Sudi-Sudi Ikut Saya...

Rabu, 16 Julai 2014

Cucuq Ikan

Rare sekali sekala...goreng cucuq ikan utk berbuka puasa... lapaq-lapaq semuanya rasa sedap. 

Makan cucuq panas-panas sambil cicah sos cili...fuhhh...

Abaikan warna cucur yang berbeza tu...masalah teknikal ajerrr...hihi

Cucur Ikan
By Shikin 
Inspired by Ta

Bahan-bahan
4-5 ekor ikan kembung (temenung)
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 sudu cili kisar
1/2 ulas bawang besar
1 batang cili hidup
Air suam secukupnya 
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya

  • Ikan direbus sehingga masak. Asingkan isi dengan tulang. Ketepikan.
  • Masukkan tepung di dalam mangkuk. Tuangkan air suam secukupnya. Kacau sebati.
  • Pecahkan telur. Kacau lagi.
  • Masukkan bahan-bahan lain seperti isi ikan, cili kisar, bawang dan cili merah. Pastikan bahan-bahan sebati dengan adunan tepung.
  • Perisakan dengan garam dan gula.
  • Goreng dalam minyak yang banyak. Apabila masak, angkat dan toskan minyak.
  • Hidangkan bersama sos yang sesuai.
*kalau suka boleh masukkan daun sup dan daun bawang yang dihiris ke dalam adunan tepung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini