Sudi-Sudi Ikut Saya...

Isnin, 7 Julai 2014

Nasi Goreng Puyuh


Selalu makan nasi goreng puyuh ni kat gerai Iwan Char Kue Teow depan Yawata. 
Kali ni try buat sendiri kat rumah. Resepi sendiri saja. Very simple...

Aiman kata..."sedap Ummi"...

En. Tahiri pulak komen..."kalah Yawata ni"... hahaha... Iyolah tu...

Jom tengok bahan-bahan yang digunakan dan cara membuatnya...


Nasi Goreng Puyuh
By Shikin

Nasi

Bahan

4 cawan nasi sejuk
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji telur
sebuk lada hitam
garam
minyak

Cara

Mula2 panaskan minyak.  Bila minyak dah cukup panas tumis bawang putih & bawang merah. Kacaulah bawang tu  sampai kekuningan.

Kemudian pecahkan telur. Gaul rata &cepat2, kalau boleh telur tu jgn masak sangat terus masukkan nasi sejuk. Goreng nasi sekejap.

Kemudian taburkan dengan garam dan serbuk lada hitam secukupnya.
Teruskan menggoreng nasi sampai masak.

Last sekali titikkan perwarna kuning telur. Kaup balikkan nasi supaya warna tu berserak rata.

Padamkan api. Bolehlah hidang nasi goreng ni dengan puyuh goreng, sayur dan keropok.


Sayur Goreng Simple

Bahan

Kacang buncis
Karot
Bawang Holland
Garam/gula
Minyak (semua bahan yang digunakan ikut keperluan masing)

Cara

Panaskan minyak terlebih dahulu. Kemudian tumis bawang holland. Biarkan sampai layu.

Masukkan kacang buncis dan karot. Perasakan dengan garam/gula secukupnya secukupnya.

Teruskan menggoreng sehingga sayur masak sepenuhnya.

Padamkan api. Hidangkan bersama2 nasi goreng tadi.


Puyuh Goreng

Bahan

Puyuh - potong kecil kemudian basuh bersih2 dan toskan.
Serbuk kunyit
Serbuk kari daging
Tepung beras - 1@2 sudu besar
Garam
Minyak

Cara

Gaul puyuh dengan serbuk kunyit, serbuk kari daging dan garam. Perap sekejap.

Sebelum goreng puyuh taburkan tepung beras, gaul rata

Panaskan minyak. Kemudian goreng puyuh (deep fryer) sampai masak dan garing.

Angkat dan toskan minyak.

Hidangkan dengan nasi goreng dan sayur.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini