Sudi-Sudi Ikut Saya...

Isnin, 21 Julai 2014

Nasi Ulam Lagi...:-)



Kali ni ulam-ulamannya En. Tahiri ambil drpd kebun kat kampung. Saya lebih suka nasi ulam yang macam ni daripada versi yang racik2 sebelum ni.

Anak-anak pun suka makan sbb x de rasa daun sangat. Sekali pandang dah macam nasi goreng.


Nasi Ulam 
By Shikin

Bahan-Bahan
Nasi 
Ulam-ulaman secukupnya - saya guna daun putat, sekentut dengan enau.
2 batang serai
1 inci lengkuas - agak2lah. Jgn banyak sgt nti rasa pedar.
2 ulas bawang merah
4-5 biji cili padi - kalau dpt cili padi kampung lg best
Kerisik
Garam secukup rasa
Jus limau nipis

Cara-cara
Tumbuk kesemua bahan (jus limau nipis) sampai lumat.
Tuangkan bahan-bahan tumbuk tadi keatas nasi. Perahkan jus limau nipis. 
Gaul sebati kesemua bahan sehingga bergaul mesra.
Sedia dimakan dengan lauk-pauk yang sesuai.

Pelengkap hidangan...

Puyuh Goreng


Jantung pisang goreng dengan udang


Telur masin, timun dan limau nipis.


Keropok ikan.


2 ulasan:

  1. makk aiii...dasyat menu. kelakar la nama daun tu. apapun bagus utk kesihatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nama bunyi mcm kelakar kan...tp bila dah gaul ngan nasi dia punya rasa...perghhh...mak mentua lalu pun x perasan...

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini