. Tuang dadih dalam bekas kecil.

Dinginkan dalam peti aissebelum dinikmati.




Bawal Goreng Bercili

Menu sahur 9


Masak simple jer pg ni. 

Adalah anak2 bawal putih 7,8 ekor dalam peti ais tu. Saya cuma goreng garing-garing dan curahkan dengan sambal atasnya. 

Gu dengan telur dadar goreng... 

Cukuplah tu sebagai alas perut untuk menruskan ibadah puasa...

Khamis, 18 Julai 2013

Dapur, Boleh Jadi Jalan Ke Syurga Untuk Wanita

Santapan rohani...

Nak share satu artikel yg saya dapat drpd inbox email pagi ni. Selamat membaca! 


Pinjam dapur Mr. Google japp...
Salah satu pesan orang tua kepada anak perempuannya adalah “Cinta suami bermula dari perut”.

Ketelitian seorang wanita dalam memberikan hidangan yang memanjakan lidah suaminya, memang tidak hanya berhasil memikat kasih sayang dan perhatiannya, namun juga terbukti berjaya menghidangkan kebahagiaan untuk rumah tangga mereka.

Suami mana yang tidak akan senang melihat isteri yang begitu serius melayaninya, serta mengambil berat soal makan minumnya. Bagi suami yang bijak menghargai, perkara ini membuatkan kekurangan wanita yang menjadi isterinya seolah – olah tertutup oleh perbuatannya yang menjaga cita rasa lidah suami. Dan tentunya untuk si isteri, kebahagiaan sudah pasti diperolehinya kerana redha suami memang menjadi tujuan dari perjuangan seorang wanita muslimah.

Maka, betapa ruginya jika masih ada beberapa orang yang berfikir bahawa dapur bukanlah tempat wanita moden dalam `berkarier`. Bahkan ada sebahagian dari mereka dengan ikhlasnya berbahagi pahala dengan pembantu rumah, malah menyerahkan semuanya kepada pembantu. Beribu alasan kesibukan dan ketidakmampuan diberikannya, termasuk alasan bahawa zaman sekarang pekerjaan rumah hanya mengikat perkembangan kreativiti wanita.

Hanya orang- orang yang belum mengerti kedamaian melayani, yang akan berfikiran bahawa pekerjaan dapur hanya merendahkan wanita. Begitulah pendapat kebanyakan mereka – Selalu di dapur, maka masa depan wanita tamat.

Namun hal ini berbeza dengan fikiran wanita yang menjunjung tinggi sebuah keikhlasan. Melayani suami bukan bererti memasrahkan diri menjadi pelayan. Melayani bererti meningkatkan darjat diri, dari yang hanya berfikir tentang diri sendiri, dia tanggalkan ego demi untuk membahagiakan orang lain.

MasyaAllah, ini bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan, tetapi juga tidak mustahil dijalankan. Wanita ajaib bagaimana yang dapat buat seperti ini, kecuali akan menjadi berkat untuk pasangannya. apa – apa pekerjaan rumah yang begitu berat, betapa banyak kesibukan diluar yang menyita waktu mereka, namun seorang wanita solehah akan tetap memfokuskan bahawa keluarga adalah nombor satu, dan kerana memang itulah tanggungjawab untuknya, dari Allah sang maha penguasa.

Fikirannya selalu terfikir untuk menyiapkan apa yang dia boleh hidangkan untuk suami tercinta. Pahala untuknya akan mengalir dengan deras dan tiket untuk masuk ke dalam syurga Allah insyaallah akan digenggaman.

Memang masih banyak cara untuk membahagiakan suami kita selain dengan memasak makanan kesenangannya. Namun, adakah cara yang lebih baik untuk memenuhi selera makan mereka selain dengan memenuhinya dengan tangan kita sendiri. Pastilah sebuah kebanggaan bagi kita dapat merawat suami sebagai sebahagian dari amanah kita yang kita lakukan dengan tangan kita sendiri, dan menjadikan kita peribadi yang dapat dipercayai dalam menjaga amanah.

Maka jangan pernah melecehkan ketentuan Allah, dan jangan menunggu sampai hak itu diambil Allah barulah kita menyedari kekeliruan kita.

Maka sebaiknya kita mulai menumbuhkan rasa malu, saat mengetahui bahawa sang suami cenderung menyukai makanan di luar dan atau buatan orang lain. Manfaatkan waktu sebaik mungkin, kerana sungguhnya Allah menyediakan syurga untuk hambanya yang bersungguh- sungguh dalam belajar.

Siapa pun anda, apa pun kedudukan dan pekerjaan serta kesibukan saat ini, jangan pernah menganggap remeh hasil tangan kasih sayang dari sebuah ruangan kecil yang bernama dapur. kebahagiaan suami, perhatian dan kasih sayangnya dapat anda ikat dari sana. So, mengapa tidak buru- buru memulainya sekarang?

SENYUM: Selamat memburu pahala 

Sumber: akuislam.com

Rabu, 17 Julai 2013

Nasi Ulam dan Ayam Goreng Berempah


Iftar 7

Nasi ulam untuk juadah berbuka hari ni. Resepi cara emak mertua saya. Puas jugak menelefon kakak ipar untuk mendapatkan metod yang betul.

Setelah berguru lebih kurang, saya pun buat seperti yang diberitahu. Tak delah susah mana pun...cuma nak kena pastikan  semua bahan secukup rasa. 

Masa berbuka, En. Tahiri ngan Aiman memang pulun habis. Kiranya tak berbaki nasi ulam saya tu...



Nasi Ulam 

By Shikin

Bahan-Bahan
Nasi 
Ulam-ulaman secukupnya - saya guna daun putat, sekentut dengan enau.
2 batang serai
1 inci lengkuas - agak2lah. Jgn banyak sgt nti rasa pedar.
2 ulas bawang merah
4-5 biji cili padi - kalau dpt cili padi kampung lg best
Kerisik
Garam secukup rasa
Jus limau nipis

Cara-cara
  1. Tumbuk kesemua bahan (jus limau nipis) sampai lumat.
  2. Tuangkan bahan-bahan tumbuk tadi keatas nasi. Perahkan jus limau nipis. 
  3. Gaul sebati kesemua bahan sehingga bergaul mesra.
  4. Sedia dimakan dengan lauk-pauk yang sesuai.

Ayam Goreng Berempah
By Shikin

Bahan-Bahan
1/2 ekor ayam
3 batang serai*
3 helai daun limau purut*
5 ulas bawang merah*
1/sdt serbuk kunyit*
1/2 sdt serbuk lada hitam*
1/2 sdt serbuk ketumbar*
1/2 sdt serbuk jintan manis*
1/2 sdt serbuk jintan putih*
1 sdb serbuk cili* (bahan-bahan * dikisar lumat)
2 sdb tepung beras
Garam secukup rasa

Cara-cara
  1. Gaul  ayam dengan semua bahan. Perap lebih kurang 1/2 - 1jam. 
  2. Panaskan minyak. Goreng ayam sehingga berwana keemasan/masak. Masa menggoreng ayam, boleh juga lurutkan daun kari untuk mendapatkan aroma wangi.
  3. Angkat ayam daripada kuali, toskan minyaknya.
  4. Ayam goreng berempah sedia untuk dimakan.


Selasa, 16 Julai 2013

Daging Congo


Menu sahur 7

Menu favourite kami. 

Resepi warisan keluarga. Bahan-bahan yang simple saja tapi memasak perlu dengan api yang tidak terlalu kuat dan ambil sedikit masa supaya daging tu lembut dan bergaul mesra dengan semua bahan yang ada.


DAGING CONGO
by Shikin@Dari Dapur Ummi

Bahan-bahannya
1 kg daging - dihiris nipis
2 labu bawang besar - dikisar halus
1 labu bawang besar - dihiris
1/2 cawan kicap pekat
1/2 cawan air asam jawa
3/4 cawan pes cili (tambah jika nak pedas)
3 sudu besar gula (boleh ejas ikut kesesuaian)
garam secukupnya (jika perlu)
sedikit minyak untuk menumis


Cara-caranya

  1. Daging diperap bersama kicap, bawang besar yang dikisar, gula dan juga air asam jawa lebih kurang 1/2 jam
  2. Panaskan minyak dalam kuali , tumis bawang besar sampai layu. Tuangkan bahan-bahan perapan. 
  3. Masak dengan api perlahan sehingga air daging tinggal separuh (daging akan mengeluarkan airnya sendiri)
  4. Masukkan cili pes, masak lagi dengan api perlahan sehingga kuahnya agak pekat dan pecah minyak
  5. Rasa garam dan gula
  6. Sedia untuk dihidang

*Daging Congo ni juga sedap dicecah bersama roti, ketupat ataupun lemang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini