Sudi-Sudi Ikut Saya...

Rabu, 8 Januari 2014

Cucur Ikan

Kalau banyak stok ikan dalam peti ais, cuba buat macam ni. 


Cucur Ikan
By Shikin 
Inspired by Ta

Bahan-bahan
4-5 ekor ikan kembung (temenung)
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 sudu cili kisar
1/2 ulas bawang besar
1 batang cili hidup
Air suam secukupnya 
Garam secukup rasa




Cara-cara membuatnya
  1. Ikan direbus sehingga masak. Asingkan isi dengan tulang. Ketepikan.
  2. Masukkan tepung di dalam mangkuk. Tuangkan air suam secukupnya. Kacau sebati.
  3. Pecahkan telur. Kacau lagi.
  4. Masukkan bahan-bahan lain seperti isi ikan, cili kisar, bawang dan cili merah. Pastikan bahan-bahan sebati dengan adunan tepung.
  5. Perisakan dengan garam dan gula.
  6. Goreng dalam minyak yang banyak. Apabila masak, angkat dan toskan minyak.
  7. Hidangkan bersama sos yang sesuai.
*kalau suka boleh masukkan daun sup dan daun bawang yang dihiris ke dalam adunan tepung.

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. CK...sedap...macam cucur ikan bilis gak...cuma yg ni ganti ngan isi ikan..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini