Sudi-Sudi Ikut Saya...

Rabu, 16 Julai 2014

Roti Sosej Berkeju Rangup

Hari tu beli roti sosej macam ni kat bazar Ramadhan, sebiji RM 1.20. X der cheese dalam tu. Beli 2 biji berebut2 anak-anak makan. Ummi ngan abahnya tengok ajela... Budak2 ni dengan sosej memang berantu... So buat sendiri la kalau nak makan puas2...

Dah lama save resepi ni, ambil daripada blog kak Yatie Memories. Simple jer bahan dan caranya, tapi itulah...baru kali ni sempat mencuba.

Apapun, yang ni memang paling laris....


Roti Sosej Berkeju Rangup
By Shikin
Sumber : Yatie Memories

Bahan- Bahan
10 keping roti putih
10 batang sosej ~ direbus sekejap dan toskan
10 keping slice cheese
1 biji telur ~ dipukul sedikit
breadcrumbs @ serbuk roti secukupnya
minyak utk menggoreng

Cara membuatnya :
  • Gelek roti hingga leper (boleh buang kulit tepi jika suka)
  • Letakkan sekeping slice cheese dan letakkan pula 1 btg sosej. Kalau takde tak payah letaklah ya.
  • Sapukan hujung gulungan roti dengan sedikit telur (untuk melekatkan)
  • Gulung dengan kemas. Buat hingga habis.
  • Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dgn telur yg dah dipukul sedikit tadi.
  • Golek2kan ke dalam breadcrumbs dan goreng dalam minyak yg dah dipanaskan.
  • Goreng hingga golden brown, angkat dan toskan.
  • Hidangkan bersama sos kegemaran spt sos cili, mayonis dan jalapeno cheese.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini