Sudi-Sudi Ikut Saya...

Isnin, 20 Januari 2014

Mee Kuah


Mee Kuah
By Shikin

Bahan & Cara

Mee
Mee Kuning


Celur dalam air panas. 
Angkat, siram dengan air sejuk dan tos. Ketepikan.

Kuah
Sotong 
Cili kering (dlm 15 - 20 tangkai)*
Bawang Merah (10 - 15 ulas)*
Bawang Putih (3 - ulas)- *kisar halus 
Tomato sup (1 tin)
Cili Sos (secukupnya)
Fishcakes hiris nipis
Sayur - sawi, karot(disagat ), tomato
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya




Rebus sotong sampai masak. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar. Biarkan sampai garing dan pecah minyak. Tuangkan tomato sup dan cili sos. Kacau sebati.
Masukkan sotong yang telah direbus tadi. Tambah air ikut kadar yang diperlukan. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masukkan fishcake. 
Masukkan sawi, karot dan tomato serta air bancuhan tepung jagung.
Biar sampai mendidih. Tuangkan kuah keatas mee yang telah diletakkan dalam pinggan.
Hiaskan dengan bahan2 tabur.
Sedia untuk dinikmati.



Bahan Hiasan

Tauhu - goreng dan dihiris nipis
Taugeh - dicelur
Telur rebus
Cili merah - hiris nipis
Daun sup & daun bawang 
Bawang goreng
Limau nipis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini