Sudi-Sudi Ikut Saya...

Jumaat, 4 Julai 2014

Permata sagu gula melaka.

Hari kelima berpuasa, saya sempat sediakan dessert untuk berbuka. Kali ni Permata Sagu Gula Melaka menjadi pilihan. Lagipun bahan-bahannya nak buat sagu ni memang dah ada kat rumah. 

Saya pernah buat sagu gula melaka  sekali , tapi kali ni guna resepi lain.


Permata Sagu Gula Melaka
By Shikin
Sumber : Raihannavanilla.blogspot

Bahan2 membuatnya:

SAGU MERAH:
1 cawan sagu
3 cawan air
1/2 cawan gula pasir
5 titik sirap ros

SAGU HIJAU:
1 cawan sagu
3 cawan air
1/2 cawan gula pasir
sedikit pewarna hijau
setitik perisa pandan/pes pandan

SANTAN LEMAK MANIS:
3 cawan santan (leh guna dalam kotak juga)
sedikit garam
sedikit daun pandan

SIRAP GULA MELAKA:
2 ketul gula melaka
1 cawan air
sedikit daun pandan

Cara2 membuatnya:



SAGU MERAH:
1. Masak sagu bersama2 air hingga mendidih..
2. Bubuh sedikit sirap dan kacau.
3. Kacau hingga sagu kembang dan hilang semua putih2nya.... (sagu menjadi jernih.... proses ini memang mengambil sedikit masa...Setengah jam pun rasanya boleh sampai... so bersabar tau!!! ) Masukkan gula hanya bila semua sagu tingal sket2 putihnya (kalau korang masukkan gula awal2 pe yang rai perasan... nanti sagu tu lambat nak jadi jernih)...Kacau sebati.Jika sagu masih belum kembang dan air nya telah kering, tambahkan air sedikit demi sedikit... jangan tambah air sekali banyak...

SAGU HIJAU:
1. Masak sagu bersama2 air hingga mendidih..
2. Titikkan sedikit pewarna hijau, perisa pandan dan kacau.
3. Kacau hingga sagu kembang dan hilang semua putih2nya.... (sagu menjadi jernih.... proses ini memang mengambil sedikit masa...Setengah jam pun rasanya boleh sampai... so bersabar tau!!! ) Masukkan gula hanya bila semua sagu dah tinggal sket2 putihnya(kalau korang masukkan gula awal2 pe yang rai perasan... nanti sagu tu lambat nak jadi jernih)...kemudian, kacau sebati.Jika sagu masih belum kembang dan air nya telah kering, tambahkan air sedikit demi sedikit...jangan letak air sekali banyak k.



Masukkan kedua2 sagu tadi ke dalam acuan/bekas.. biarkan ia sejuk dan mengeras.

SANTAN LEMAK MANIS:
1. Didihkan santan. masukkan sedikit daun pandan + garam. kacau sentiasa bagi mengelakkan ia meruap dan berketul2..

2. Tutup api. Tapis, dan sejukkan santan pada suhu bilik.Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

SIRAP GULA MELAKA:
1. Didihkan gula melaka bersama2 air.. Masukkan Daun Pandan. Biarkan semua gula tadi larut dan sedikit likat.

2. Tutup api ,tapis ke dalam bekas lain dan sejukkan pada suhu bilik. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

kemudian boleh la potong sagu tersebut... hias mengikut kreativiti masing2...



sebab sagu saya agak lembut, terlebih air ke apa, saya just cedok dengan sudu dan masukkan kedalam mangkuk


Tuang Sirap Gula Melaka


Pastu tuangkan Pati Santan

Hidangkan.... 

Boleh tambahkan ais ketul sbb sagu ni lebih sedap dinikmati dingin

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini