Sudi-Sudi Ikut Saya...

Rabu, 12 Februari 2014

Paprik Udang

Masak simple-simple...



Paprik Udang
By Shikin

Bahan-bahan
Udang
2 ulas bawang merah - mayang halus
1 ulas bawang putih - mayang halus
1 biji bawang besar - potong bulat
1 inci halia - hiris memanjang
3-4 tangkai cili padi - ketuk2 @ potong meyerong
2 batang kacang panjang - potong 11/2 inci
1/2 batang karot - hiris memanjang
baby corn - potong serong
3 susu besar sos cili 
1 sudu besar sos tomato 
1 susu besar sos tiram
3 helai daun limau purut
Minyak masak
Garam dan gula secukupnya
Air (jika perlu)

Cara

  • Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
  • Masukkan kesemua jenis sos. Kacau seketika.
  • Masukkan udang.
  • Masukkan juga kesemua sayuran. Kacau lagi. 
  • Kalau agak kering boleh tambah sedikit air.
  • Kemudian masukkan bawang besar, hirisan cili padi serta daun limau purut. kacau lagi.
  • Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.
  • Padamkan api.
  • Sedia untuk dihidangkan.


2 ulasan:

  1. salam..

    alahai sedapnya tengok paprik udang tu..lapar perut ni pula tengok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap makan ngan nasi panas-panas ni...:-)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini