Sudi-Sudi Ikut Saya...

Khamis, 24 Julai 2014

Roti Jala Dengan Serawa Durian


Aduh....lama sungguh x menjala...Sekali nak menjala, jalanya x terbuka. Macam2 rupa dah jadinya. 

Lama2 sekali buat macam tu lah. Habis lari semua skill. Hehehe...

Untuk resepi roti jala saya guna resepi Kak Reenkhan. Mula2 nak guna botol 3 muncung, tapi tah kenapa bila leretkan tepung x berapa nak menjadi. Akhirnya saya guna acuan roti jala biasa je...


ROTI JALA ZAM ZAM ALAKAZAM
By Shikin
Sumber : Reenkhan

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum 
1 cawan santan pekat 1 1/2 air 
garam secukup rasa 
2 warna yang berbeza (guna pewarna kuning saja)
1 biji telor 

Cara
  • Blend kesemuanya.
  • Tapiskan adunan supaya tidak berketul2
  • Bahagikan 2 bahagian
  • Warnakan 1 bahagian warna yang berbeza dan 1 bahagian lagi warna yang lain
  • Masuk kan kedalam botol muncung 3
  • 1 botol picit secara melintang di atas non-stick pan
  • 1 botol lagi warna yang berbeza picit secara menegak
  • Biarkan roti jala masak
  • Angkat daripada pan. Gulung @ lipat mengikut citarasa masing-masing 



Serawa Durian
By Shikin

Bahan-Bahan
Durian 
Santan
Gula
Garam 
Daun Pandan (carik-carik dan simpulkan)

Cara-Cara
  • Masukkan isi durian kedalam periuk. Masukkan santan. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih.
  • Masukkan gula secukupnya.  Masukkan daun pandan.
  • Masukkan juga secubit garam. Teruskan memasak sehingga semuanya sebati.
  • Rasa kuahnya, kalau cukup lemak dan manisnya padamkan api.
  • Bolehlah dihidangkan.
  • Sedap dicicah dengan roti jala atau roti.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini