Sudi-Sudi Ikut Saya...

Selasa, 27 Ogos 2013

Dadih Sedap Coffeemate

Dadih ni kalau buat selalu pun laku. Letak jer dalam peti ais tu. Nanti adalah 2 makhluk halus ni jalankan kerja depa. Sapa lagi yang rajin selongkar peti ais kalau bukan Deena dan Nuha. Bab cari benda2 yang tersembunyi depa memang terer....


Masih menggunakan resepi dadih yang saya buat sebelum ni. saya letak resepi tu sekali lagi disini.


DADIH SEDAP COFFEEMATE
By Shikin
Sumber : Yatie Memories

Bahan-bahan ( 20 cup kecil )
10gm agar2 serbuk
1 1/2 cawan gula pasir
3 liter air (dlm 12 cwn)
200 gm Coffemate Creamer
1 tin susu sejat/ cair
Perisa jagung, perisa strawberry , perisa pandan dan perisa keladi

CARA-CARA
  • Dalam periuk yg bersih,masak air, agar2 serbuk dan gula sampai mendidih.Kacau rata.
  • Perlahankan api dan masukkan creamer coffeemate dan kacau sampai creamer larut.
  • Tuangkan susu cair dan kacau sebati. Kacau hingga hampir mendidih dan tutup api.
  • Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa yg di kehendaki.
  • Saya bahagikan pada 2 bahagian. Satu bahagian letak perisa perisa strawberry dan satu lagi perisa coklat. Ikut selera masing2lah ya.
  • Kacau cepat2 setiap perisa tu, dan tuang ke dlm bekas. Biarkan sejuk dan bolehlah di masukkan dlm petiais.
  • Siap dan bolehlah di makan... Selamat Mencuba.


Isnin, 26 Ogos 2013

Bihun Goreng...My Style...

Ini antara menu yang paling mudah disediakan untuk tetamu yang datang berkunjung. 


Bihun Goreng
By Shikin

Bahan-Bahan
1 peket bihun - rendam sampai lembut dan toskan
2 biji telur - goreng hancur, ketepikan
3 ulas bwg putih - diketuk/dicincang
1 senduk cili kisar
3 sdb sos cili
2 sdb sos tomato
1 sdb sos tiram
2 sdb kicap
ayam
fishball
sawi 
taugeh
garam gula secukupnya
minyak
air


Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sampai berwarna kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Kacau sampai pecah minyak. 
  3. Masukkan pula ayam dan fishball. Kalau bahan tumis agak kering bolehlah tambah dengan sedikit air.
  4. Masukkan juga garam dan gula secukupnya.
  5. Kemudian masukkan bihun. Gaul sebati.
  6. Taburkan telur yang telah digoreng.
  7. Tabur juga sawi dan taugeh. Teruskan menggoreng sampai taugeh dan sawi masak sekata.
  8. Padamkan api.
  9. Sedia untuk dihidang.

Sabtu, 24 Ogos 2013

Mee Goreng Udang

Suka Aiman bila tengok udang besar2 cam tu dalam pinggan. Feveretla katakan....


Mee Sanggul Udang
By Shikin

Bahan-Bahan
1 bungkus mee 
2 biji telur - goreng hancur
3 ulas bawang putih ~ diketuk
3 sudu besar pes cili*
3 sudu besar sos tomato*
1 sudu besar kicap* (penggunaan bahan-bahan * ni ikut citarasa masing2lah. kalau nak pedas lebihkan cili, nak lebih hitam lebihkan kicap) 
Garam dan gula secukupnya
300gm udang sederhana besar
Air (kalau perlu)
Sawi
Sdikit minyak utk menumis


Cara-cara
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih sampai naik bau.
  • Masukkan cili pes. Kacau sampai garing.
  • Masukkan sos cili dan kicap. Kacau sebati. Masukkan juga gula.
  • Rasa kuahnya, kalau kurang masin bolehlah tambah garam.
  • Apabila kuah dah cukup masak masukkan udang. Gaul sebati.
  • Kalau kuah agak pekat bolehlah tambah air secukupnya.
  • Masukkan mee sanggul. Kacau rata supaya mesra dengan kuah. 
  • Masukkan sawi. Goreng sampai mee cukup masak.
  • Padamkan api.
  • Bolehlah dinikmati...

*kalau suka boleh ditabur dengan hirisan cili merah, daun sup dan daun bawang serta telur rebus
*boleh juga dimakan dengan cili jeruk

Khamis, 22 Ogos 2013

Tembikai Blended

Panas2 cam ni dapat tembikai blended memang best...


Potong tembikai secukupnya (buangla bahagian kulit dan yang berwarna putih tu). 
Buh dalam jug blender.
 Masukkan gula, sedikit air dan ketulan ais secukupnya. 
Blend sampai halus. 
Tuangkan kedalam gelas dan slurrppp... sedapnya....



Kari Kepala Ikan

Request drpd En. Tahiri. Guna ikan nyok-nyok putih kali ni. 


Kari Kepala Ikan
By Shikin

Bahan-Bahan
Kepala ikan - sederhana besar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 tangkai daun kari
1 sdk halba campur
3 sudu besar serbuk cili
2 bgks rempah kari (Campur serbuk cili dan serbuk kari. bancuh dengan air asam jawa, jadikan paste)
Air asam jawa
santan - RM1
Air
Garam
Minyak
Bendi
Tomato


Cara-Cara

  • Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah daun kari dan halba campur sampai naik bau.
  • Masukkan paste rempah kari. Masak sampai garing dan pecah minyak
  • Masukkan santan. Kacau sebati.
  • Apabila mendidih bolehlah masukkan ikan. 
  • Masukkan bendi. Masak seketika.
  • Perasakan dengan garam secukupnya. Rasa juga masamnya. Kalau kurang boleh tambah air asam jawa.
  • Akhir sekali masukkan tomato.
  • Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Rabu, 21 Ogos 2013

Mee Tulang M.Cik Salmah


Nak bg nama apa saya pun tak tau. Nak kata mee bandung, tak la bandung sangat pun. Mee rebus...pun bukan dia. Mee kuah??? Ala...ala...kot. 

Lastly, mee tulanglah. Sebab bahan utama dalam penghasilan mee ni adalah air rebusan tulang. 

Resepi ni saya skodeng drpd sepupu saya, sbb tertarik dengan gambar mee yg dia tayang dalam FB. Bila saya tanya,  resepi yang dia bagi simple betul. Rasa cam senang nak buat. 

Sepupu saya cuma bagitau bahan-bahan yang dimasukkan dalam resepi tu. Banyak mana bahan yang digunakan tak pula diberitahu. agak-agaklah biar secukup rasa.

Asal resepi daripada ibunya (m.cik Salmah), iaitu m.cik saya sendiri. Tu yang jadi nama mee tulang m.cik Salmah tuuu...hehehe Resepi ni pun dah lama saya dapat.

Sempena dengan hari raya baru2 ni baru sempat cuba. Memandangkan En. Tahiri nak jemput 2,3 orang sahabat2nya beraya kat rumah, maka saya sediakan mee ni sebagai juadah hidangan. Boleh juga saya asingkan sikit untuk dibawa ketempat kerja esok hari.


Mee Tulang
By Shikin
Sumber : Nafsiah (My Cousin)

Bahan & Cara

Mee
Mee Kuning 
  • celur dalam air panas. 
  • Angkat, siram dengan air sejuk dan tos. Ketepikan.
Kuah
Tulang (saya guna atr 1kg - 2kg)
Daging (1/2 - 1kg) 
Cili kering (dlm 15 - 20 tangkai)*
Bawang Merah (10 - 15 ulas)*
Bawang Putih (3 - ulas)- *kisar halus 
Tomato sup (1 tin)
Cili Sos (secukupnya)
Sayur - sawi, karot(disagat ), tomato
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya
  • Rebus tulang dan daging. Bila dah cukup empuk keluarkan daging dan tulang. Kikis isi yang ada kat tulang. Manakala daging dihiris nipi.
  • Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar. Biarkan sampai garing dan pecah minyak. Tuangkan tomato sup dan cili sos. Kacau sebati.
  • Masukkan air rebusan daging. Tambah air ikut kadar yang diperlukan. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya. 
  • Masukkan sawi, karot dan tomato serta air bancuhan tepung jagung.
  • Biar sampai mendidih. Tuangkan kuah keatas mee yang telah diletakkan dalam pinggan.
  • Hiaskan dengan bahan2 tabur.
  • Sedia unutk dinikmati.
Bahan Hiasan

Fishcake - celur & hiris nipis
Fishball - celur & hiris nipis
Tauhu - goreng dan dihiris nipis
Telur rebus
Cili merah - hiris nipis
Daun sup & daun bawang 
Bawang goreng
Limau nipis




Selasa, 20 Ogos 2013

Cornflake Coklat

Satu lagi biskut raya yang sempat dibuat. 

Guna cara saya. Sangat ringkas dan mudah, tapi menjadi kegemaran anak-anak. Raya pertama dah selamat sebalang. 

Mmg tak sempat berposing bagai untuk dimasukkan dalam blog ni. Cuma ada gambar dalam tray pembakar saja...


Cornflake Coklat
By Shikin

Bahan-Bahan
1 kotak cornflake (kotak besar-saya guna jenama nestle)
100gm badam potong - optional, tak letak pun x pa. kalo ltk lg sedap. kalo nak banyak boleh tambah lagi.
Coklat milk compound secukupnya - saya guna jenis coin dari jenama Beryl's. Blh jg campur dengan dark coklat sikit.

Cara-Cara

  • Bakar cornflakes dan badam dalam ketuhar selama 5-10 minit. Sejukkan sekejap.
  • Cairkan coklat secara double boiler.
  • Masukkan coklat dan badam ke dalam mangkuk coklat. Gaul sebati.
  • Sudukan kedalam kertas cupcake. Taburkan manik gula hiasan secukupnya.
  • Sejukkan dalam peti ais (pastikan coklat betul2 keras)
  • Simpan dalam bekas yang sesuai.

Isnin, 19 Ogos 2013

Samperit Senang Giler...

1st time tengok resepi samperit ni saya terus save dalam folder draft. Memang berhajat nak buat sbb nampak gaya macam senang sangat2. Bahan2 dia pun simple...

So, raya baru2 ni tercapailah hasrat tu. Memang simple dan senang giler...tapi puaih la jugak menekan acuan samperit tu. Agaknya adunan terkeras sikit kot...

Resepi saya ambil daripada blog Anyambakul, tp saya tambah pewarna hijau sikit dan tabur gula berwarna. Kunun nak buat samperit pandan tp tak letak pun perasa pandan. 


Samperit Senang Giler
By Shikin

Bahan2 = 

1 ketul buttercup + susu pekat manis setengah tin + tepung jagung sebungkus (500g) (saya tambah pewarna hijau + dan gula hiasan warna-warni)

Cara2 = 

Pukul butter & susu pekat (if xde mixer gune je senduk kayu) then bila dh sebati, msukkan tepung sedikit demi sedikit, uli rata paling syok gune tgn sbb senang nak uli smpai jadi doh, agak2 dah cantik doh tu, xperlu abiskan semua stok tepung tu, terap, bakar dgn api 170c 10-15minit saje ikot oven masing2.



Biskut Sarang Semut

Update entry laju-laju...banyak post yang tertunggak ni hehehe...

Saja pilih biskut sarang semut untuk raya tahun ni sebab terkenangkan nostalgia lama memarut biskut zaman anak dara dulu. Masterchefnya, emak saya la... 

Tapi sekarang mak dah tak buat kuih2 raya ni. Tggu anak2 bawak balik 3,4 balang sorang. Anak ada 10 orang, berderet2lah kuih raya atas meja mak saya....

Resepi biskut ni saya ambik daripada blog Galeri Duniaku.


BISKUT SARANG SEMUT
By Shikin

BAHAN-BAHAN
250 gm butter atau marjerin
100gm gula halus
350 gm tepung gandum ...}
100 gm tepung jagung;...}di ayak
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla

HIASAN
sedikit coklat rice
paper cup kecil secukupnya


CARA- CARA
1. Pukul kembang butter dengan gula
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata
3. Masukkan tepung dan gaul rata
4. Parutkan adunan ke dalam mangkuk kecil dan sudukan ke dalam paper cup
5. Taburkan coklat rice
6. Bakar dalam oven dengan suhu 180'C sampai masak (anggaran 15 minit )
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Tips: untuk dapatkan biskut sarang semut yang sedap boleh ikut tips di bawah:

         1. Kurangkan tepung gandum kepada 300 gm
         2. tambah 50 gm susu tepung

NOTA: BAKAR IKUT SUHU OVEN MASING -MASING YA .. MACAM WANI BISKUT NI WANI BAKAR DENGAN SUHU 130'C DALAM MASA 20 MINIT .. OVEN WANI JENIS TERLALU PANAS SEBAB ITU LAH SUHU TU RENDAH. ELOK TAHU PERANGAI OVEN MASING-MASING   

Jumaat, 16 Ogos 2013

Biskut Raya 2013

Salam Aidilfitri 1434H. 

Rasa lama tak update blog...sibuk sgt kot ngan urusan sambutan Aidilfitri baru2 ni.

Dalam sibuk2 tu sempatlah juga saya buat beberapa jenis biskut. Itupun buat yang paling mudah. Dalam 3 jenis biskut macam tu. 

Biskut-biskut yang menjadi pilihan adalah :

Biskut Sarang Semut



Biskut Samperit



Cornflake Coklat


Tgk gambar biskut tu, pakai posing dalam talam aja. Tak sempat dah nak dressing cantik2. Baki biskut pun dah tak banyak mana. Yang pastinya cornflake coklat dah selamat masuk dalam perut...hehehe.

Semuanya biskut2 oldies, sengaja nak mengembalikan nostalgia zaman silam.

Tayang gambar dulu...lepas2 ni saya masuk resepinya pulak.


Jumaat, 2 Ogos 2013

Roti Lapis Daging Berkeju


Roti Lapis Daging Berkeju
By Shikin

Bahan2:
Utk Inti:
300gm daging cincang @ 4 kpg dading burger (dihancurkan) kalau nak daging lebih blh tmbh lg..
2 ulas bwg putih
1 biji bwg besar
1/2 paket perencah daging black paper maggi
sedikit air
garam n gula
minyak

12kpg roti
3biji telur
200ml susu fresh
8kpg slice cheese
cheddar diparut
*sayur2 ikut suka


Cara2:
utk inti

  • Pnskan minyak, tumis bwg putih mskkan bwg besar n daging... grg hingga daging empuk.
  • kemudian masukkan perencah black paper dgn sedikit air... masak sehingga daging msk n kering.
  • ketepikan n biar sejuk.

Untuk Roti lapis

  • Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter or mentega
  • bancuhkan telur dgn susu sehingga sebati
  • celup roti kedalam bancuhan susu td dan susun dlm bekas. buat sehingga penuh bekas utk tingkat yg pertama.
  • tuang kan separuh dr inti tadi keatas roti n ratakan. kemudian susun slice cheese keatas daging.
  • tutup dgn lapisan roti yg dicelup seperti lgkh pertama td...
  • Ulang proses yg sm... Lastly tabur chesdar parut kat lapisan atas sekali..
  • jika ada lebihan telur just siram diatas roti supaya x membazir...
  • bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada sushu 180c lebih kurang 35-40 mnt( sehingga masak)
  • kuarkan dari oven sedia utk dihidang..

Selamat Mencuba.. ;)

Kuih Sagu

Kuih kegemaran En.Tahiri


Kuih Sagu
Bahan-bahannya:
1 cawan sagu biji (170g)
setengah cawan gula pasir (100g)
sedikit pewarna/perasa
sedikit kelapa parut muda (putih sahaja)
sedikit garam halus


Cara membuatnya:
1- Rendam sagu dalam air bersih selama 2 jam di dalam bekas.
2- Toskan airnya dengan penapis (tak perlu sampai kering airnya).
3- Masukkan gula dan pewarna. Kacau perlahan-lahan sehingga rata.
4- Masukkan campuran sagu tadi ke dalam acuan kecil (yang telah disapukan minyak).
5- Kukus selama 10-15 minit. Setelah masak angkat dan segera tuangkan lebihan air di atas kuih sekiranya ada.
6- Setelah sejuk keluarkan dari acuan dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan garam, sebelum dihidangkan.

Khamis, 1 Ogos 2013

Kari Ikan Bawal


Kari Ikan Bawal
By Shikin

Bahan-Bahan
1 ekor ikan bawal - sederhana besar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 tangkai daun kari
1 sdk halba campur
1 bgks rempah kari (bancuh dengan air asam jawa, jadikan paste)
Air asam jawa
santan - RM1
Air
Garam
Minyak

Cara-Cara

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah daun kari dan halba campur sampai naik bau.
  2. Masukkan paste rempah kari. Masak sampai garing dan pecah minyak
  3. Masukkan santan. Kacau sebati.
  4. Apabila mendidih bolehlah masukkan ikan dan kacang panjang. Masak seketika.
  5. Perasakan dengan garam secukupnya. Rasa juga masamnya. Kalau kurang boleh tambah air asam jawa.
  6. Akhir sekali masukkan tomato.
  7. Padamkan api. Sedia untuk dihidang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini