Sudi-Sudi Ikut Saya...

Khamis, 16 Januari 2014

Lepat Pisang My Style


Balik keje kelmarin, En. Tahiri duk hint2 pasal 2 sikat pisang awak yg masak ranum didapur. Ada la tu nak suruh buat apa-apa...

Ikutkan saya nak buat lengat pisang...cepat sikit keje. Tapi En. Tahiri request lepat pisang pulak. Lama tak buat katanya...

Maka lepas maghrib bermula aktiviti lepat melepat. 

Tak der sukatan bagai...main taram ikut sedap rasa aje...


Bahan2 yang saya gunakan adalah  2 sikat pisang awak (lecek @ kalau rajin blend), santan RM2, 3/4 cawan sagu (rendam dlm air lebih kurang 1/2 jam), tepung beras (ada kot dalam 1/2 - 3/4 cawan)  agak2 la adunan jgn terlalu keras @ lembik, gula dan sedikit garam.

Mula-mula bancuh adunan dulu. Nak bancuh senang jer...campur semua bahan dan gaul sebati. Biar semua secukup rasa.

Lepas siap adunan dibancuh pegi ke acara membungkus lepat pulak. 

Nak bungkus lepat kena la ada daun pisang. Layur dulu daun pisang tu. Kemudian potonglah ikut saiz yang dikehendaki. Jgn terlalu besar @ kecil. Yang pasti yang sedang2 saja.

Ambik sehelai daun pisang, letakkan adunan lepat tadi. Kemudian bungkuslah macam lepat pisang yang selalu kita beli tu.

Saya ni mmg tahap amatur habis dalam bab ni. Jarang-jarang buat. Last-last hentam ajelah, asal jadi sudah. Hasilnya... bersememeh...hihihi...

Lepas siap bungkus semua masukkan dalam periuk kukus, dan kukus dalam 20 minit macam tu @ sampai masak...

Dah siap masak boleh la di makan...pagi petang siang malam...tak kisah. Setiap masa lepat pisang sedap dimakan...hehehe


3 ulasan:

  1. baru ari isnin aritu BS bagi lepat pisang dia buat..sedap..

    BalasPadam
  2. Lepat pisang memang sedap...cuma nak buat tu berchenta ja rasanya...hihihi

    BalasPadam
  3. saya suka sangat lepat pisang, tapi jarang2 buat sebab susah nak dapat pisang yang sesuai. teringat zaman sekolah dulu belajar buat lepat... *_*

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini