Sudi-Sudi Ikut Saya...

Rabu, 20 Ogos 2014

Agar-Agar Kering


Syawal semakin menghilang, agar-agar pun dah susut dalam balang, baru sempat nak post entry pasal agar-agar kering ni... 

Agar-Agar Kering
By Shikin
Sumber : Buku Resepi Mak



Bahan-bahan
60gm agar-agar strip (agar2 bertali)
500gm gula batu
1kg gula pasir (sukatan gula memang kena banyak, barulah agar-agar kering dengan elok dan menghasilkan kerak-kerak gula disekelilingnya)
2300ml air
1-2 sdt esen ros/banana - saya prefer esen ros 
1-2 sdt pewarna - bergantung kepada jenis pewarna. 



Cara-cara

  1. Masak agar-agar bersama air sampai hancur.
  2. Masukkan gula pasir dan gula batu. Masak sampai kedua-dua gula hancur dan larut bersama-sama agar-agar.
  3. Tuangkan esen ros secukupnya.
  4. Masukkan pewarna yang disukai. (Pewarna ni kalau lebih sikit pun tak per, sebab proses mengeringkan agar-agar menjadikan tone warna tu semakin cerah)
  5. Tuang ke dalam loyang. Sejukkan.
  6. Apabila agar-agar telah mengeras, potong ikut bentuk yang disukai (saya tuang dalam mould coklat, so agar-agar memang dah ikut bentuk mould tu)
  7. Aturkan dalam dulang yang besar.
  8. Jemur dibawah terik matahari sampai agar-agar betul-betul kering. (Kalau cuaca panas elok proses menjemur ni ambik masa 3-5 hari)

3 ulasan:

  1. cantik dan comel plak bila buat dalam mould tu kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Letak dalam mould senang Bbwana, tak paya susah2 nak ejas potongan supaya sama...hihihi

      Padam
  2. Betul tu, nampak cantik dan sedap... terliur pulak :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini