Sudi-Sudi Ikut Saya...

Rabu, 16 Julai 2014

Spaghetti

Spaghetti untuk berbuka puasa...sesekali tu bolehla. Tekak melayu ni nak cari makanan melayu jugak baru rasa nikmatnya berbuka...


Spaghetti
By Shikin

Bahan-Bahan
Spaghetti - rebus sampai lembut. Tos dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. ketepikan.
Daging kisar/cincang
Cili kisar
Sos cili
Bawang besar*
Tomato*
Karot*
Capsicum* (*potong dadu)
Sebuk lada hitam
Garam
Sos prego
Minyak

Cara
  • Mula2 panaskan minyak. Tumis bawang besar sampai layu. Masukkan daging kisar. Kacau bagi mati air daging tu. 
  • Kemudian masukkan cili kisar. Tumis sampai cili garing. Masukkan sos cili dan sos prego. Tambah air sikit kalau perlu.
  • Lepas tu masukkan bahan2 bertanda *. Masak sampai lembut.
  • Taburkan serbuk lada hitam dan garam secukupnya.
  • Bila semua dah cukup rasa padamkan api.
  • Hidangkan kuah bersama-sama spaghetti yang telah direbus tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini