Kari Kepala Jenahak

 Feberet En. Tahiri... 

Always teratas dalam senarai ikan yang menjadi pilihan untuk dimasak kari. 

Setakat ni belum tergugat kedudukannya dengan kehadiran ikan-ikan lain...hehehe



Kari Kepala Ikan
By Shikin

Bahan-Bahan
Kepala ikan - sederhana besar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 tangkai daun kari
1 sdk halba campur
3 sudu besar serbuk cili
2 bgks rempah kari (Campur serbuk cili dan serbuk kari. bancuh dengan air asam jawa, jadikan paste)
Air asam jawa
santan - RM1
Air
Garam
Minyak
Bendi
Tomato

Cara-Cara

Panaskan minyak. 

Tumis bawang putih, bawang merah daun kari dan halba campur sampai naik bau.

Masukkan paste rempah kari. Masak sampai garing dan pecah minyak
Masukkan santan. Kacau sebati.

Apabila mendidih bolehlah masukkan ikan. 

Masukkan karot. Masak seketika.

Perasakan dengan garam secukupnya. Rasa juga masamnya. Kalau kurang boleh tambah air asam jawa.

Akhir sekali masukkan tomato.

Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Suci Dalam Debu